Selasa, 7 Julai 2015

Buat Duit Raya Di Mudah.my

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk entri ini, rasanya boleh bikin panas! Terutamanya untuk kakitangan kerajaan yang bakal menerima hujan dalam minggu ini, dan kemudian disusuli oleh kemarau yang panjang.

Besar Cabarannya! 

Bukan senang nak mengawal aliran tunai dengan baik, terutamanya pada musim perayaan. Semuanya nak kena pakai duit! Kesilapan dalam mengurus perbelanjaan, akan menyebabkan tak cukup duit untuk menunggu gaji yang seterusnya.

Jadi, sementara tengah ada hujan 2 kali ini, eloklah merancang sesuatu. Cuba gunakan duit yang ada sekarang ni untuk menjana duit tambahan. Salah satu caranya adalah dengan menjalankan perniagaan.

Bukannya nak berniaga besar-besar. Berniaga kecil-kecilan cukuplah. 

Contohnya, beli barang secara borong atau barangan terpakai yang unik dekat laman-laman web terkenal seperti Ebay, AliBaba, AliExpress atau Taobao.com. Kemudian jualkannya semula di laman web Mudah.my untuk pasaran Malaysia. 

Bukan semua rakyat Malaysia berani membeli barangan secara online menerusi laman web Luar negara. Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia berani membeli barang secara Online di laman web Mudah.my dan facebook. Jadi, Ini merupakan peluang terbaik untuk anda membantu orang lain, dalam masa yang sama mendapat sedikit keuntungan daripada pertolongan tersebut. Pahala dapat, untung pun dapat. In Shaa Allah.

Contoh 1 : Menjual Barangan Koleksi


Contohnya, seorang rakan saya membeli sebuah jam koleksi daripada seorang penjual di e-bay.com dengan harga RM1000. Kemudian setelah barang tersebut diperolehi, beliau mengambil gambar jam tersebut, dan mengedit gambar tersebut dan mengiklankannya dengan sangat menarik. Iklan yang dihasilkan menjadikan jam tersebut kelihatan sangat menarik dan eklusif. Seterusnya beliau menjualkannya kembali di laman web lain dengan harga RM1,600. Beliau berjaya menjual jam tersebut dalam masa 1 minggu selepas ianya diiklankan. Malah pernah juga terdapat beberapa barangan lain yang berjaya dijual dalam masa 1 hari sebaik sahaja ianya diiklankan. Sungguh menguntungkan.

Untuk berjaya dalam teknik ini, anda perlu mengenal pasti barang-barang yang kuantitinya sedikit di pasaran tetapi mempunyai permintaan yang tinggi. Berbaloi ke atas wang anda sekiranya anda membuat pembelian barang-barang tersebut kerana harganya akan menjadi semakin mahal dari masa ke semasa. Antara barang-barang yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti senarai berikut:
  • Jam Koleksi
  • Barang-barang antik
  • Kereta koleksi (bukan kereta biasa)
  • Seramik antik
  • Permaidani
  • Barang kemas, lukisan atau batu antik.
  • Setem, wang syiling atau wang kertas lama


Kebanyakan barang-barang dalam senarai ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Terdapat orang-orang tertentu dari kalangan golongan berada yang meminati barang-barang tersebut. Golongan ini biasanya tiada masalah ke atas wang mereka. Dan mereka cuba untuk mencari barang yang unik dan istimewa untuk dimiliki bagi memenuhi kepuasan mereka. 

Semakin sukar barang-barang tersebut didapai semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh sebuah lukisan yang berusia ratusan tahun seperti lukisan potret Monalisa. Potret tersebut boleh dijual sehingga nilai satu billion ringgit disebabkan hasil lukisannya yang menarik dan terlalu sukar untuk didapati (Hanya ada satu sahaja yang asli). Tetapi contoh yang saya beri ini tidaklah realistik untuk anda laksanakan. Cukuplah sekadar contoh sahaja.

Jadi ada beberapa barang dalam senarai di atas yang boleh anda ’survey’ di talian internet untuk dibeli dan dijualkan semula. Selain itu anda juga boleh mencari barang-barang terpakai yang masih elok samada di rumah ayah anda, rumah sanak saudara atau rumah atuk anda. Cuba cari barang-barang antik dan iklankan barangan tersebut di portal perniagaan percuma seperti e-bay.com, atau Mudah.my. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. 

Contoh 2 : Menjual barangan Terpakai yang tidak lagi diperlukan


Seorang rakan saya pernah menjual piring hitam lagu Elvis Pallesly yang dijumpai semasa mengemas rumah yang baru dibeli.

Pada mulanya beliau berhasrat untuk membuang barang tersebut disebabkan beliau tiada pemain piring hitam. Tetapi atas nasihat seorang rakan yang lain, beliau telah mengiklankan barang tersebut dalam e-bay.com. Dalam masa 2 minggu ianya diiklankan, ada pembeli dari luar negara berminat untuk membeli piring hitam tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, rakan saya dengan senang hati menjual barang tersebut. Lihat! Tanpa mengeluarkan sebarang modal, rakan saya telah mendapat wang dengan mudah.

Walaupun secara asasnya, anda perlu menjual barang dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran semasa menjual di laman web pengiklanan percuma seperti e-bay, lelong dan mudah.my. Namun bagi kes-kes menjual barang-barang tertentu seperti yang dibincangkan di atas anda boleh menjualnya dengan harga yang mahal tetapi berbaloi untuk wang pembeli.

Untuk melipat gandakan kejayaan anda dalam teknik ini, anda juga perlu menimba ilmu bagaimana untuk memasarkan barangan anda sehingga ianya terjual. Jadi, sekiranya anda berminat saya syorkan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik pemasaran yang betul untuk meraih keuntungan semasa menjual di laman web Mudah.my. Selamat mencuba..

Kenapa saya Syorkan anda mengiklankan Perniagaan di laman web Mudah.my?


Sumber : mudah.my

Anda perlu mengikalankan perniagaan anda di Mudah.my kerana laman web ini:
  • Mempunyai 5.2 juta pengunjung setiap bulan. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia, yang gemar membeli barang secara Online.
  • Mempunyai 1,894,986 iklan sehingga kini (pada masa terakhir saya melayari laman web Mudah.my) dan pastinya ia akan bertambah dari masa ke semasa.


Selain itu, terdapat beberapa sebab lagi kenapa anda perlu berniaga di laman web Mudah.my. Antaranya:

#1. Tidak perlu bina website 

Ramai yang putus asa untuk berbisnes secara online kerana tidak tahu membina website. Kos untuk mengupah syarikat pereka website untuk membinanya pula boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi di Mudah.my, anda tidak perlu runsing tentang isu itu. 

Anda tidak perlu pening kepada untuk menghadap HTML (Hyper Text Markup Language) iaitu bahasa programming yang digunakan untuk membuat website. Anda juga tidak perlu belajar menggunakan perisian membina website seperti Dreamweaver dan Frontpage. Jika anda langsung tidak mempunyai kemahiran IT, masa yang anda ambil untuk membina website mungkin memakan masa berbulan lamanya. 

Di Mudah.my anda dapat menjimatkan masa dan kos anda.

#2. Tidak perlu beli nama domain. 

Nama domain atau domain name umpama nama bisnes anda di internet. Setiap nama domain adalah berbeza. Tidak ada satu pun nama domain akan serupa. Nama domain yang selalu digunakan di Malaysia adalah .com, .com.my dan .my. 

Nama domain bukannya percuma dan perlu dibeli. Harganya pula dalam lingkungan RM30 sehingga RM100. Anda perlu membayarnya setahun sekali. Tetapi di Mudah.my, anda boleh mendapat nama domain secara percuma. Apabila anda membuka akaun Pro Niaga, anda akan diminta untuk mendaftarkan nama domain Pro Niaga anda. Contoh nama domain Pro Niaga adalah: 

1. www.mudah.my/ayamserama 
2. www.mudah.my/kuihraya 
3. www.mudah.my/goldbeauty 
4. www.mudah.my/superhealth 
5. www.mudah.my/rymfurniture 

Berikut merupakan beberapa step yang perlu anda lakukan, untuk mendaftarkan nama Domain Pro Niaga anda :

a. Layari laman web mudah.my

b. Klik pada Button "Log In PRO Niaga" 

Sumber : mudah.my

c. Isikan Maklumat Yang Diperlukan
Sumber : mudah.my

d. Isikan Semua Maklumat yang diperlukan, termasuk URL Perniagaan Anda di Mudah.my, seperti dalam gambar di bawah
Sumber : mudah.my

e. Untuk langkah yang seterusnya, saya syorkan anda tonton video yang telah disediakan oleh Pakar Mudah.my (Klik Banner di Bawah)


Sumber : Klik Di Sini

#3. Tidak perlukan modal 

Secara amnya anda tidak perlu bayar kepada Mudah.my untuk beriklan. Cuma beberapa kategori sahaja yang memerlukan bayaran minimum. Anda juga hanya perlu bayar untuk menggunakan Premium Service. 

Namun bagi kebanyakan kategori anda boleh meletakkan iklan secara percuma sahaja. Atas sebab inilah ramai peniaga yang menggunakan Mudah.my untuk mengiklankan produk dan servis mereka. Jikapun memerlukan pembayaran, pulangannya amat berbaloi kerana ramai pelawat yang bersedia untuk menjadi pelanggan. Dengan 5.2 juta pelawat sebulan di Mudah.my, potensinya amat besar! 


#4. Tidak perlu mencari pelawat 

Di Mudah.my, anda telah disediakan dengan 5.2 juta pelawat setiap bulan. Anda hanya perlu menawarkan sesuatu yang diingini oleh pelawat ini. Tawarkan produk dan servis yang sentiasa mendapat permintaan ramai. 

Di Mudah.my sendiri anda boleh selidik produk dan servis apa yang mendapat sambutan hangat daripada pelawat. Dengan maklumat tersebut, anda dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan anda. 

Ok.. Sekarang nampak, kelebihan mengiklankan perniagaan anda di Laman Web Mudah.my?

Ianya dapat diumpamakan seperti menabur makanan ikan ke dalam kolam yang telah dipenuhi ikan. Apabila anda tabur sahaja makanan, ikan akan berebut menyambar makanan tersebut.

Sekiranya anda nak lebih power, nak lebih bagus menjual di mudah.my, jangan main redah aje.

Kena belajar dahulu.

Dan kalau nak belajar daripada yang pakar, saya syorkan anda klik pada banner di bawah.  Selamat mencuba. Good Luck! 

Sumber : Klik Di Sini

11 ulasan:

  1. saya pernah menjual produk di mudah, mmg banyak feedback yang dapat dari customer

    BalasPadam
  2. memang ada hati nak jual di Mudah.my terutama barang yang aneh dan sukar diperolehi

    BalasPadam
  3. Ada app baru selain mudah yang sedang di explore, carousell namanya. Boleh tahan barangan yang ada.

    BalasPadam
  4. memang senang jual kat mudah ni.

    so..gi la jual kat sana. Hehe..

    BalasPadam
  5. Betul, pekerja kerajaan perlu berjimat cermat , barang tak pakai elok benar dijual

    BalasPadam
  6. Lama dah tak iklankan barang kat mudah ni..

    BalasPadam
  7. pernah menjual kucing di mudah. sangat mudah, :D

    BalasPadam
  8. Kami pun suka menjual barangan kat Mudah.my ni..senang jumpa pelanggan

    BalasPadam
  9. kene pandai berjimat dan cari pendapatan tambahan lagi2 bila time hari raya ni. cam aku memang berjimat abis raya kali ni n cari peluang untuk buat duit hehe

    BalasPadam
  10. wahh, saya pun ada banyak barang tak pakai. Masih baru pun ada. Boleh try jual ni :)

    BalasPadam
  11. Sy bisnes 1 brg ni.(rahsia). Stiap kali iklan mesti hr tu jgk trjual. Haha. Sngt2 bagus. Yg jd masalh 1 je, nk dptkn stok susah.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra