Jumaat, 23 Januari 2015

Syukur Alhamdulillah.. Bonus Tabung Haji 2014 naik lagi..

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini pastinya ramai rakyat Malaysia berasa gembira, apabila Lembaga Tabung Haji mengumumkan pengagihan bonus sebanyak 8.25% kepada 8.6 juta pendeposit mulai hari Isnin (26 Januari 2015).

Pengagihan Bonus Tabung Haji berjumlah RM3.25 bilion ini merangkumi 6.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji kepada 7.4 juta pemegang akaun yang belum pernah menunaikan haji (termasuk saya, ahli kepuarga saya dan anda yang masih belum pergi menunaikan haji).


Apa yang saya faham disini, bukan semua pencarum Tabung Haji mendapat bonus sebanyak 8.25%. Hanya 7.4 juta orang sahaja yang mendapat bonus 8.25%, yang selebihnya iaitu 1.4 juta pencarum lagi hanya mendapat bonus sebanyak 6.25 %.
  
Bagus juga, bila pihak Lembaga Tabung Haji memberi lebihan bonus sebanyak 2% kepada pencarum yang masih belum menunaikan haji.. Sekurang-kurangnya dapat juga menambahkan wang simpanan mereka, supaya dapat segera mencukupkan wang simpanan untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.

Statistik Pembayaran Bonus Tabung Haji dari tahun 1994 - 2014 


Seperti biasa.. Apabila terdapat penurunan atau peningkatan Bonus/dividen dalam pelaburan yang saya sertai.. Mulalah tangan ni gatal nak buat survey.. Nak tengok prestasi Bonus Tabung Haji sebelum-sebelum ini melalui beberapa sumber.. 

Hasilnya.. Syukur Alhamdulillah.. Berjaya menyiapkan jadual pembayaran Bonus Tabung Haji bermula pada tahun 1994 sehingga sekarang.. 

Jadual : Statistik Dividen + Bonus ASB (1990 - 2014)

Mohon Maaf sebab saya menukarkan perkataan "Bonus Tahunan" kepada "Dividen", supaya dapat memudahkan orang kampung seperti saya untuk membezakan diantara "Bonus Tahunan" dengan "Tambahan Bonus Haji".. 

Jadi, Perkataan "Dividen" dalam jadual di atas merupakan "Bonus Tahunan".. Manakala perkataan "Bonus" yang terdapat dalam jadual di atas merupakan "Tambahan Bonus Haji" 


Graf Dividen (Bonus Tahunan) + Bonus (Tambahan Bonus Haji) (1990 - 2014)

Syukur Alhamdulillah.. Bonus Tabung Haji yang diterima pada tahun ini, lebih baik berbanding Bonus ASB.. 

Walaupun dari segi statistiknya, kita lihat Dividen + Bonus ASB lebih baik berbanding bonus Tabung Haji.. Tetapi Bonus tabung Haji yang kita perolehi, sudah siap ditolak dengan zakat simpanan sebanyak 2.5%.. 

Cuba anda tolak 2.5% daripada Dividen + Bonus ASB yang anda perolehi pada tahun 2014, selepas itu anda lihat hasilnya.. Dah tentu nilainya lebih rendah berbanding bonus Tabung Haji 2014... Betul tak? 




So, lepas ni... Saya syorkan anda masukkan simpanan anda ke dalam Tabung Haji... Duit pembayaran zakat simpanan pun anda dah tak perlu nak fikir... sebab pihak Tabung Haji akan menguruskannya untuk anda.. 

Cukup wang simpanan, boleh Pergi Haji untuk menunaikan Rukun Islam ke 5... In Shaa Allah, mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat... 

Kanak-kanak juga boleh menyimpan wang ke dalam Tabung Haji.. Mereka boleh menyertai Kelab TAHA.. Banyak kelebihan menyertai kelab ini, antaranya:
  • Kad Keahlian Kelab TAHA secara PERCUMA
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana rangkaian TAHA
  • Penyertaan Kelab Bimbimgan UPSR, PMR dan SPM secara PERCUMA
  • Layak dipertimbangkan untuk anugerah Kecemerlangan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
  • dan lain-lain  


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kelab TAHA, anda boleh baca di sini 


2 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra