Ahad, 14 September 2014

Pengalaman Bercuti-cuti Malaysia di Legoland Malaysia

with 17 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 17 Ogos yang lalu, saya berpeluang membawa isteri dan anak-anak bercuti-cuti Malaysia ke Legoland Malaysia.

Kebetulan pula masa tu saya menyertai Kejohanan Catur Sukan Staf Antara  Universiti (SUKUM39) yang diadakan di UTM Skudai.. Jadi, saya bawalah anak-anak dan isteri saya sekali ke Skudai.. Kata orang sambil menyelam minum air.. Sambil saya bermain catur, boleh bawa dia orang bercuti-cuti Malaysia ke Legoland Malaysia.. Sekurang-kurangnya dapat juga saya merealisasikan keinginan Haikal dan Adam, yang teringin sangat nak pergi Legoland.. 



Bergambar kenangan di hadapan Pintu Masuk Legoland..


Selain anak-anak dan isteri adik Ipar saya yang nombor 5 pun join sekali.. Kebetulan pula dia nak ambil peperiksaan MUET dekat UTHM, Parit Raja, Batu Pahat.. Sebelum ambil peperiksaan MUET kita pergi Legoland dulu.. 

Giliran Mak Teh, Mama, Adam dan Naila pula Bergambar kenangan di hadapan Pintu Masuk Legoland..


Rezeki Naila, kecil-kecil lagi dah dapat peluang masuk ke Legoland Malaysia.. 



Bergambar dulu sebelum memasuki pintu gerbang Legoland Malaysia.. Maklumlah entah bila lagi boleh sampai ke sini..

Tiket masuk ke Legoland Malaysia ni boleh tahan juga mahalnya.. Kebetulan masa tu kami pergi pada hari Ahad.. Memang mahallah.. Harga tiket Combo (Theme Park & Water Park) ialah RM150.00 dewasa dan RM120.00 kanak-kanak.. Itu harga selepas diskaun sebagai rakyat Malaysia (Kena tunjukkan Mykad semasa membeli tiket).. Kalau beli secara Online pun sama jer.. Kalau tak percaya korang boleh semak dekat sini -->> Harga Tiket Masuk Legoland Malaysia (Klik Di Sini)


Setiap pembelian tiket masuk ke Legoland Malaysia dapat percuma baucer makanan bernilai RM10

Tiket Dewasa RM150, Tiket kanak-kanak RM120

Kalau nak murah beli Annual Past.. Baru RM275 untuk setahun... Tapi kalau duduk dekat area Johor sana oklah... Boleh berulang-ulang kali pergi Theme Park & Water Park yang sangat menyeronokkan tu.. 

Parking dekat Legoland sedikit murah berbanding Parking dekat ICity Shah Alam.. Dekat ICity Shah Alam RM10 per entry.. Dekat sini RM9.00 per entry sekiranya parking dekat Zone 2.. Dapat Jimat RM1.00 hehehe.. Nak tahu lebih lanjut tentang kadar bayaran parking kereta bagi setiap Zone di Legoland Malaysia, boleh klik di sini -->> Kadar Bayaran Parking kereta di Legoland Malaysia (Klik Di Sini) 

Kawasan Theme Park Legoland Malaysia ni besar.. Nak tahu betapa besarnya kawasan ni, boleh klik gambar di bawah.. 

Peta Theme Park Legoland Malaysia



Maklumat-maklumat yang anda perlukan semasa berada di Legoland Malaysia

Theme Park Legoland Malaysia terbahagi kepada 7 kawasan iaitu:

1# The Beginning
Ada bermacam-macam kemudahan disediakan di kawasan ini seperti:
  • Surau
  • Guest Service Counter
  • ATM Machine
  • The Big Shop
  • Mini Market
  • The Brick Shop
  • The Brick Photo Shop
  • The Cafe
  • Locker Rental
  • Stroller Rental
  • Smoking Area
  • Dekat kawasan ini turut menyediakan tempat-tempat rekriasi nak ambil gambar.. contohnya..


Haikal dan Adam bergambar kenangan bersama Maskot Lego

Lego atuk ni tidur berdengkur..

Naila dan Mama bergambar bersama Lego Si Pelukis..


Mama dan Naila nak minta resepi masakan daripada nenek.. ;)

2# Lego City
Dekat kawasan ini tempat paling sesuai untuk kanak-kanak sebesar Haikal dan Adam.. Dekat tempat ini anda boleh bawa anak-anak anda bermain:


  • Driving School (Untuk kanak-kanak beumur 6-13 tahun)
  • Junior Driving School (Untuk kanak-kanak beumur 3-5 tahun)
  • Lego Rescue Academy
  • Lego City Airport
  • Lego City Stage
  • Snack Bar
  • Basket Ball Game
  • Market Restaurant
  • Boating School
  • Driving School Shop
  • Driving School Photo
  • Photo Booth
  • Remote Control Boat
  • The Shipyard
  • Legoland Express


Adam @ Junior Driving School 



Haikal dan Adam @ Junior Driving School 

Haikal paling beruntung sekali.. Dapat masuk dua-dua Driving School iaitu Driving School dan Junior Driving School (Sebab badan Haikal kecil, orang tak perasan pun dia darjah satu).. 

Dekat Driving School, mereka diberi taklimat cara-cara nak memandu kereta.. Macam JPJ bagi taklimat dalam kelas memandu.. Memang kelas gitu.. Lepas dah selesai seso Driving School siap dapat lesen memandu lagi.. ;)



Remote Control Boat

Di Legoland Rescue Academy kami dapat menyelesaikan misi di tempat ke dua.. hehehe.. Letih betul nak suruh kereta bomba tu bergerak dengan cepat berbanding pesaing lain.. Dan nak pam air keluar.. Mujur Mak Teh ada sekali.. Boleh juga membantu.. 


Di Legoland Rescue Academy

Kami menikmati makan tengahari dekat Market Restaurant... Harga makanan dekat sini boleh tahan mahalnya.. Pesanan saya, lebih baik makan terlebih dahulu di kawasan luar Legoland.. Dekat sana makanan masih murah lagi.. Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu gerbang Legoland, harga makanan dah jadi mahal.. 

Market Restaurant

Kebanyakan makanan dekat sini dijual sekitar harga RM25/menu.. Kami ada 5 Kupon bersamaan dengan RM50.. Dengan kupon tersebut kami membeli dua set hidangan makanan.. ;) Antara menu yang ada adalah seperti berikut:

Chicken Rice Combo dan Salad

Chicken Nuggets, Fish & Chips, Signature Roasted Chicken

2 set hidangan untuk alas perut makan tengahari = RM50 (Guna Baucer)

3# Lego Technic
Dekat kawasan ini pun terdapat banyak permainan yang sesuai untuk kanak-kanak sebesar Haikal dan Adam.. antaranya:


  • Technic Twister (Ketinggian kanak-kanak lebih 110 Cm)
  • Aquazone Wave Racer 
  • Water splash
  • Kebab Hut (Tempat makan)
  • Technic Photo
  • Project X
  • Asian Dell (Tempat makan)
  • Lego Mindstorms
  • Lego Academy

Lego Technic

Saya bersama Haikal @ Aquazone Wave Racer 


Adam bersama Mak teh @ Aquazone Wave Racer 

4# Miniland
Dekat kawasan ini anda akan dapat melihat pelbagai mercu tanda Malaysia dan tempat-tempat lain di Malaysia dan Asia (Bangunan-bangunan yang dibina menggunakan Lego).. antaranya:


  • KLIA
  • Putrajaya
  • Kuala Lumpur (KLCC, KL Tour, dll)
  • Johor Bahru
  • Singapore
  • India
  • Myanmar
  • China
  • Laos
  • Indonesia
  • Brunei
  • Viatnam 
  • dan lain-lain

KLCC dan KL Tour @ Miniland


5# Imagination
Berpeluang memberi pendedahan berkaitan sains dan teknologi kepada anak-anak saya.. antaranya:
  • Kid Power Towers
  • Build & Test
  • Observation Tour
  • Photo Booth
  • Lego Studios (Pengalaman pertama Haikal Dan Adam meononton wayang 4D sambil memakai cermin mata 3D.. Banyak adengan suspen yang menyeronokkan ketika sedang menonton wayang)... hehehe
  • Pizza mini (Tempat makan)
  • Musical Fountain
  • Duplo Playtown
  • Duplo Express


Frust sebab masa tersangat suntuk.. Tak dapat nak bawa anak-anak masuk ke sini..


6# Land Of Advanture
Banyak juga permainan yang menarik di sini.. Tetapi sayangnya tiada satu gambar pun yang sempat kami snap semasa di sini:


  • Lost Kingdom Adventure (Adam menangis dekat sini apabila kena sergah... Ala-ala naik kereta dalam rumah hantu.. dan kita dibekalkan dengan pistol laser untuk kumpul point)  
  • Lost Kingdom Photo
  • Beetle Bounce
  • Adventure Games
  • Dino Island
  • Burger Junction (Tempat makan)
  • Pharaoh's Revenge

7# Lego Kingdoms
Hayatilah Roller Coaster yang mengecutkan perut anda.. Saya dan Mak Teh berani main Roller Coster yang pendek jer.. Sebab takut kepada ketinggian.. Gayat seh... hehehe..


  • The Forestmen's Hideout
  • Dragons Apprentice (Ketinggian 100cm ke atas dan pelu ditemani partner berketinggian 120cm ke atas)
  • The Dragon (Ketinggian 100cm ke atas dan pelu ditemani partner berketinggian 120cm ke atas)
  • Castle Stage
  • Royal Joust (Ketinggian 92 cam dan berumur 4-12 tahun)
  • Merlin's Challenge
  • Castle Games
Semasa kami pergi Lego Star Wars belum ada lagi.. 

Dan tiada sebarang gambar yang dapat kami snap semasa berada di Water Park.. Sebab HP masing-masing dah kehabisan bateri, setelah seharian berada di Legoland..  

Kami berasa sangat berpuas hati semasa berada di sana.. Terutamanya anak-anak...



Haikal dan Adam nak pergi ke Legoland lagi.. Tahun depan katanya..

Boleh.. Tapi ada syaratnya.. Kena periksa dapat nombor satu dalam kelas dulu.. Baru boleh pergi lagi ke sana.. Ok tak syarat tersebut?


Adam dan Haikal : Legoland memang best.. 

So, sempena musim cuti sekolah ni, bolehlah anda ambil kesempatan bercuti-cuti Malaysia ke Legoland.. Pergi satu hari memang tak puas, sebab tak cukup masa nak main semua permainan yang ada.. Lebih-lebih lagi kalau ada bawa anak-anak kecil.. Tapi sekurang-kurangnya dapat pengalaman menjejakkan kaki ke Legoland pun dah kira syukur sangat-sangat.. ;)



17 ulasan:

  1. Banyak info yg berguna.. Tq for sharing.. Ade juga plan nk ke sana.

    BalasPadam
  2. wah bestnye, banyak sgt info nie ^_^ terima kasih atas perkongsian ;)

    BalasPadam
  3. Wah seronoknya bercuti, thanks for the tips ye, in shaa Allah akhir tahun ada rezeki nak ke sana juga :)

    BalasPadam
  4. legoland memang best lah utk anak2..rasa berbaloi jugaklah dgn harga tiket tue. tapi kalau pegi waktu cuti sekolah nie macam ramai org je kan..

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat pg, Belum pernah jejak lagi ke sana.

    BalasPadam
  6. Belum berpeluang lagi untuk membawa famili berjalan-jalan di Lego Land Malaysia.

    BalasPadam
  7. Nice review. Kena makan kenyang2 baru masuk legoland, boleh tahan harga makanan

    BalasPadam
  8. harga 2 kali masuk lebih rendah dari annual past yer, kalau dudk dekat sana lebih baik ambik annual past.

    BalasPadam
  9. wow... menarik... gud review n sharing bro...

    BalasPadam
  10. Tq bro info...br nk g walaupn org jdt...almaklum tickt price bleh thn...pn sbb ank periksa no1 ni lh terpaksa ku gagahkn dri demi ank2 heeehee...tq 4 sharing

    BalasPadam
  11. Tq bro info...br nk g walaupn org jdt...almaklum tickt price bleh thn...pn sbb ank periksa no1 ni lh terpaksa ku gagahkn dri demi ank2 heeehee...tq 4 sharing

    BalasPadam
  12. Tq bro info...br nk g walaupn org jdt...almaklum tickt price bleh thn...pn sbb ank periksa no1 ni lh terpaksa ku gagahkn dri demi ank2 heeehee...tq 4 sharing

    BalasPadam
  13. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    BalasPadam
  14. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    BalasPadam
  15. Jika TUAN/PUAN nak berkunjung ke kota Bandung tak yah risau ABIM TRANSPORT mitra perjalanan untuk menemani TUAN/PUAN untuk pusing2 kota Bandung. ABIM TRANSPORT adalah salah satu jasa pengangkutan yang dapat memuaskan keinginan para Pelancong Malaysia untuk pusing di Kota Bandung dan menikmati semua keindahan – keindahan kota Bandung.

    ABIM TRANSPORT InsyaALLAH mampu memberikan kepuasan perjalanan kepada para Pelancong Malaysia yang ingin mengetahui kota Bandung, ABIM TRANSPORT Insya ALLAH boleh dapat bagi pelayanan yang terbaek,,berbeda dengan Rent car yang lainnya. para pemandu ABIM TRANSPORT juga akan mengajak para pelancong merasakan serunya bermain di wahana terbesar yaitu, Trans Studio Bandung, kami juga akan membantu anda memilih hotel yang dapat membuat anda nyaman untuk beristirahat.

    Karena ABIM TRANSPORT menawarkan pelayanan tinggi dengan harga yang wajar, kendaraan yang nyaman, sopir yang ramah, sehingga anda merasa nyaman berlama – lama berada di Kota Bandung. Jika anda membutuhkan kami untuk menemani perjalanan anda, kami akan memberikan pelayanan terbaik untuk para pelancong semua.

    ABIM TRANSPORT menawarkan pelayanan terbaik untuk anda yang berbeda dengan travel yang lainnya ABIM TRANSPORT membuat liburan anda semakin berkesan dengan pelayanan yang kami berikan.

    BalasPadam
  16. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280 / +6282282222896
    Call : +6282214441280 / +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com


    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra