Selasa, 1 Disember 2015

Snap & Win Instagram Photo Contest (23 Nov - 18 Dis 2015)

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari Sabtu yang lepas, setelah pulang dari bercuti di Gold Coast Morib International Resort.. Saya dan isteri berpeluang bawa anak-anak pergi shopping pakaian dan keperluan sekolah di AEON Seksyen 18, Ipoh Perak.


Wajah ceria anak-anak ketika Shopping pakaian dan peralatan sekolah..

Hmmm.. Walaupun baru dua orang anak yang bersekolah, tapi banyak juga duit yang dibelanjakan untuk membeli keperluan-keperluan tersebut. 

Berikut merupakan senarai pakaian dan peralatan sekolah yang kami beli semasa sesi shopping tersebut:
  • Beg sekolah Haikal- 2 (sekolah pagi + sekolah petang)
  • Beg sekolah Adam - 2 (sekolah pagi + sekolah petang)
  • Baju + seluar sekolah Adam (3 pasang)
  • Baju + seluar sekolah Haikal (2 pasang) 
  • Kasut sekolah Haikal (2 pasang)
  • Kasut Sekolah Adam (2 pasang)
  • Stokin Sekolah Adam (6 pasang)
  • Baju dalam Adam - 4
  • Baju dalam Haikal - 2
  • Botol Air - Sorang satu 
  • Tali pinggang - Sorang satu
  • Pensil Box - Sorang satu

Kos pembelian untuk semua sekali dah lebih RM800... 

Itu belum lagi termasuk beli pakaian sekolah petang... Nampaknya kena guna budget gaji bulan depan untuk beli pakaian sekolah petang... huhuhu..

Masa kami tengah shopping tu, perasan juga ada Snap & Win Instagram Photo Contest (23 Nov - 18 Dis 2015)..

Waktu Haikal sibuk mencuba baju dan seluar sekolah, Naila dan Adam masih seronok bergambar.. ;)

Ingat nak masuk Contest tu... Lagipun syarat-syarat nak masuk contest tu tak susah pun... In Shaa Allah, kami layak sepenuhnya untuk menyertai contest ini... 


Waktu Haikal dan Adam sibuk mencuba baju dan seluar sekolah, bukan main lagi Naila seronok bergambar.. ;)

Boleh baca syarat-syarat di bawah untuk menyertai Snap & Win Instagram Photo Contest (23 Nov - 18 Dis 2015)... Tak susah kan?

Sumber : Klik Di Sini

Hadiah contest ni takderlah lumayan sangat.. Tapi kalau menang, dapat juga hadiah tambahan untuk melengkapkan keperluan sekolah anak-anak...

Tapi.... 

Apabila sampai di rumah sewa kami di Sabak Bernam, Selangor...

Resit pembelian pakaian dan keperluan sekolah tersebut hilang..... Dah puas kami mencari, tapi resit tersebut tak dapat kami temui... 

Huhuhu.. Nampaknya takder rezeki kami kali ni untuk join Snap & Win Instagram Photo Contest..

Sebagai gantinya, Saya terbitkan entri ini di blog saya... Terubat sikit rasa di hati... Hehehe... 

Mujurlah ada blog... ;) 

5 ulasan:

  1. alahai tiada rezeki nampaknya, takpe yg pasti anak2 dah dpt keperluan sekolah mereka

    BalasPadam
  2. takde rezeki sekarang maybe Allah nak bagi lain yg lebih baik :)

    BalasPadam
  3. syg jgk resit xde bukti utk join contest..tp xpe yg pntg dpt beli semu keperluan dan anak2 pn nampak happy je tue..

    BalasPadam
  4. Banyak jugak belanja anak-anak masuk sekolah.
    Thanks for sharing. Anak saya bakal masuk darjah 1 2017. At least ada masa setahun nak kumpul duit :)

    BalasPadam
  5. Mahalnya kos perbelanjaan anak nak masuk sekolah kan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra