Sabtu, 27 Ogos 2016

[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya ada membuat satu Survey melalui Facebook dan Group-group Whatsapp tentang Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 bahagian lembu di seluruh Malaysia


Tujuan Survey ini diadakan adalah untuk mendapatkan kadar harga purata 1 Bahagian Lembu untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah 2016.

Alhamdulillah.. Ramai rakan-rakan yang sudi memberikan maklumbalas terhadap survey tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan semua.

Jadi, berikut merupakan hasil Survey yang telah saya perolehi setakat ini:


1# Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor - RM600

2# Kg tebok Jawa, Sabak Bernam - RM550

3# Felcra Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak - RM600

4# Majlis Daerah Seberang Prai Utara -RM600
Sumber : Klik Di Sini

5# Surau AmanPutra, Puchong - RM550
Sumber : Klik Di Sini

  6# Persatuan Melayu Pulau Pinang - RM700
Sumber : Klik Di Sini

7# Maahad Al-Abbasiah, Sungkai Perak - RM660
Sumber : Klik Di Sini

8# Surau Khairiah Kg Tengah Gombak - RM600
Sumber : Klik Di Sini

9# Surau Bukit Margosa Seremban - RM600
Sumber : Klik Di Sini

10# Masjid AsySyarif Meru Kapar Selangor - RM600
Sumber : Klik Di Sini

11# MASJID TAMAN KOSAS Ampang, Selangor - RM620
Sumber : Klik Di Sini

12# PKNS Shah Alam Selangor - RM600
Sumber : Klik Di Sini

13# Masjid Al-Qudisiah & PIBG SBPI Rawang Selangor - RM600
Sumber : Klik Di Sini

14# Melor, kota bharu Kelantan - RM600

15# Selising,Pasir Puteh Kelantan - RM580

16# Darul Mubarak Travel & Tour - TM600
Sumber : Klik Di Sini

17# Surau Darul Aman, Kuching Sarawak - RM720

18# Masjid Darul Ibadah, Kuching Sarawak - RM700

19# Setengah Tempat di kawasan Kuching Sarawak - RM900

20 # Yayasan Al-Amin - RM550
Sumber : Klik Di Sini

21# Yayasan MyPrihatin - RM600
Sumber : Klik Di Sini

22# eQurban - RM550
Sumber : Klik Di Sini


Berdasarkan maklum balas di atas, kebanyakan tempat menentukan kadar harga kos Korban dan Aqiqah adalah sebanyak RM600 untuk satu bahagian lembu.  

Walaubagaimanapun, harga 1 bahagian lembu disetiap kawasan jadi berbeza-beza disebabkan 3 faktor iaitu kos pengurusan, timbangan berat setiap ekor lembu dan logistik (Sabah/Sarawak). Ada lembu yang berat timbangannya dan ada pula yang ringan. Jadi semua orang kena terima hakikat tersebut.

Harga-harga yang saya senaraikan di atas merupakan harga bagi 1 bahagian lembu di seluruh Malaysia sahaja. Tidak termasuk harga Korban di Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan sebagainya. 

Saya tak boleh nak bandingkan harga 1 bahagian lembu di Malaysia dengan negara-negara lain yang saya senaraikan di atas, sebab harganya jauh lebih murah. Sebagai Contoh perbandingan di antara Harga 1 Bahagian Lembu dan kambing di Malaysia dan Kemboja, memang jauh berbeza.  
  • Lembu Kemboja : RM350/bahagian
  • Lembu Malaysia : RM550/bahagian
  • Kambing Indonesia : RM580/ekor
  • Kambing Malaysia : RM800/ekor
        Sumber : www.equrban.com " 

Sebenarnya tak kisahlah berapa pun harga bagi satu bahagian lembu tersebut. Yang penting niat kita hendak melakukan Ibadah Korban dan Aqiqah diterima oleh Allah S.W.T. kalau kita mampu, kita sertailah mana-mana aktiviti Korban dan Aqiqah yang terdapat di kawasan kita. 

Kalau rasa tak mampu nak bayar mahal, tetapi ada keazaman nak laksanakan ibadah Korban dan Akikah pada tahun ini. Boleh cuba cari yang murah. Sekarang ni nak cari yang murah tak susah, sebab dunia berada di hujung jari. Beberapa klik sahaja dah dapat selesaikan urusan anda. 
Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.


Sekiranya masih ada lagi nak beri maklum balas terhadap survey ini,  boleh beri maklum balas pada ruangan komen di bawah dengan menaip:

[Kawasan Korban/Nama Surau/Daerah] - [RM berapa ringgit]

Kalau nak tinggalkan nombor telefon urusetia untuk dihubungi pun boleh. Manalah tahu ada hartawan/dermawan yang berminat nak menempah 1 bahagian lembu di tempat anda.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa anda di lain waktu. terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan: 

10 ulasan:

  1. Boleh tahan survey ini.. Boleh kita buat perbandingan

    BalasPadam
  2. tak lama lagi tu..hari raya korban..

    BalasPadam
  3. Emmm.. Setiap tahun semakin naik harganya.. itulah.. kalau tak cukup modal, terpaksa kena holdkan dulu niat yang baik ni..tapi walaupun begitu, masih boleh dilaksanakan juga.. dinegara jiran... harga memang murah..

    BalasPadam
  4. Surau Pacitan, Teluk Belanga, Parit Bharu - RM600

    BalasPadam
  5. Masjid Ar-Rahman Sg. Apong, Sungai Ayer Tawar, Selangor - RM600

    BalasPadam
  6. rajin bro!

    jadi, puratanya, korban lembu kt Malaysia ni lebih kurang RM550~RM700..

    janji, manfaatnya sentiasa berpanjangan kan.

    BalasPadam
  7. tak banyak beza sangat la. mana2 pun boleh ambil pada saya sebab tak boleh berkira sangat bab korban dan aqiqah ni :)

    BalasPadam
  8. Pasir Mas Kelantan RM600
    Ada juga RM500 - RM550
    Harga ikut saiz lembu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra