Isnin, 30 November 2015

RUGI lebih RM1,000 ketika Bercuti di Gold Coast Morib International Resort!

with 19 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena musim Cuti Sekolah pada kali ni, saya sempat bawa isteri dan anak-anak bercuti ke Gold Coast Morib International Resort.

Dah lama sebenarnya teringin nak bawa anak-anak bercuti ke sini... Tapi dari sehari ke sehari plan, tapi tak jadi-jadi...

Kali ni last minit punya rancangan... Hari Isnin buat keputusan, terus mohon cuti.. Bila cuti dah lulus hari Rabu baru booking bilik dekat laman web Agoda... Syukur Alhamdulillah, mujur ada lagi diskaun walaupun booking last minit... 



Pengalaman Bercuti di Gold Coast Morib International Resort


Booking satu bilik Suite Studio untuk dua hari satu malam..  
(Percuma 2 Tiket masuk Theme Park untuk orang dewasa)



Bilik Suite Studio yang kami tempah melalui laman web Agoda ni berharga RM198/malam. Dapat percuma  2 Tiket masuk Theme Park untuk orang dewasa + Breakfast untuk 2  orang dewasa

Tiket masuk Theme Park Gold Coast Morib International Resort:
Dewasa - RM38.00
Kanak-kanak - RM21.00

Breakfast di Gold Coast Morib International Resort 
Dewasa - RM38.00
Kanak-kanak - RM21.00

Jadi, dengan menyewa bilik sebanyak RM198 + cukai = RM230 kami dapat free gift sebanyak RM38.00 X 4 = RM152.00 (2 tiket dewasa ke Theme Park + 2 kupon Breakrast untuk orang dewasa)... Oklah tu kan?

Lagipun bilik yang kami sewa memang memuaskan... Dari atas bilik, kami dapat melihat keseluruhan pemandangan Theme Park Gold Coast Morib International Resort


Naila tak sabar nak mandi apabila nampak Theme Park dari bilik penginapan kami..

Adam begitu gembira berada di Gold Coast Morib International Resort

First time bawa anak-anak bercuti dalam bilik yang ada Jakuzi.. ;)

Bukan anak-anak sahaja yang gembira mandi dalam Jakuzi... Saya dan puan isteri pun apa kurangnya... Geram tengok air berombak tu..  ;)


2 Katil single masa check in... Tapi bila malam of course jadi satu katil Queen Size... 

Rasa nak terjun dari bilik jer... hehehe

Syukur Alhamdulillah... Dapat luangkan masa bercuti dengan anak-anak sebelum mereka dapat adik baru... ;)


Adam, Naila dan Haikal tengah seronok mandi-manda di Theme Park..


Puan isteri pula dah sarat mengandung... Tak larat nak join sekali... 
Dapat tengok dari bilik jerlah nampaknya... 

Memandangkan kedudukan bilik kami di tingkat satu, jadi sempat juga isteri saya snap beberapa gambar kami ketika bermain air di Theme Park Gold Coast Morib International Resort... ;)

Nampak tak gambar saya, Adam dan Naila di seberang sana?

Tak nampak?

Ok... Sekarang ni baru boleh nampak kot?

Kali terakhir saya snap gambar dengan menggunakan Samsung Galaxy 4... huhuhu...

Bermulanya babak yang sukar untuk dilupakan (1)... 


Semasa saya bermain air di Theme Park Gold Coast Morib International Resort, saya turut membawa bersama sebuah beg galas tepi... Dalam beg tu ada mengandungi tuala, beg duit, Smartphone Samsung Galaxy S4, dan beberapa tupperware yang mengandungi makanan di dalamnya...

Tupperware-tupperware ni saya baru ambil dari kereta... Disebabkan anak-anak dah tak sabar sangat nak main air, saya pun sumbat jer tupperware-tupperware ni sekali dalam beg galas tepi yang saya bawa...

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba hujan turun semasa kami mandi manda di Theme Park. Kelam kabut saya dibuatnya, nak bawa anak-anak keluar dari Theme Park.

Sebaik sahaja saya sampai ke bilik, saya dapati Smartphone saya dah tak ada dalam beg yang saya bawa... 

Fuhh... Cemas betul rasanya...

Saya terus berlari balik masuk ke Theme Park semula, untuk mencari Smartphone kesayangan saya....

Tapi... Tidak semudah itu untuk mendapatkan balik Smartphone yang tercicir/hilang... Puas dah saya cuba buat panggilan... Tapi, tak dapat...

Saya dah buat laporan dekat bahagian kaunter jualan tiket masuk ke Theme Park... Tapi sehingga kami check Out dari Gold Coast Morib, Smartphone yang saya tunggu-tunggu tetap tidak berjaya ditemui...

Smartphone Samsung Galaxy S4 (berwarna putih) kini hanya tinggal kenangan...

Anggaran harga SmartPhone tersebut dalam RM1,000...

Lebih menyedihkan lagi, dalam Smartphone tersebut ada SIMKAD ONEXOX yang dapat memberikan pendapatan pasif setiap bulan... 

Risau betul bila Simkad ONEXOX tu hilang... 

Sekejap tu juga saya terus hubungi Dealer ONEXOX, untuk menceritakan masalah yang sedang saya hadapi...

Syukur Alhamdulillah.... Saya boleh ganti Simkad ONEXOX yang baru dengan mengekalkan nombor yang digunakan pada SIMKAD yang hilang tu... Lega hati saya mendengarnya....

Kalau nak diikutkan, nilai SIMKAD ONEXOX yang hilang ini boleh jadi lebih mahal daripada harga Smartphone Samsung Galaxy S4 yang hilang tu...   :(


Tapi nak buat macamana... Semua ini berlaku di atas kecuaian saya sendiri... 


Oklah... Cukuplah cerita tentang kehilangan Smartphone Samsung Galaxy S4 dan SIMKAD ONEXOX yang hilang bersamanya....


Babak yang sukar untuk dilupakan (2)...


Disebelah malamnya pula... Ada lagi satu babak yang sukar untuk dilupakan....

Malam tu saya drive kereta sorang-sorang untuk mencari lauk buat hidangan makan malam... Isteri teringin nak makan ikan siakap Sweet Sour.... 

Memandangkan ini kali pertama saya berada di kawasan ini, jadi saya memandu tanpa arah tuju... Tujuan saya cuma satu... Nak cari kedai makan yang ada menjual ikan siakap Sweet Sour...

Susah juga rupanya nak cari makan tersebut... Kalau ada pun, kedai makan milik orang Cina... 

Tiba dekat satu kawasan tu, saya ternampak kedai makan yang saya cari... Tapi diseberang jalan... Masa tu keadaan cuaca hujan renyai-renyai...

Saya pun cuba cari kawasan nak buat U-turn... Dapat...

Ada sebuah rumah yang terletak di sebelah masjid... Saya masuk ke halaman rumah tersebut untuk membuat U-Turn...

Sekali masuk..... Kereta saya tersekat... Kereta tak dapat nak reverse disebabkan tanah lembik dan berlumpur akibat hujan... 

Setelah lebih kurang 10 minit berusaha forward dan reverse kereta berulang kali, akhirnya berjaya juga saya menyelamatkan kereta saya daripada terperangkap di dalam lumpur/tanah lembik...

TETAPI....

Ada satu kereta PESONA berwarna hitam menyekat laluan saya untuk keluar dari laman rumah tersebut...  

Kereta PESONA Hitam tersebut mengalami masalah yang sama seperti kereta saya.... Tapi lagi teruk... Sebab tayar kereta depan termasuk ke dalam longkang yang berlumpur... Kereta langsung tidak dapat bergerak...

Saya cuba membantu tuan punya kereta... Tetapi tidak berjaya...

Lebih kurang setengah jam kami berusaha untuk menyelamatkan kereta PESONA HITAM daripada terperangkap di dalam lumpur, para Jemaah di masjid (terletak bersebelahan dengan rumah tersebut) telah pun selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dan mengadakan tahlil arwah... 

Ada lebih kurang 8 orang jemaah datang membantu kami... Pelbagai cara telah diusahakan, Tetapi masih tidak berjaya mengeluarkan kereta Pesona hitam daripada terperangkap di dalam lumpur....

Kemudian, datang dua orang lagi turut serta membantu...

Syukur alhamdulillah... Dengan kekuatan 12 orang lelaki, akhirnya kami berjaya mengeluarkan kereta Pesona Hitam tersebut daripada terperangkap di dalam lumpur... 

NASIHAT ORANG KAMPUNG KEPADA KAMI....
"Kalau datang ke kawasan Banting masa hujan-hujan macam ni, jangan lalu/parking kereta di kawasan tanah berair, walaupun pergi ke kedai makan... Sebab tanah dekat sini lembik dan becak... Kalau pergi ke kedai makan yang tak bertar, elok parking dekat tepi jalan jer lebih selamat.... "

Saya akan ingat pesanan ini sampai bila-bila... 

Saya kesian dekat owner kereta Pesona Hitam tu... Mereka sekeluarga (Suami, isteri dan 2 orang anak) datang dari Seremban menginap selama 2 hari di Gold Coast Morib International Resort.. Kereta memang kotor habis kena lumpur... Lepas tu bumper rosak, dan rasanya kena servis gear box kot... Sebab ada masa tu, gear reverse atau forward kereta tak dapat nak berfungsi... Kena offkan kereta dulu, kemudian onkan balik baru gearing sistem dapat berfungsi macam sedia kala...  

Ok... Tutup pula cerita tentang kereta yang terperangkap di dalam lumpur...

Keesokan harinya...

Puan isteri tak sabar nak bawa anak-anak pergi Breakfast... Kena tambah RM42 (Sorang RM21) lagi untuk bawa anak-anak masuk breakfast sekali.. 


Puan isteri sedang menikmati sarapan pagi... ;)

Haikal dan Adam kalau boleh tak nak bersarapan... Nak terus terjun kolam...

Naila lagi pula... Celik jer mata terus nak mandi... Pergi Brekfast pun pakai baju mandi... huhuhu


Antara menu yang sempat kami makan masa Breakfast... 

Lepas Breakfast terus sambung aktiviti semalam... Main air dekat Theme Park Gold Coast Morib International Resort .

Kali ni lagi best.. sebab BFF Haikal yang dah berpindah ke Banting join sekali... 

Cuma yang sedihnya.... Tiada sebarang gambar yang dapat saya snap masa tu.... 

Sebab.....

Tak nak cerita lagilah.... Kalau nak tahu sebabnya boleh baca sekali lagi entri ini... Baca dari mula tahu... hahaha...


Secara kesimpulannya, memang best bawa anak-anak bercuti di Gold Coast Morib International Resort.  

Kos percutian yang menjimatkan..

Keseluruhan kos yang kami keluarkan untuk menikmati percutian ini dalam RM500 sahaja...

CUMA....

Saya RUGI lebih RM1,000 ketika Bercuti di sana, adalah disebabkan oleh kecuaian saya sendiri... 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini... Terima kasih kerana sudi membaca.. ;)


19 ulasan:

  1. Lerr..xcakap. leh aku turun banting bawa g jenjalan.

    BalasPadam
  2. takde rezeki bro hari tu..mungkin Dia nak bagi rezeki dr celah lain tu

    BalasPadam
  3. best dapat bercuti dan bergembira tapi dalam masa yang sama musibah berlaku plak.. nak buat macam mana... salah sendiri tanggunglah sendiri la jawabnya.. INSYA ALLAH ada hikmahnya :D

    BalasPadam
  4. Alahai...hp hilang memang sakan la teriak...huhu
    Apa2pun pasti ada hikmah

    BalasPadam
  5. InsyaAllah ada rezeki lain tu lepas ini.
    Mana tau dpt hp lagi mahal.

    Bila baca ni rasa mcm nak pergi lagi sekali jer tempat ni sbb waktu tu baru sorg jer boy.
    Skrg dh 2 boy mesti lg meriah.

    BalasPadam
  6. takpe, ada komisen affiliate masuk nanti tu,bleh cover dpt henpon baru..:D

    BalasPadam
  7. Syukur Alhamdulillah, keluarga semua sihat & ceria...yg hilang tu blh dpt balik, Insyallah... :D

    BalasPadam
  8. Sabar2.. ade hikmah di sebaliknya

    BalasPadam
  9. Sedihnya bila hilang harta ni kan, namun boleh dapat pengganti lebih baik dengan pendapatan pasif simkad tu...

    BalasPadam
  10. wah untung bercuti 1 famili hanya rm500 je...mmg jimat..
    xpe rugi 1k tu nanti akan dpt pulangan dlm bentuk lain..insyaAllah

    BalasPadam
  11. makasih bos infonya dan semoga bermanfaat

    BalasPadam
  12. terimakasih gan tentang infonya dan salam sukses

    BalasPadam
  13. Macam best juga gold coast morib ni, tq sharing

    BalasPadam
  14. PROMOSI - Voucher Gold Coast Morib RM160
    Siapa yg berminat boleh terus Whatsapp sy 📲0162268952 Faharul

    Detail Voucher 👇
    ❤Voucher ni hanya utk Weekdays shj (Ahad - Jumaat)
    ❤2hari 1malam (1 bilik ade 2 katil single ATAU 1 katil King) *bilik air ade jakuzi tau 😉
    ❤Sarapan Pagi utk 2 org
    ❤Waterpark tiket utk 4 org
    ❤Kanak2 bawah 90cm FREE Sarapan Pagi & Waterpark
    ❤Check in 3pm, check out 12pm
    ❤Expired Date Voucher April 2017

    RM160 ❗RM160 ❗RM160
    Gold Coast Morib❗Gold Coast Morib

    BalasPadam
  15. PROMOSI - Voucher Gold Coast Morib RM160
    Siapa yg berminat boleh terus Whatsapp sy 📲0162268952 Faharul

    Detail Voucher 👇
    ❤Voucher ni hanya utk Weekdays shj (Ahad - Jumaat)
    ❤2hari 1malam (1 bilik ade 2 katil single ATAU 1 katil King) *bilik air ade jakuzi tau 😉
    ❤Sarapan Pagi utk 2 org
    ❤Waterpark tiket utk 4 org
    ❤Kanak2 bawah 90cm FREE Sarapan Pagi & Waterpark
    ❤Check in 3pm, check out 12pm
    ❤Expired Date Voucher April 2017

    RM160 ❗RM160 ❗RM160
    Gold Coast Morib❗Gold Coast Morib

    BalasPadam
  16. Saya dapat voucher RM150...nak pergi ahad n isnin ni...sbb 24/10/2016 Pahang cuti..TQ for info tuan..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra