Khamis, 30 Mac 2017

Nikmati keseronokan di Bukit Gambang Safari Park

with 17 comments
Bukit Gambang Safari Park bagi saya lebih Best daripada Zoo Negara atau Zoo Taiping.

Sebab apa saya cakap macam tu?

Sebabnya di Bukit Gambang Safari Park para pengunjung berpeluang masuk ke dalam kandang binatang-binatang buas seperti Harimau Belang, Singa, harimau Bintang, dan lain-lain. 

Biar betul??? Binatang-binatang buas tu tak terkam kita ke?

Taklah... Kita masuk ke dalam kandang binatang-binatang buas dengan menaiki TRAM. TRAM merupakan Bas mini yang dipasang dengan sistem keselamatan daripada gangguan binatang-binatang buas.

NAIK TRAM MASUK KE KANDANG BINATANG-BINATANG BUAS

Bukit Gambang Safari Park
Gambar saya, isteri dan anak-anak dalam sebuah TRAM
Harga Tiket TRAM cuma RM2 untuk setiap pengunjung. 

TRAM ni akan bawa penumpang dari SImba Station ke Eagle Station.

Harga Tiket Tram cuma RM2 untuk setiap pengunjung

Anda nampak tak gambar apa tu?

Gambar anak saya di dalam TRAM di dalam Kandang Singa
Gambar anak saya di dalam TRAM di dalam Kandang Singa

Itu gambar anak saya di dalam TRAM. Pada ketika ini pemandu TRAM membawa kami masuk ke kandang Singa.

Dari dalam TRAM kami dapat melihat habitat Singa dari dekat. Betul-betul di depan mata. Kalau tak duduk dalam TRAM mau kena terkam dengan raja Riba dah ni. 

Singa Jantan - Raja Rimba yang tingga di Bukit Gambang Safari Park
Singa Jantan - Raja Rimba yang tingga di Bukit Gambang Safari Park

Singa Betina yang tingga di Bukit Gambang Safari Park
Singa Betina yang tingga di Bukit Gambang Safari Park
Sweet Couple.. Singa Jantan dan Singa Betina..

Selain daripada Singa, kami juga di bawa masuk ke dalam kandang beberapa ekor binatang buas yang lain seperti berikut:

Harimau Bintang di Bukit Gambang Safari Park
Harimau Bintang

Harimau Belang di Bukit Gambang Safari Park
Harimau Belang di Bukit Gambang Safari Park

Dubuk di Bukit Gambang Safari Park
Dubuk di Bukit Gambang Safari Park
Burung Unta di Bukit Gambang Safari Park
Burung Unta di Bukit Gambang Safari Park
Kuda Belang dan Burung Unta di Bukit Gambang Safari Park
Kuda Belang dan Burung Unta di Bukit Gambang Safari Park

Semua gambar-gambar ini kami ambil dari dalam TRAM yang membawa kami masuk ke dalam kandang atau kawasan binatang-binatang tersebut.

Bukan main seronok lagi anak-anak dapat tengok binatang-binatang tersebut dari jarak yang cukup dekat. Sebelum ni dapat tengok dekat Zoo Taiping dalam jarak yang cukup jauh. Tapi Kali ni dekat sangat-sangat.. memang best..

PELUANG BERI MAKAN PADA HAIWAN

Hah yang ni pun Best jugak..

Para pengunjung dibenarkan untuk memberi makan pada haiwan-haiwan, dengan syarat hanya menggunakan makanan yang dijual oleh penjaga haiwan-haiwan tersebut.

Peluang Beri makanan pada rusa di Bukit Gambang Safari Park
Beri makanan pada rusa di Bukit Gambang Safari Park
Berebut rusa-rusa ni minta makanan
Beri makanan pada rusa di Bukit Gambang Safari Park
Ada yang tak sabar terus terkam bekas makanan di tangan saya. 
Mujur pula Aisy tengah tidur masa tu
Hah.. Tengok tu.. Bukan main lagi dia serbu.
Beruang di Bukit Gambang Safari Park
Beri makanan pada beruang.
Beruang di Bukit Gambang Safari Park
Beruang di Bukit Gambang Safari Park

Burung Kakak Tua di Bukit Gambang Safari Park
Beri makanan (kuaci) pada Burung Kakak Tua di Bukit Gambang Safari Park 
Jinak betul burung-burung ni... Boleh landing atas tapak tangan..
Seronok dapat peluang ni... Tidaklah seperti jinak-jinak merpati.. nak pegang tapi tak dapat..

Betapa seronoknya Baby Aisy melihat saya dikerumuni oleh burung-burung jinak ni..

boleh bagi makan pada binatang ni... Tak tahu apa namanya.. Dah lupa dah..

Ada banyak lagi binatang-binatang lain yang menarik.. Tapi tak dapat nak snap gambar semua.. Sebab dah banyak tangkap gambar-gambar lain sebelum ni sampai bateri Handphone pun dekat nak habis... hehehe..

Ular Sawa di Bukit Gambang Safari Park
Antara gambar binatang-binatang lain yang terdapat di Bukit Gambang Safari Park
Night Safari di Bukit Gambang Safari Park
Night Safari pun ada


Secara keseluruhannya.. Memang puas hati dapat bawa anak-anak ke Bukit Gambang Safari Park. Lain daripada yang lain kalu nak dibandingkan dengan zoo-zoo lain yang terdapat di Malaysia..

Pada sebelah malamnya boleh tengok show yang disediakan.. Klik link di bawah
Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park

Berikut merupakan peta Bukit Gambang Safari Park untuk membantu anda untuk mendapatkan View keseluruhan kawasan ini.
peta Bukit Gambang Safari Park
Peta Bukit Gambang Safari Park

HARGA TIKET MASUK BUKIT GAMBANG SAFARI PARK

Kepada yang berhajat untuk datang ke Bukit Gambang Safari Park, terlebih dahulu mesti anda nak tahu berapa bayaran tiket masuk. betul tak?

Tiket masuk Bukit Gambang Safari Park
  • Dewasa : RM 48.00    (13 tahun dan ke atas)
  • Kanak-kanak / Warga Emas :  RM 38.00 (Kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm sehingga berumur 12 tahun)
  • Kanak-kanak dengan ketinggian dibawah 90cm PERCUMA

Combo Tickets ( Safari park + Water Park )
  • Dewasa: RM 65.00 (13 tahun dan ke atas)
  • Kanak-kanak / Warga Emas : RM 45.00 (Kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm sehingga berumur 12 tahun)
  • Kanak-kanak dengan ketinggian dibawah 90cm PERCUMA

Tiket Masuk Percuma untuk birthday boy atau birthday girl. ;)
Murah rezeki Adam masa tu..

P/s : Kalau nak masuk percuma, datanglah masa Birthday... hehehe..

17 ulasan:

  1. Binatang lain semua sihat sihat. Cukup makan
    .
    Rusa je yang nampak macam kurus dan bulu tak bersinar

    BalasPadam
  2. seronok rupanya gambang ni, tak payah pergi sampai singapore..ini pun menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Baru tahu kat singapura pun ada safari juga

      Padam
  3. saya bukan kaki ke Zoo, tapi nampak menarik juga kalau dapat close up look dengan haiwan-haiwan ni

    BalasPadam
  4. Pergh... tempat kedua terbaik untuk dilawati lepas zoo negara.. kena set time utk bawa family time bercuti nih...

    BalasPadam
  5. seronok la budak budak tgk haiwan mcm ni kan

    BalasPadam
  6. wah..nampak banyak haiwan yang garang dalam kawasan tersebut..

    budak-budak la yang paling seronok

    BalasPadam
  7. Perrrhh bro..meriah tengok gambar.... budak2 mesti happy.. teringin nak pergi jugakla... bawak satu family... haiwan semua jinak2.. tapi kalau singa tuh jinak.. itu lain macam tuh..

    BalasPadam
  8. Kalau bawa anak anak ni mesti diorang teruja dpt tgk haiwan dekat dekat camtu

    BalasPadam
  9. dah lama x ke zoo..
    x tahu Gambang pun ada zoo, ingat water park jer

    BalasPadam
  10. Anak-anak mesti suka pergi sini.
    Siap boleh bagi haiwan makan lagi.

    BalasPadam
  11. Macam best je pegi safari kat sini. Ada tram senang sikit bawak budak-budak yang ramai. Boleh turun naik tak kat mana-mana location? Kena ambik pakej combo ni, stay a night kat sana boleh dapat layan waterpark sekali.

    BalasPadam
  12. nak tanya boleh bawak makanan dr lua ke masuk safari ni?

    BalasPadam
  13. wow, bestnya dapat pusing2x tengok haiwan tengah berehat... tengok dari dekat plak tu.. teruja betul kalau macam tu lgi2x budak kecil. :D

    BalasPadam
  14. Kalau bawak akak kesitu, gerenti akak tak ikut masuk, biar ler akak nunggu kat luar aja, biar anak cucu aja naik tram tu. Gerun rasa nya nak nengok binatang , walaupun duduk dalam tram aja haha

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra