Rabu, 1 Jun 2016

Family Day di Teluk Batik Holiday Apartment Perak.

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada hari Sabtu (28 May 2016) baru-baru ni, kami sempat mengadakan Family Day di Teluk Batik Holiday Apartment Perak.

Kebetulan pula, Restoran Pak Ya Nasi Pandan tutup 2 hari... Jadi, kami telah memanfaatkan peluang yang ada untuk berkumpul bersama keluarga.. 

Cadangan asal macam nak pergi ke Pulau Pangkor, Perak.. Tapi, disebabkan kekangan masa dan takut tak sempat nak pergi ke The Durian Festival Sitiawan, Perak... Jadi, kami terpaksa menangguhkan hasrat tersebut buat seketika... Dapat pergi ke Teluk Batik pun dah kira oklah kan.... Yang penting niat nak mengumpulkan satu keluarga dapat menjadi kenyataan... ;)

Teluk Batik Holiday Apartment Perak
Teluk Batik Holiday Apartment Perak


Saiz bilik yang disediakan di Teluk Batik Holiday Appartment ni memang sesuai untuk percutian bersama keluarga.. Appartment yang kami sewa mempunyai 2 bilik.. Satu bilik ada 2 katil Queen Size, dan satu bilik lagi ada 2 katil single.. 4 buah keluarga muat tinggal dalam apatment ini...

Manakala, ahli keluarga yang selebihnya masuk ke dalam appartment lagi satu.. Appartment satu lagi tu ada Sebuah bilik dan sebuah ruang tamu.. Bolehlah nak memuatkan sebahagian lagi ahli keluarga kami..

Teluk Batik Holiday Apartment Perak
Teluk Batik Holiday Apartment Perak
Keadaan bilik dan Bilik Air di Teluk Batik Holiday Apartment Perak

Family day kali ni santai sahaja.. Tak ada sebarang aktiviti BBQ... Cuma masing-masing bawa bekalan makanan dari rumah... Kemudian kumpul dan makan beramai-ramai...

Pada sebelah petangnya pula, kami beramai-ramai meluangkan masa bermandi-manda di Swimming Pool.. 

Naila di Teluk Batik Holiday Apartment Perak
Naila kesejukan mandi di Swimming Pool...

Aisy Firas di Teluk Batik Apartment Perak
Aisy Firas bersama Mak Uda (Tokey Tudung Na'ila Shawl By Zaika)... 
Di Belakang Mak Uda pula ialah mak Ngah dan Qasreena...

Haikal di Teluk Batik Apartment Perak
Haikal kesejukan mandi Swimming Pool..
Adam berbaju merah berjalur putih... Walaupun demam, tetap nak mandi Swimming pool..

Kemerihan Suasana Swimming Pool di Teluk Batik Holiday Apartment Perak
Family Day di Teluk Batik Apartment Perak
Gambar kenangan di Swimming Pool di Teluk Batik Holiday Apartment Perak

Family Day di Teluk Batik Apartment Perak
Gambar kenangan di Teluk Batik Holiday Apartment Perak

Syukur Alhamdulillah... Tercapai juga akhirnya hajat untuk mengadakan family day, walaupun perancangan di buat di saat-saat akhir...

Hajat nak adakan BBQ tak kesampaian, sebab Resort/Chalet lain yang ada di sekitar Teluk Batik dah fully Booking... 

Mungkin next time kita boleh buat lagi... Harap masa tu kita dapat merancang Family day dengan lebih awal, supaya lebih banyak aktiviti bersama keluarga dapat kita laksanakan... 

3 ulasan:

  1. Menarik tempantnya boleh bawa famili bercuti ke sini.

    BalasPadam
  2. sronpk fmly day..walaupun simple tapi bersama kluarga tu best..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra