Jumaat, 25 April 2014

Hobi Terbaru Isteri saya, Cantik tak? (Bahagian 45)

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Awal pagi semalam isteri saya sempat menyiapkan satu lagi tempahan Handmade Card..

Disebabkan tempahan pada kali ini perlu disiapkan dengan kadar segera, isteri saya terpaksa berjaga sehingga jam 2 pagi untuk memenuhi Due date yang telah ditetapkan oleh pelanggan... 

Mujur pula Assyifatu Naila tidak meragam malam tadi.. Malah begitu setia menemani isteri saya menyiapkan Handmade Card yang ditempah oleh pelanggan.. 


Baby Naila begitu setia menemani ibunya sehingga jam 2.00 pagi..

Handmade Card pada kali ini ditempah oleh office mate saya untuk diberikan kepada office mate kami juga, En. Mahathir Johar yang akan berpindah ke Politeknik Mersing, Johor... 

Disebabkan semalam merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau di PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor)... Jadi nak tak nak isteri saya kena siapkan juga Handmade Card tersebut sebelum Subuh...  


Mahathir Johar dalam kenangan... 2006 - 24 April 2014 di PSIS

Khidmat terakhir.. menjadi MC pada majlis perasmian Penutupan Klinik Didik UPSR Berita Harian Fasa 1..

Hmmm.. Terlalu banyak jasa dan khidmat bakti beliau di PSIS yang tidak mampu untuk saya senaraikan kesemuanya... Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik beliau sepanjang berkhidmat di PSIS...

Antara sumbangan beliau yang pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh warga PSIS ialah Menjadi MC (pembaca nama) tetap dan berpencen untuk Majlis Konvokesyen PSIS pada setiap tahun...  Nampaknya selepas ini Jawatankuasa induk Konvokesyen PSIS kena cari MC baru sebagai pengganti Encik Mahathir Johar.. 

Untuk pengetahuan anda semua, Encik Mahathir Johar merupakan salah seorang Juruacara Majlis Profesional yang kami miliki.. Selain daripada menjadi Juruacara Majlis untuk beberapa majlis formal di PSIS, beliau juga turut menerima undangan untuk menjadi Juruacara bagi Majlis-majlis Perkahwinan atau Majlis-majlis Keraian.. Lepas ni kalau ada sesiapa yang berminat untuk menggunakan kepakaran beliau boleh hubungi saya.. hehehe... (Keutamaan diberikan untuk majlis-majlis yang diadakan di Selatan Semenanjung Malaysia, disebabkan beliau telah berpindah ke Johor... )

Ok.. Berbalik semula kepada Handmade Card yang telah isteri saya siapkan untuk Encik Mahathir Johar... 

Pandangan bahagian sisi Kad 

Pandangan bahagian hadapan apabila kad dibuka 


Pandangan bahagian hadapan apabila kad dilipat



Sampul Kad

Nampak simple hasil kerja isteri saya pada kali ini.. Tetapi syukur Alhamdulillah, rakan sekerja saya berpuas hati dengan Handmade Card yang dihasilkan... 

Semoga Encik Mahathir Johar akan menyimpan kad ini sebagai kenang-kenangan.. Kami di sini sentiasa mendoakan semoga beliau lebih berjaya di tempat kerja yang baru, semoga sentiasa di murahkan rezeki dan lebih bahagia kerana dapat hidup dekat dengan Family... Kenang kami dalam doamu... ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra