Rabu, 29 April 2015

Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Buat Duit Tanpa Modal? Betul ke ada orang boleh buat Duit Tanpa Modal? Macam tak percaya jer..

Zaman sekarang ni mana ada benda yang PERCUMA? Semua benda nak kena bayar.. 

Lebih-lebih lagi apabila GST mula dilaksanakan..


"Harga barang naik.. Kos sara hidup semakin meningkat.. Kos percetakan dah naik harga.. Kos pengiklanan dekat akhbar, Majalah dan televisyen dah naik harga... Kos pengiklanan dekat Google dan Facebook pun dan naik harga..Semuanya dah naik harga sekarang ni.. Macam tak logik jer, ada orang boleh buat duit tanpa modal!!"
  

Mungkin itu bisikan hati anda, setelah anda membaca tajuk entri ini. 

Ketika anda sedang membaca entri ini, mungkin dalam hati anda berkata... "Baca boleh, tapi percaya jangan".. Betul tak?

Terpulanglah kepada persepsi anda.. Samada nak percaya ataupun tidak? 

Tapi yang pasti buat duit Tanpa Modal melalui Affiliate memang wujud berdasarkan pengalaman-pengalaman saya sebelum ini... Tetapi syaratnya kena berusaha untuk mendapatkannya...  

Kejayaan tidak akan datang bergolek sekelip mata... Nak berjaya kena usaha.. Kalau tak percaya, anda boleh tanya dengan otai-otai Affiliate seperti Cikgu TitanBro ReezLuvOswald JustinTuan ShamsuriyadiRahman BasriAzuan RazaliNajib Asaddok, dan lain-lain.. Mereka ada jawapan mengenai persoalan-persoalan yang bermain di minda anda, tentang cara menjana pendapatan melalui Affiliate.. 

Walaupun jawapan yang diberikan mungkin berbeza diantara satu sama lain.. Tetapi kesimpulannya adalah sama... Iaitu anda perlu berusaha untuk melaksanakan strategi demi strategi yang telah mereka praktikkan untuk mendapatkan komisyen melalui Affiliate..  

Ada strategi berbayar, ada strategi yang PERCUMA! Anda bebas membuat pilihan. Tepuk dada, tanya selera.. 

Untuk permulaan, saya syorkan anda gunakan strategi PERCUMA terlebih dahulu.. Bila dah berjaya mendapat komisyen melalui Affiliate, dan ingin melipatgandakan komisyen tersebut... masa ni anda dah tak ada masalah untuk menggunakan strategi berbayar.. Sebab dah boleh gunakan komisyen yang berjaya diperolehi sebelum ini, untuk dijadikan sebagai Modal.. 


Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2


Berbalik kepada tajuk entri ini iaitu Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2..

Selama saya menceburkan diri dalam dunia Affiliate, inilah pengalaman pertama saya merasa Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2.. 


Antara Komisyen Affiliate Tier 2 yang berjaya saya perolehi


Serius! Kali ni memang betul-betul tanpa modal... Saya berjaya memperolehi Komisyen Affiliate Tier 2 ini tanpa melakukan sebarang promosi.. Tanpa menulis Entri Blog... Dan juga Tanpa menghasilkan sebarang jualan.. 

Tapi saya menumpang rezeki ejen affiliate lain, yang pernah mendaftar sebagai affiliate melalui link yang saya promosikan..

Ejen Affiliate tersebut rancak menghasilkan jualan, dan berjaya mendapat komisyen sebanyak 55% daripada hasil jualan.. Saya pula berjaya mendapat komisyen sebanyak 2% sahaja daripada hasil jualan tersebut... 

Walaupun mendapat komisyen 2% untuk setiap jualan... Tetapi bila dikumpul, lama-lama jadi banyak juga..

Sebagai contoh.. Satu Produk berharga RM80... 
  1. Ejen Affiliate (Tier 1) berjaya mendapat komisyen sebanyak RM44 (55%)
  2. Saya sebagai Affiliate (Tier 2) berjaya mendapat komisyen sebanyak RM1.60 (2%)

Itu untuk satu jualan... Bagaimana kalau saya memiliki 10 ejen Affiliate di bawah rangkaian saya, dan setiap Ejen Affiliate (Tier 1) berjaya menghasilkan 10 jualan.. 

Komisyen Affiliate (Tier 2) yang berjaya saya perolehi adalah 10X10XRM1.60 = RM160

Hmmm... Banyak juga kan?... 

Walaupun tak ada buat apa-apa, tetapi saya dapat juga rezeki melalui usaha orang lain.... Dan yang menariknya.. rezeki tersebut akan berterusan, selagi ejen affiliate tersebut terus menghasilkan jualan...

Hasilnya saya dapat email ucapan Tahniah bertalu-talu seperti dalam gambar di bawah...

Ucapan Tahniah bertalu-talu yang diterima melalui email, setiap kali berjaya mendapat komisyen Affiliate Tier 2.

Syukur Alhamdulillah... Di atas rezeki tersebut...

Terima kasih diucapkan kepada rakan Affiliate saya yang Super Power iaitu Prof Hariz, kerana melalui usaha beliau rezeki tersebut kepada saya.. 


Nak tahu siapa dia Prof Hariz? Jom tonton Video di bawah...




Semoga melalui Video ini akan dapat memotivasikan anda untuk menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan melalui Affiliate.. 

Sebagaimana Prof Hariz yang berjaya menjadi Top Affiliate dalam Cabaran Affiliate Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (Klik Di Sini)


Tip Ringkas Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2


1. Kenalpasti rakan-rakan anda yang rajin buat promosi secara Online melalui Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya. 
Paling mudah sekali sekiranya anda mempunyai kawan-kawan yang aktif menulis blog atau seorang usahawan internet seperti Prof Hariz, Khairul Asrol, Cikgu Titan, Bro ReezLuv, Oswald Justin, Tuan Shamsuriyadi, Rahman Basri, Azuan Razali, Najib Asaddok, dan ramai lagi.. Tempat paling mudah nak cari otai-otai ini ialah di Persatuan Usahawan Internet Malaysia atau di mana-mana Komuniti Blogger Malaysia.. In Shaa Allah, anda akan 


2. Jemput rakan-rakan anda untuk mendaftar sebagai Ejen Affiliate secara PERCUMA, melalui link Affiliate yang anda Promosikan
Pendaftaran untuk menjadi ejen Affiliate adalah PERCUMA.. Tugas anda hanya perlu memujuk rakan-rakan anda supaya menjadi ejen affiliate di bawah rangkaian anda. Cara yang paling mudah ialah melalui facebook, Twitter, Instagram, blog, forum online dan sebagainya.  


3. Follow Up rakan-rakan anda dengan cara memberikan Motivasi, dorongan atau rangsangan supaya aktif mempromosikan produk affiliate 
Tugas anda akan menjadi lebih mudah sekiranya pemilik produk sendiri bergiat aktif memberi semangat kepada ejen affiliate supaya "rajin bekerja". Contoh yang terbaik ialah Program Affiliate Tim Infokerjaya .. Bagi saya sangat Tip-Top.. Mempunyai strategi pemasaran email yang berkesan, supporter Group yang sangat aktif, dan rajin buat Webinar untuk mendidik ejen affiliate. 

In Shaa Allah, melalui 3 tips yang saya berikan tadi akan dapat membantu anda untuk Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2.


Sesi Praktikal Buat Duit Tanpa Modal melalui Komisyen Affiliate Tier 2

Ok sekarang ni... Sampailah masanya untuk anda mempraktikkan tips ringkas yang saya kongsikan di atas. 

1. Kenalpasti rakan-rakan anda yang rajin buat promosi secara Online melalui Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya. 
Dah kenal pasti ke belum? Kalau belum, sila kenal pasti sekarang...     


2. Jemput rakan-rakan anda untuk mendaftar sebagai Ejen Affiliate secara PERCUMA, melalui link Affiliate yang anda Promosikan
Pendaftaran untuk menjadi ejen Affiliate adalah PERCUMA.. Jemput daftar sebagai ejen affiliate sekarang melalui link berikut => Program Affiliate JV Warrior (KLik Di Sini)
Ok.. Lepas tu promote dekat kawan-kawan anda  supaya mendaftar sebagai ejen affiliate, menerusi link affiliate anda..
Terdapat 2 produk utama dalam Program Affiliate JV Warrior iaitu:

Kalau kawan-kawan anda rajin mempromosikan kedua-dua produk tersebut, ada rezeki menanti anda... Kalau anda sendiri yang rajin mempromosikan produk-produk tersebut, lagilah bagus.. Komisyen yang lebih besar menanti anda untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan.


3. Follow Up rakan-rakan anda dengan cara memberikan Motivasi, dorongan atau rangsangan supaya aktif mempromosikan produk affiliate 
Oklah.. Rajin-rajinlah Follow up rakan-rakan anda... Founder Program Affiliate JV Warrior tidaklah seaktif Fiunder Program Affiliate Tim Infokerjaya .. Jadi, anda perlu berusaha untuk memotivasikan pasukan Affiliate (Tier 1) anda supaya "Rajin Bekerja".. 


Oklah... cukup setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini... Saya dah nak tidur dah ni... Selamat menghiasi tidur anda dengan mimpi-mimpi yang indah.... Selamat malam...  ;) 

6 ulasan:

  1. Huhu...bagus betul kan program macam ni.. Macam seronok Je..macam suka jer..haha

    BalasPadam
  2. Fuhh masyuk gak ehhh ... ada peluang baru tu mengerusi JV Warrior ..

    BalasPadam
  3. sangat menarik..konsep leverage memang diguna pakai kat situ..

    BalasPadam
  4. wahh hebat..tahnia bro..memang betul nak berjaya kena usaha..tak datang bergolek :)

    BalasPadam
  5. memang handal tuan anuar dalam infokerjaya ni

    BalasPadam
  6. Nak kena cari down line juga lah macam ini

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra