Khamis, 26 Jun 2014

Argentina Menang Lagi : Messi dan Neymar mendahului senarai penjaring gol terbanyak World Cup 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Pasukan Argentina menang lagi...

Keputusan Penuh perlawanan di antara Argentina Vs Nigeria


Kali ni Argentina menang 3-2 ke atas Nigeria dalam perlawanan ke 3, kumpulan F.. Hasil kemenangan ini, membolehkan pasukan Argentina mengumpul 9 mata, sekaligus berjaya mendahului kumpulan F. 

Selaku pendahulu dan berada di tempat kedua kumpulan F, secara automatik pasukan Argentina dan Nigeria layak melangkah ke pusingan seterusnya....   Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.. ;)


Messi dan Neymar mendahului senarai penjaring gol terbanyak World Cup 2014 

Dua penyerang dari benua Amerika Selatan iaitu Messi (Argentina) dan Neymar (Brazil), kini mendahului senarai penjaring gol terbanyak World Cup 2014, dengan masing-masing berjaya menjaringkan 4 gol.

Messi mendahului senarai penjaring gol terbanyak World Cup 2014 dengan 4 gol daripada 3 perlawanan

Neymar mendahului senarai penjaring gol terbanyak World Cup 2014 dengan 4 gol daripada 3 perlawanan

Kedua-dua pemain ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan kedua-dua pasukan Amerika Latin ini.. Semoga mereka dapat terus mempamerkan prestasi permainan yang cemerlang seperti sekarang, dalam perlawanan-perlawanan yang seterusnya..

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa siri perlawanan dalam World Cup 2014. Kedudukan penjaring terbanyak masih boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.. Berikut merupakan senarai penjaring-penjaring gol World Cup 2014 yang lain..  

4 gol 
Messi (Argentina), Neymar (Brazil)

3 Gol
Karim Benzema (Perancis),James Rodriguez (Colombia),Thomas Mueller (Jerman),Arjen Robben (Belanda),Robin Van Persie (Belanda),Valencia (Ecuador)

2 Gol

Memphis DEPAY, Ivan PERISIC,GERVINHO,Jackson MARTINEZ,Tim CAHILL,Wilfried BONY,  Clint DEMPSEY,Luis SUAREZ,Mario MANDZUKIC,Andre AYEW,Ahmed MUSA


1 Gol

Juan CUADRADO,OSCAR,LEE Keunho,Abdelmoumene DJABOU,Olivier GIROUD,Islam SLIMANI,Mathieu VALBUENA,Teofilo GUTIERREZ,Sofiane FEGHOULI,Asamoah GYAN,Wayne ROONEY,Oribe PERALTA, Joel CAMPBELL,Charles ARANGUIZ,Eduardo VARGAS,Edinson CAVANI,Alexis SANCHEZ,Keisuke HONDA,Rafael MARQUEZ,Georgios SAMARAS,Miralem PJANIC,Leroy FER,Aleksandr KERZHAKOV,Miroslav KLOSE,VARELA,Juan MATA,FERNANDINHO,David VILLA,Javier HERNANDEZ,Moussa SISSOKO,Fernando TORRES,Mario GOETZE,NANI,Xabi ALONSO,Mario BALOTELLI,Claudio MARCHISIO,Pablo ARMERO,Andres GUARDADO dan ramai lagi..

Adakah kemungkinan salah seorang daripada senarai penjaring gol di atas, berjaya merampas takhta daripada Neymar dan Messi? 

Marilah kita sama-sama nantikan, dalam siri perlawanan World Cup 2014 yang seterusnya...

Good Luck saya ucapkan kepada semua pasukan, semua pemain dan juga semua penonton... ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra