Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 2 hari lepas saya pergi ke Pejabat Pos menemani isteri pergi memajak emas..

Semasa berada di Pejabat Pos tersebut... sambil menunggu giliran untuk memajak emas, sempat saya bersembang dengan  seorang uncle berbangsa India.. Beliau merupakan seorang Juruteknik Telekom Malaysia.. 

Kehadiran beliau ke Pejabat pos tersebut dengan tujuan yang sama iaitu untuk memajak emas ... Punyalah banyak stok emas yang beliau bawa..


Saya bertanya kepada beliau untuk memulakan perbualan, "Hai Uncle.. Banyaknya emas yang uncle bawa"..

Dengan ramahnya Uncle tersebut berkata, "ya.. Saya bawa semua emas kepunyaan anak -anak dan isteri saya"

Saya bertanya, "Macamana Uncle boleh kumpul emas banyak macam ni?"

Uncle menjawab .. "Macam inilah mahu hidup.. Ada duit sikit saja, saya beli emas, bagi anak dan isteri.. Beli sikit-sikit lama-lama jadi banyak.. Kalau nak harapkan bantuan kerajaan memang tak dapat.. Jadi bila kumpul emas macam ni, esok bila anak saya mahu kahwin, senang.. Sebab sudah ada simpanan"


Apabila saya tanya kepada beliau, "kenapa uncle nak pajak begitu banyak emas?"..

Uncle berkata "Sebenarnya saya mahu beli Saham.. Ini hari sebelum jam 2 petang saya kena bayar itu duit saham.. malam tadi puas saya tanya pada kawan-kawan mahu pinjam duit.. Tapi sampai jam 2 pagi, saya cari punya sari sama kawan.. Tapi tak ada orang mahu kasi pinjam duit sama saya.. Lepas tu ada kawan saya suruh saya pergi pajak emas dekat pejabat pos.. Ini pagi juga saya kumpul semua emas isteri dan anak-anak kasi pajak juga" 

Saya bertanya "Banyak ke duit yang uncle perlukan untuk membeli saham?"

Uncle " Banyak.. Saya perlukan RM32,000"


Saya membalas "Banyak tu Uncle.. Patutlah tak ada orang mahu kasi pinjam.. tentu tak ada orang mahu kasi wang tunai banyak macam tu"

Uncle "Itulah pasal.. Mujur saya ada emas isteri dan anak-anak punya"

Tak lama kemudian, urusan Uncle tersebut selesai... Betapa gembiranya hati uncle tersebut, apabila emas-emas yang beliau pajak melebihi daripada jumlah yang diperlukan.. Dengan gembiranya beliau membawa wang tunai melebihi RM32 ribu keluar dari Pejabat Pos..

Hmmm.. Tak sempat nak tanya, Saham apa yang beliau nak beli sampai sanggup pajak emas sebanyak itu... Sudah tentu saham tersebut dapat memberikan pulangan yang jauh lebih lumayan.. 





Opppsss.. Sibuk bercerita tentang kisah uncle... Sampai terlupa tentang tajuk entri ini iaitu Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat... Hehehe.. Sorry.. Sorry..

Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat


Ramai orang memajak emas dengan sebab-sebab tertentu.. Biasanya saya memajak emas sekiranya memerlukan wang tunai dengan segera.. 

Pada tahun lepas saya memajak emas disebabkan nak bagi isteri berpeluang bersalin dekat Hospital Swasta.. Bila bersalin dekat Hospital swasta ni kena stand by duit dalam lingkungan RM3K hingga RM7K.. Malah ada hospital swasta yang mengenakan bayaran jauh lebih mahal daripada itu...

Jom baca -->> Pengalaman Bersalin di Hospital Swasta

Pada ketika itu saya memajak emas di Ar Rahnu Pejabat Pos..


Pengalaman memajak emas di ArRahnu Pejabat Pos

Pada masa itu, saya dapat wang tunai sebanyak RM5,049.00 (75% daripada nilai marhum) dengan kos upah menyimpan emas sebanyak RM300.39 selama 6 bulan. Bersamaan RM50.065 sebulan, atau 0.75% daripada nilai marhum.

Ya! itu pengalaman saya memajak emas di ArRhnu Pejabat Pos.. 

Kemudian, untuk membuat perbandingan di antara ArRahnu Pos Malaysia dengan Ar Rahnu Bank Rakyat.. Saya memajak emas yang sama di Ar Rahnu Bank Rakyat pula..

Kali ni saya memerlukan modal untuk membeli secara Borong Cadar Patchwork Cotton.. 

Pengalaman memajak emas di Ar Rahnu Bank Rakyat

Hasilnya, saya dapat wang tunai sebanyak RM4,800.00 (65% daripada nilai marhum) dengan kos upah menyimpan emas sebanyak RM336.77 selama 6 bulan. Bersamaan RM56.128 sebulan, atau 0.75% daripada nilai marhum.

Apabila saya membuat perbandingan semasa memajak emas di Ar Rahnu Pos Malaysia dan Ar Rahnu, Bank Rakyat.. Saya dapati memajak emas di Ar Rahnu Pos Malauysia lebih menguntungkan.. 

Ini disebabkan nilai wang tunai yang berjaya kita perolehi lebih tinggi (75%), dangan kadar kos upah yang sama iaitu 0.75%.. Untuk berniaga atau apa-apa keperluan pinjaman, biasanya kita memerlukan nilai pinjaman yang besar daripada emas yang kita pajak..

Dari segi tempoh pajakan.. Di Ar Rahnu Pejabat Pos, anda boleh membuat pajakan selama 6 bulan.. Kemudian tempoh pajakan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi, Tetapi sebelum itu anda perlu menyelesaikan upah simpan selama 6 bulan..

Walaubagaimanapun, terpulang kepada penilaian masing-masing... Bagi mereka yang hanya nak menggunakan sedikit sahaja wang daripada nilai marhum emas yang mereka pajak, mungkin anda merasakan memajak emas di Ar Rahnu Bank Rakyat lebih menguntungkan berbanding memajak emas di ArRahnu Pos Malaysia...

Tepuk dada tanyalah selera... ;)

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..