Jumaat, 27 Jun 2014

Semoga Jerman menang ke atas USA atau Portugal menang besar ke atas Ghana..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni jam menunjukkan 12.22 pagi, 27 Jun 2014..

Pada pagi Jumaat yang indah ini, saya berkesempatan menonton perlawanan diantara pasukan Jerman menentang Pasukan USA.. Perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan dalam kumpulan G..  

Kedua-dua pasukan ini mempunyai harapan yang cerah untuk melangkah ke pusingan seterusnya.. Mereka hanya perlu memastikan keputusan perlawanan ini berkesudahan dengan seri, dan secara automatik kedua-dua pasukan layak melangkah ke peringkat kedua, yang melibatkan 16 pasukan..  

Tetapi saya percaya setiap pasukan akan cuba bermain sehabis baik untuk mengatasi pasukan lawan, supaya dapat mendahului Kumpulan G.. Kelebihan kepada pendahulu kumpulan G, mereka akan menentang pasukan di tempat kedua Kumpulan H.. Secara tidak langsung akan memudahkan laluan mereka untuk melangkah ke pusingan ke 3 nanti.. 

Secara peribadi saya berharap pasukan Jerman menang dalam perlawanan ini.. ataupun sekiranya pasukan Jerman kalah, saya berharap Pasukan Portugal menang dengan jaringan yang besar ke atas pasukan Ghana..

Alasannya... Supaya pasukan Jerman tidak menduduki tempat kedua Kumpulan G, yang pasti akan menyukarkan laluan Pasukan Argentina untuk mara sehingga ke peringkat Akhir World Cup 2014.. 

Itu harapan saya.. Saya tidak mahu wira kesayangan saya iaitu Leonel Messi, dirantai dengan teruk oleh pasukan Jerman seperti yang berlaku dalam perlawanan di peringkat Suku Akhir World Cup 2010.


Pergerakan Leonel Messi sentiasa diawasi barisan pertahanan pasukan Jerman dalam perlawanan Suku Akhir World Cup 2010 


Pergerakan Leonel Messi sdisekat barisan pertahanan pasukan Jerman dalam perlawanan Suku Akhir World Cup 2010

Sebagai penyokong tegar pasukan Argentina, saya tidak mahu sejarah 2010 kembali berulang..  Dimana pada ketika itu Argentina dikalahkan oleh pasukan Jerman 4-0... huhuhu.. Sedihnya.. 

Walaupun sedih, tapi takper.. Jom sama-sama kita tengok Video Highlights pertemuan di antara pasukan Jerman dan Argentina dalam Suku Akhir World Cup 2010


Video Highlights pertemuan di antara pasukan Jerman dan Argentina dalam Suku Akhir World Cup 2010

Bagi saya Jerman merupakan sebuah pasukan yang seimbang di bahagian serangan dan pertahanan. Sedangkan kekuatan Argentina bergantung kepada gerakan-gerakan lincah yang dihasilkan oleh Skill Individu Leonel Messi.. 

Tetapi apabila Leonel Messi di awasi dengan begitu 'ketat' oleh barisan pertahanan pasukan Jerman, telah menyukarkan pasukan Argentina untuk menghasilkan jaringan...

So, harapan saya... Jerman Go... go... go...

Atau Portugal... Score... Score... Score... Score... Score... Score...

Hehehe... 


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra