Ahad, 13 September 2015

Hobi Isteri saya, Cantik Tak? (Bahagian 63) : Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

5 Oktober pada setiap tahun merupakan hari bersejarah untuk kami sekeluarga... Tarikh yang akan kami ingati sampai bila-bila..... Di mana tarikh lahirnya putera sulung kami Haikal (5 Oktober 2007), puteri kami Naila (5 Oktober 2013) dan ayah mertua saya, Pak Ya (5 Oktober 1956)...

Hmmm... Tak lama lagi, Puteri Naila kami akan menjangkau umur 2 tahun... Walaupun masih kecil lagi, tapi dah pandai melaram.... 

Suka pada Handbag, suka alat makeup, suka Gincu, Suka bedak dan sebagainya.... Biasanya barang-barang puan isteri yang akan menjadi mangsa... huhuhu

Kalau tengok video yang ada iklan orang perempuan bermakeup, pakai baju cantik, pakai handbag... Memang dia cukup suka tengok... Lepas tu mulalah minta nak pakai gincu, nak pakai bedak dan sebagainya...

Jadi, sempena ulang tahun kelahiran Naila yang kedua.. Isteri saya cuba menyiapkan sebuah Handbag untuk hadiah hari jadi beliau... 

Hasilnya.... Boleh lah tengok gambar-gambar di bawah..



Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila (Pandangan Hadapan)

Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila (Pandangan Belakang)

Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila (Bahagian dalam)

Zoom pada hiasan bunga..

Handmade Handbag ini terdiri daripada beberapa partition... Setiap partition mempunyai beberapa poket... Nanti bolehlah letak Kad Kredit, Kad Debit, Kad Pengenalan, Kad Bank dan gambar-gambar Naila... ;)



Partition demi Partition yang terdapat dalam Handbag tersebut...


Semoga Naila gembira menerima hadiah daripada isteri saya.... dan yang paling PENTING SEKALI, semoga lepas ni Naila dah tak kacau lagi Handbag kepunyaan isteri saya... ;)

Sekiranya ada yang berminat untuk mengikuti perkembangan hasil kretiviti isteri saya... Bolehlah melawat fanpage beliau menerusi link berikut:

=> https://www.facebook.com/pelangicraft

Kalau anda suka dengan koleksi hasil kreativiti hobi isteri saya... Boleh lah like pada mana-mana gambar yang patut... 

Kalau ada yang kurang berkenan dengan hasil tersebut, jangan segan silu untuk meninggalkan komen... Mungkin komen yang anda berikan akan dapat meningkatkan hasil kreativiti hobi isteri saya...

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini... ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra