Ahad, 25 Disember 2016

IM Homestay di Muadzam Shah Pahang

with 3 comments
IM HOMESTAY  di Muadzam Shah Pahang terletak bersebelahan Lebuhraya Kuantan-Segamat merupakan homestay pilihan terbaik untuk penginapan keluarga yang mempunyai urusan di sekitar kawasan Muadzam Shah Pahang.

Rumah teres yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini terletak di kawasan Bandar Satelit (Presinct Kediaman) yang masih baru memasuki Fasa 3. Bagi yang pertama kali sampai ke Bandar Muadzam Shah, homestay ini sangat mudah dijumpai.

Kawasan perumahan pula terletak bersebelahan jalanraya menghala ke Kuala Rompin iaitu kira 1km dari jejantas Lebuhraya. Homestay ini sangat selesa untuk penginapan keluarga yang mempunyai urusan di sekitar kawasan ini.

IM Homestay di Muadzam Shah Pahang
Homestay ini terletak di kawasan Bandar Satelit bersebelahan lebuhraya Kuantan Segamat


Kawasan Berhampiran IM Homestay Muadzam Shah Pahang
  • Kawasan perumahan ini sangat berdekatan dengan UNITEN (1KM) 
  • POLITEKNIK Muadzam Shah (2KM)
  • Juga sangat dekat dengan MRSM, Sek Men Agama Pahang (SEMEKAP) dan Dewan Besar Muadzam Shah iaitu lebih kurang 1KM. Untuk pergi ke kawasan-kawasan di atas, anda perlu memasuki simpang ke Bandar Muadzam Shah terlebih dahulu.

Kemudahan Yang Disediakan di IM Homestay Muadzam Shah Pahang:

3 bilik tidur dengan 2 bilik air :

Bilik Tidur Utama (Master Bedroom)
  • Katil Queen Size
  • Air-Cond
  • Kipas Dinding
  • Bilik Air
  Kemudahan yang disediakan di Bilik Tidur Utama (Master Bed Room)

Bilik Tidur ke 2
  • Katil double decker (2 tingkat)
  • Penyaman Udara
Kemudahan Yang Disediakan di Bilik Tidur ke 2

Bilik Tidur ke 3
  • Katil dua Tingkat
  • Kipas dinding
Kemudahan Yang Disediakan di Bilik Tidur ke 3

IM Homestay Muadzam Shah Pahang juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

RUANG TAMU:

Ruang tamu yang luas dan selesa dilengkapi dengan dua (2) buah kipas siling. Kemudahan lain yang turut terdapat di Ruang Tamu
  • Siaran ASTRO termasuk Warna dan Citra  
  • Set Sofa
  • Sebuah meja makan dengan 6 kerusi.

 Kemudahan yang disediakan di Ruang tamu 

RUANG DAPUR:

Kelengkapan dapur turut disediakan dan turut dilengkapi dengan beberapa keperluan seperti:
  • sebuah heater untuk memasak air. 
  • Pinggan mangkuk dan gelas untuk keperluan makanan
  • Sebuah peti sejuk dan mesin basuh.

Ruang mapur dilengkapi dengan periuk nasi elektrik, set pinggan cawan, peti ais dan Mesin Basuh


2 buah bilik air yang bersih dan selesa.



Homestay ini terletak berhampiran dengan Presinct Niaga yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti:
  • KFC
  • Kedai mamak 24 jam
  • Speedmart dan kedai runcit
  • Pizza Hut
  • Masjid
  • Café dan kedai-kedai makan
  • Dobi layan diri
  • Butik 
  • dan pelbagai lagi.
I-GAMBANG HOMESTAY sesuai untuk aktiviti keluarga seperti:
  • Rumah Singgah Kenduri Kahwin
  • Melawat anak di UNITEN, Politeknik Muadzam Shah, MRSM, Sekolah Menegah Agama Pahang dan lain-lan
  • Menghadiri majlis Konvokesyen di UNITEN, Politeknik Muadzam Shah
  • Menghadiri kursus, Mesyuarat, dan sebagainya
  • Menghadiri aktiviti-aktiviti reunion
  • Dan lain-lain urusan di sekitar Muadzam Shah Pahang

Kadar Homestay :
  • RM180.00 semalam

Syarat Tempahan dan Terma Pembayaran:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tempahan anda boleh menghubungi pemilik IM Homestay Muadzam Shah Pahang:
  • 012-9002766/019-9375387  (Telefon atau Whatsapp)
Info Berkaitan:


3 ulasan:

  1. Cantik Homestay ni, bersih dan selesa. Sesuai untuk seisi keluarga.

    BalasPadam
  2. steady la.. saya pun berkira-kira nak buat homestay tahun depan ni..
    tengah cari rumah harga patut.. lokasi dah nampak ni

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra