Selasa, 24 Jun 2014

Rezeki Lubuk Bisnes Tudung Menjelang Musim Perayaan 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran terhadap Allah S.W.T... Kerana dengan izinnya jua rezeki menerusi blog ini semakin bertambah.. Terutamanya menjelang musim Perayaan 2014..

Seperti yang anda semua sedia maklum, sejak akhir-akhir ini, saya kerap mempromosikan Cadar Patchwork Cotton, sebagai salah satu usaha saya untuk menambahkan rezeki keluarga menjelang musim perayaan..

Sungguh tidak disangka... dalam usaha mempromosikan Cadar Patchwork Cotton, ada juga rezeki tambahan lain yang berjaya saya perolehi, iaitu melalui Lubuk Bisnes Tudung.. 

Sumber Rezeki : Klik Di Sini


Walaupun "rezeki tambahan" yang berjaya saya perolehi tidaklah banyak seperti rakan-rakan blogger dan usahawan internet yang lain... Tetapi saya sangat bersyukur dengan rezeki tersebut.. Setidak-tidaknya dapat juga saya menggunakan rezeki tersebut, untuk menampung keperluan hari raya kami sekeluarga dan insan-insan lain yang berada di sekeliling kami..

Kepada rakan-rakan yang berminat nak mencari duit raya menjelang musim perayaan, saya syorkan anda membaca ebook Lubuk Bisnes Tudung yang ditulis oleh Cik Zana dan En Azman.. Semoga ebook tersebut dapat memberi manfaat kepada anda..  In Shaa Allah..



Pada kesempatan ini saya ingin kongsikan 3 Tips Murah Rezeki..

Tips ini diperoleh daripada seorang usahwan internet yang bernama Fahmy Adam. Beliau perolehi tips ini hasil daripada beberapa orang mentor dan guru beliau.

Jom kita baca 3 Tips Murah Rezeki yang dapat kita hayati dan praktikkan untuk kebaikan kita bersama..

TIP REZEKI 1 : BANGUN DI AWAL PAGI

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan kejayaan.” 
(Riwayat al-Tabarani)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” 
(Riwayat al-Baihaqi)


TIP REZEKI 2 : BANYAK BERSEDEKAH


"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” 
(Surah Al-Baqarah, Ayat : 245 ).

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 
(H.R. Ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” 
(Surah Al Hadid, Ayat: 18)

"Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


TIP REZEKI 3 : BERTAWAKAL SEPENUH HATI


Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)” 
(Surah At-Thalaq, Ayat: 3)


Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama mempraktikan 3 tips murah rezeki ini dengan seikhlas hati... Ikhlas kerana Allah S.W.T.. In Shaa Allah



Info berkaitan:

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra