Jumaat, 30 Jun 2017

Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Pak Ya Homestay Seri Iskandar

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Adat masuk rumah baru dalam Islam biasanya akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Syukur Alhamdulillah, pada 28 Jun (Rabu) yang lalu (Hari Raya ke 4) kami berkesempatan untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk Pak Ya homestay Seri Iskandar Perak .

Kalau nak diikutkan, sebenarnya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat tersebut diadakan agak lewat... Rumah tersebut mula kami diami pada pertengahan bulan Jun 2017.. Bulan Ramadhan masa tu... Tapi disebabkan sibuk dengan urusan mengemas rumah dan melengkapkan keperluan rumah sebagai homestay, jadi kami bercadang nak mengadakan majlis tersebut pada awal bulan Syawal... Akhirnya hajat tersebut berjaya dilaksanakan pada hari Raya keempat disebabkan ada orang yang menyewa Homestay kami pada hari Raya Pertama hingga Hari Raya ke 3. Baca -> Testimoni#1 Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Tentatif Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Pak Ya Homestay Seri Iskandar

Tarikh   : 28 Julai 2017
Tempat : Pak Ya Homestay Seri iskandar (Carian Google Map/Waze)
Masa     : 
              7.15 - 7.30 Malam - Kehadiran Tetamu
                        7.35 Malam - Solat Maghrib Berjemaah
                        7.45 malam - Bacaan Yasin dan Doa Selamat
                        8.20 malam - Makan malam   


Syukur Alhamdulillah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat tersebut berjalan lancar.. 
"Semoga dapat memberi kesejahteraan kepada semua penyewa homestay ini... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat.. In Shaa Allah"


Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat tersebut...

Gambar-gambar Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Pak Ya Homestay Seri Iskandar

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang serba ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat, saudara mara dan kenalan rapat

Antara menu yang dihidangkan... Maaf, gambar agak Blur...

Adik-adik ipar saya yang bertungkus lumus membakar ayam, sosej dan "Sate"...

Para tetamu menjamu selera..

Aktiviti yang sangat disukai oleh kanak-kanak... Panjut, Bunga Api dan Mercun yang tidak merbahayakan...

Maaf! Sebab tak ada gambar semasa sedang membaca Yasin dan Doa Selamat.. Masing-masing sibuk membaca Yasin dan Doa Selamat... tiada sesiapa yang 'terfikir' nak ambil gambar pada masa tu... huhuhu...

Syukur Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat tersebut berjalan lancar.. 

Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan buat kedua ibu bapa saya, kedua ibu bapa mertua saya, adik beradik saya, adik-adik ipar saya, saudara mara dan kenalan yang sudi membantu dan menghadiri majlis kami yang serba ringkas ini... semoga doa-doa kalian dimakbulkan Allah S.W.T... Amin..


5 ulasan:

  1. Bestkan dapat kumpul satu keluarga masa cuti perayaan ni. Moment paling terindah kalau diingat semula. Selamat Hari Raya 😊

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri tuan..

    Tahniah..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, dah selesai....

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. yang pentinng doa selamat dan majlis selesai..

      semuanya akan menjadi ok.

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra