Khamis, 23 Julai 2015

7 sebab Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di Legoland Malaysia

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekiranya anda masih ingat lagi... Pada awal bulan Jun yang lalu, saya ada bawa keluarga bercuti ke Legoland Malaysia.. 

Semasa percutian tersebut, kami sekeluarga telah menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja.

Tentu ada yang tertanya-tanya.. Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di LegolandSedangkan Legoland terletak di Nusajaya, Johor, Malaysia. Jauh dari Parit Raja tu..


Baiklah ini penjelasan saya..

1. Saya lebih selesa menginap di Parit Raja dengan suasana Kampung, berbanding menginap di Johor Bharu dengan suasana Bandar. Lagipun saya rindu sangat dengan Parit Raja. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat saya menuntut ilmu selama 6 tahun setengah.

Semasa saya menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja, saya sempat menziarahi kawan-kawan lama semasa belajar dulu yang tinggal di Batu Pahat dan Parit Raja.  


Homestay Hj Esmon Parit Raja

Homestay Hj Esmon Parit Raja, Rumah Moden yang terletak di kwasan kampung

Ruangan Parking Homestay Hj Esmon Parit Raja



2. Sebelum bercuti ke Parit Raja, saya menghadiri Kursus Catur (MCF National Arbiter's Seminar 2015 + Swiss Manager Pairing System Course) selama 3 hari di Merlimau Melaka. Banyak baju kotor yang perlu di basuh. Kebetulan kami tahu di Homestay Hj Esmon Parit Raja, ada mesin basuh. Jadi kami tak lepaskan peluang mencuci semua baju kotor di homestay tersebut, ketika kami pergi bercuti ke Legoland Malaysia. Jimat kos, tak perlu pergi hantar ke kedai Dobi.


Mesin basuh yang disediakan di Homestay Hj Esmon Parit Raja

Tuan pergi Legoland, ketika baju-baju ini di jemur di ampaian

3. Anak-anak saya suka tinggal di Homestay Hj Esmon Parit Raja, sebab dekat Homestay ini ada sediakan sebuah komputer yang lengkap dengan kemudahan WiFi.. Walaupun saya ada bawa notebook, dan boleh menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan.. Tetapi anak-anak lebih tertarik menggunakan komputer milik Homestay Hj Esmon Parit Raja..


Bukan senang nak suruh Adam ni duduk diam.. Mujur ada komputer dekat Homestay Hj Esmon Parit Raja..

4. Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan Televisyen, Astro, Set sofa (nak tidur dekat sini pun boleh), Karpert, Komputer dan WiFi.

Keadaan ruang Tamu Homestay ini pada awalnya.

Sekembalinya saya dari membeli makanan, lain pula jadinya.. huhuhu


5. 3 Bilik tidur (Queen Size) yang cukup selesa untuk kami sekeluarga. Siap adik ipar saya yang sedang belajar di UTHM pun boleh join kami sekali ;)


3 Bilik yang dilengkapi dengan katil Queen Size pada setiap bilik di Homestay Hj Esmon Parit Raja


6. Homestay ini turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Peti Ais (2 pintu), Dapur, cerek, pinggan mangkuk, meja makan dan sebagainya. Selesa untuk kami sekeluarga makan dekat rumah. Jimat kos, tak perlu pergi ke kedai makan.


Peti Ais 2 pintu, Dapur Gas, Cerek dan pinggan mangkuk turut disediakan di Homestay Hj Esmon Parit Raja

Meja makan pun ada

7. Sewa yang dikenakan kepada kami sangat berpatutan bagi sebuah homestay 3 bilik tidur yang turut dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, dapur, mesin basuh, wifi dan sebagainya. Tapi harga yang kami dapat ni harga promosi, sebab kami sewa selama 3 malam. Kalau sewa satu malam jer, tak dapat harga murah macam ni.


Resit Sewa Homestay Hj Esmon Parit Raja selama 3 malam. Ok Tak harga ni?

Secara keseluruhannya, kami sekeluarga rasa puas hati menyewa di Homestay Hj Esmon Parit Raja, Ketika kami pergi Bercuti di Legoland Malaysia. Walaupun kedudukannya agak jauh daripada Legoland, tetapi keseluruhan matlamat percutian kami pada kali ini tercapai.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Homestay Hj Esmon Parit Raja, saya syorkan anda menghubungi pemilik Homestay ini melalui maklumat-maklumat berikut:



6 ulasan:

  1. memang cantik homestay ni dan harganya pun berbaloi, puashati dengan percutian bersama keluarga ;)

    BalasPadam
  2. menarik gak homestay ni...x macam homestay lain..nmk sgt cantik

    BalasPadam
  3. Cantik homestay tu.....harga pun berpatutan sebab semua kelengkapan cukup...

    BalasPadam
  4. Lengkap juga serba serbi..siap ada wifi lagi..

    BalasPadam
  5. cantik betol homestay tu. tempat tinggal lama saya juga tu kat parit raja. :D

    BalasPadam
  6. Makasih infonya bossku sehat selalu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra