Khamis, 9 April 2015

Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Disember 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 28 Februari 2015 yang lepas, saya berpeluang menganjurkan Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Disember 2014. 

Kejohanan catur ini telah disertai seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada 26 peserta lelaki dan 17 peserta wanita. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sahaja yang melibatkan 5 jabatan iaitu JPH, JKA, JKE, JTMK dan JP.

Kejohanan telah berlangsung dengan baiknya kerana komitmen yang telah diberikan oleh semua peserta tanpa sebarang gangguan. Kesemua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersaing secara sihat.


Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:


TARIKH/TEMPAT
MASA
BUTIRAN AKTIVITI
28 feb 2014 / kafeteria PSIS
8.30-9.00 pagi
Pendaftaran
9.00-9.20 pagi
Ucapan penasihat kelab
9.20-10.00 pagi
Pusingan pertama
10.00-10.40 pagi
Pusingan kedua
10.40-11.10 pagi
Berehat
11.10-11.50 pagi
Pusingan ketiga
11.50 pg -12.30 tgh
Pusingan keempat
12.30 tgh – 1.10 ptg
Pusingan kelima

1.20-2.00 petang
Majlis penutup dan penyampaian hadiah
2.00 petang
Bersurai





















Berikut pula merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Catur Rapid Tertutup PSIS Sesi Disember 2014.


















Johan Kategori Wanita : Neverita Nazarus

Naib Johan Kategori Wanita : Gunawathy Ganesh

Tempat ketiga Kategori Wanita : Ain Syasya Binti Salehen


Johan Kategori Lelaki : Mohamad Arifin Bin Januri

Naib Johan Kategori Lelaki : Muhammad Anuar Bin Mohd Ismail

Tempat Ketiga Kategori Lelaki : Kogilavaanan A/L Sinniah


Secara kesimpulannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar sepert yang telah dirancang. Syukur Alhamdulillah..


Diharap kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.. In Shaa Allah..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra