Selasa, 21 Oktober 2014

1.6 Juta Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA sehingga September 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya berminat dengan Data terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA, berkaitan dengan Statistik Permohonan Kerja Kerajaan Melalui SPA sehingga bulan September 2014.

Dalam tempoh sembilan bulan bagi tahun 2014, pihak SPA telah menerima lebih 1.6 juta permohonan kerja kerajaan. Permohonan tersebut melibatkan pelbagai jawatan yang telah diiklankan menerusi laman web SPA sebelum ini.

Sumber : Klik Di Sini


Melalui statistik ini jelas menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia, khususnya graduan-graduan baru begitu berminat untuk bekerja di sektor kerajaan. Nak kata gaji bekerja di sektor kerajaan ni banyak, taklah juga. Tetapi kata orang, cukup makan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.. 

Pada zaman sekarang ni persaingan nak mendapatkan pekerjaan sangat hebat. Jadi semua orang (terutamanya graduan baru) kena berusaha untuk memohon pekerjaan di sektor kerajaan ataupun swasta. Tak kira apa jenis pekerjaan pun, asalkan ia halal dan setara dengan kelulusan yang kita ada, sebaiknya kita pohon sahaja. Dapat tak dapat, itu belakang cerita.. Yang penting kita dah memohon, dan manalah tahu ada rezeki kita di situ.. 

Statistik permohonan kerja kerajaan bagi tahun ini (sehingga September 2014) hampir sama dengan statistik pada tahun 2010, yang juga menunjukkan jumlah permohonan melebihi 1.6 juta. 


Statistik Permohonan Kerja Kerajaan Bagi tahun 2010, 2011 dan 2012
Sumber : Klik Di Sini

Disebabkan bilangan calon yang memohon kerja di sektor kerajaan terlalu ramai, pihak SPA terpaksa membuat tapisan melalui dua cara iaitu:

  1. Mengadakan peperiksaan untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan dan daya pemikiran calon
  2. Mengadakan sesi temuduga sebagai tapisan kedua untuk memilih calon yang benar-benar layak



Dalam tapisan pertama, saya merasakan ianya sangat mencabar untuk pihak SPA. Katakanlah terdapat 100 ribu calon yang memohon satu jawatan yang diiklankan oleh pihak SPA. Bukannya senang kita nak menapis 100 ribu calon tersebut. kalau kita nak cek kelulusan dan resume setiap calon, saya rasa kebanyakan calon tersebut layak. Kalau tak layak, takkan dia orang nak pohon. Kalau ada yang benar-benar tak layak pun, mungkin bilangannya cuma beberapa peratus sahaja. Yang lain, semuanya layak.

So, pihak SPA perlu mengadakan peperiksaan. Daripada sebelum ini peperiksaan secara bertulis, kini telah ditukar kepada peperiksaan secara Online supaya dapat menjimatkan kos pentadbiran. Selain itu, melalui peperiksaan secara online akan dapat memberi peluang kepada setiap calon di seluruh negara (dan calon yang berada di luar negara) untuk menjawab soalan peperiksaan SPA secara serentak.

Seramai 77000++ orang calon akan menduduki Peperiksaan Online PTD pada 1 November



Statistik di atas merupakan maklumat terkini yang saya terima daripada seorang calon  yang baru sahaja selesai mengikuti Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam, anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Putrajaya.

Walaupun bilangan calon yang memohon Exam PTD pada kali ini, tidaklah seramai bilangan calon Exam PTD tahun 2013 yang melebihi 80000 orang calon. Tetapi bilangan tersebut masih dikira sangat besar, jika nak dibandingkan dengan kekosongan jawatan yang ada.

Daripada 77000++ orang calon yang akan menduduki peperiksaan Online PTD, saya difahamkan hanya terdapat 200 kekosongan jawatan sahaja yang ada, dan 100 orang calon simpanan. 

Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.. jumlah permohonan yang sangat ramai, untuk kekosongan jawatan yang sedikit, semua calon perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh sekiranya benar-benar berhajat untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Para calon perlu mula membuat persediaan dari sekarang, dengan mencari bahan rujukan yang bersesuaian. Kemudian sudah mula membuat jadual pembelajaran dan mengatur beberapa strategi untuk menjawab peperiksaan Online PTD pada 1 November nanti.. ;)   

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD


Berita baik untuk anda yang sedang mencari rujukan peperiksaan Online PTD, ada satu rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya bakal menemui anda tidak lama lagi. 

Saya akan kongsikan satu link rahsia untuk mendapatkan rujukan tersebut bermula pada malam ini.




Sumber : Klik Di Sini

Terdapat beberapa tips, panduan dan contoh soalan Exam PTD yang dapat anda gunakan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan pada 1 November nanti
Good Luck! Salam kejayaan daripada saya..

Disclaimer: Pakej rujukan dan review copy Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) BUKAN diterbitkan oleh pihak SPA. Ia ditulis dan disediakan oleh Tim Inforkerjaya Resources melalui hasil kajian mereka sendiri. Ia juga bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Lebih kepada soalan latih tubi untuk membantu calon bersedia dalam peperiksaan. Soalan peperiksaan sebenar adalah RAHSIA sehingga peperiksaan berlangsung


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra