Rabu, 12 Julai 2017

PELUANG MEMENANGI PERCUTIAN KE TURKI 7 HARI 6 MALAM ALL IN ANJURAN eQurban.com

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua pembaca yang budiman, Pendaftaran Ibadah Qurban dan Aqiqah sudah pun dibuka penyertaannya.

Untuk menggalakkan dan menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah pada tahun ini, laman web eQurban.com telah mengambil inisiatif menawarkan ganjaran lumayan berupa Percutian ke Turki 7 Hari 6 Malam kepada rakan-rakan pemasaran yang berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat.


Sumber : Klik Di Sini

Sebagai salah seorang rakan pemasaran eQurban.com saya juga berminat untuk menyertai cabaran tersebut. Mana tahu ada rezeki boleh menang hadiah tersebut. Dapat merasa pergi ke Turki secara percuma, disamping dapat menggalakkan rakan pembaca menyertai Ibadah Qurban dan Aqiqah.

SEDIKIT INFO TETANG IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 

Qurban dan Aqiqah merupakan sunat Muakkad Iaitu Ibadah yang sangat dituntut ke atas umat Islam.

Makna Aqiqah : 
  • Dari segi bahasa bermaksud "MEMUTUSKAN" 
  • Dari segi syarak bermaksud Menyembelih Kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman Bin Amir Al-Dhabi R.A katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, Bersama bayi itu aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis)"

Makna Qurban :
  • Dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah S.W.T.
  • Dari sudut syarak bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim


PENDAFTARAN IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 2017 SUDAH DIBUKA.

Untuk makluman semua, pendaftaran penyertaan Qurban dan Aqiqah 1438h/2017M telah dibuka secara “online” melalui website ini -> eQurban.com

Lembu Satu bahagian :
  • RM570 -  Malaysia
  • RM400 - Kemboja
Contoh gambar Sembelihan Lembu yang dilakukan oleh team pengurusan EQurban 
Sumber : eQurban.com

Kambing seekor
  • RM800 - Malaysia
  • RM650 - Indonesia
  • RM500 - Mekah
Contoh gambar Sembelihan Kambing yang dilakukan oleh team pengurusan EQurban di Kazakhtan
Sumber : eQurban.com

Contoh gambar Sembelihan Kambing yang dilakukan oleh team pengurusan EQurban di Malaysia
Sumber : eQurban.com

Untuk maklumat lanjut tentang Ibadah Qurban dan Aqiqah, boleh layari:  eQurban.com


Atau boleh mendaftar secara online melalui pautan-pautan berikut:
Marilah kita sama-sama doakan semoga sesiapa yang melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah dengan niat kerana Allah S.W.T akan mendapat rezeki yang melimpah ruah... In Shaa Allah... Amin..

Semoga doa-doa kalian juga dimakbulkan oleh Allah S.W.T.... Amin...

Semoga bermanfaat..

Boleh share artikel ini supaya lebih ramai mendapat manfaat melalui perkongsian ini..

Salam Syawal semua.. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Info Berkaitan:

6 ulasan:

  1. Ibadah yg bagus dibuat tiap2 thn bagi yg mampu kan..all the best join contest!

    BalasPadam
  2. pergh ... kalau capai target boleh melancong ke turki nih

    BalasPadam
  3. Bagusnya ibadah qurban ni, bagus juga kalau menang percutian ni juga kan

    BalasPadam
  4. Inilah masanya untuk anda berpeluang ke Turki secara percuma 7 hari 6 malam.

    Kalau sendiri buat ubadah qurban dan aqiqah lebih baik lagi.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra