Sabtu, 20 Februari 2016

Homestay Murah di Skudai, Johor Malaysia

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hujung Bulan Januari baru-baru ini... Saya terlibat dengan Kejohanan Catur Sukan IPT yang diadakan di UTM Skudai, JB Malaysia.

Sepanjang kami berada di sana, "Bos" kami telah menyediakan sebuah Homestay sebagai penginapan kami sepanjang bertugas di sana selama seminggu. 

Homestay yang kami sewa terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai.. Dikenali sebagai Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor



Homestay Murah di Skudai, Johor 
Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor merupakan rumah teres dua tingkat yang mempuyai 4 bilik dan 2 bilik air..

Sangat selesa untuk didiami oleh kami seramai 8 orang.

Kelebihan menyewa di Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor
  • Rumah Teres Dua Tingkat
  • Keluasan Rumah 25' X 70' atau 2271 sqft
  • Lantai kayu untuk semua bilik tidur di tingkat atas
  • Ruang tamu yang luas dan selesa
  • Parking kereta untuk 2 buah kereta
  • 4 bilik tidur dan 3 bilik air.

Kemudahan Yang Disediakan di Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor

3 Bilik tidur (Katil Queen Size) dan 1 bilik tidur yang mempuyai 2 katil King Size cukup selesa untuk kami berlapan. 




Bilik Tidur Utama dilengkapi dengan katil Queen Size, Air Cond, Almari pakaian, Meja Solek serta Extra Set Toto dan Bantal.




Bilik Tidur Kedua dilengkapi dengan katil Queen Size, Air Cond, Almari pakaian, Meja Solek serta Extra Set Toto dan Bantal.


Bilik Tidur Ketiga dilengkapi dengan 2 katil Single Size dan Almari pakaian

Bilik tidur ke 4 ditingkat bawah dilengkapi dengan katil Queen Size

Homestay ini turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Peti Ais (2 pintu), Dapur, Kattle (Alat Pemasak Air), pinggan mangkuk, meja makan dan sebagainya. 

Peti Ais, Kabinet dapur, Alat Pemasak Air (Kattle)

Meja makan  untuk 6 orang

Iron dan Iron Board juga turut disediakan di tingkat atas

Mesin basuh aoutomatik dan Extra ampaian di dalam rumah

Dengan adanya Iron, Iron Board, Mesin basuh automatik yang disediakan memudahkan urusan kami semasa 7 hari berada di sana.. Pada sebelah malam sempat kami membasuh baju tanpa perlu menghantar baju ke kedai dobi.. Jimat kos.. ;)

Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan Televisyen, Astro, Set sofa (nak tidur dekat sini pun boleh).


Keadaan ruang Tamu Homestay.

Sewa yang dikenakan kepada kami SANGAT MURAH bagi sebuah homestay 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air yang turut dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, mesin basuh, dan sebagainya. 

Kadar Sewa Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor

  • Harga Satu Malam : RM190.00
  • Pakej A : RM500 (4 hari 3 malam)
  • Pakej B : RM150 semalam (Jika menginap melebihi 4 malam)... Untuk malam ke 5 dan seterusnya RM100 semalam 
  • **Harga Boleh NEGO


Homestay ini sangat sesuai untuk didiami, sekiranya anda mempuyai urusan seperti berikut:

  • Hantar ahli keluarga meyambung pengajian atau menghadiri Majlis Konvokesyen di UTM Skudai
  • Bercuti di LEGOLAND dan Hello Kitty Theme Park
  • Ada urusan di lapangan Terbang Senai
  • Menghadiri majlis Kenduri kendara
  • Menziarahi ahli keluarga
  • Menghadiri Reunion di sekolah-sekolah yang berada di sekitar Taman U Skudai
  • dan sebagainya

Tempat lain yang boleh anda kunjungi berhampiran dengan Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor
  • JUSCO Taman Universiti
  • TESCO Mutiara Rini
  • Padang Kriket & Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini
  • Johor Premium Outlet (JPO)
  • Second Link to Singapore
  • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
  • Kejiranan Berhampiran (Taman U, Skudai, Nusajaya)
  • Kedai, KFC, McD, Pizza Hut
  • dsb..


Secara keseluruhannya, kami rasa puas hati menyewa di Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor... Ketika kami bertugas di Kejohanan Catur Sukan IPT 2016 di UTM, Skudai, Johor.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Ujana Hati Guesthouse Taman Mutiara Rini @ Homestay  in Skudai, Johor, saya syorkan anda menghubungi pemilik Homestay ini melalui maklumat-maklumat berikut:
  • Alamat : No. 50, Jalan Utama 19, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor
  • Tel : 014-8502690


6 ulasan:

  1. Selesa rumahnya. Nak bawa famili pun okay. Tidak jauh dari LEGO Land pula tuh.

    BalasPadam
  2. nanti kalau ada nak ke JB boleh try kot

    BalasPadam
  3. salam Anuar...Bole saya minta nombor telefon pemilik rumah ini tak?sbb sy call number 014-8502790 ini orang lain yang angkatnya..:)

    BalasPadam
  4. Salam, kenapa saya call no tiada dlm perkhidmatan ye? Admin ada no lain ke? Urgent n serious na menyewa homstay ujana ni

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra