Isnin, 2 Jun 2014

Potensi Bisnes Kereta Sewa dan Homestay pada musim cuti sekolah

with 12 comments
Bisnes Kereta Sewa dan Homestay merupakan antara peluang perniagaan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan pada musim cuti sekolah..

Disebabkan itu, semakin ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam kedua-dua cabang perniagaan ini. 

Potensi Bisnes Homestay pada musim cuti sekolah

Potensi perniagaan Homestay ini memang bagus untuk pelaburan jangka masa panjang.. Terutamanya sekiranya homestay berada di kedudukan  yang strategik seperti terletak di kawasan-kawasan perlancongan, berhampiran dengan institusi pendidikan, hospital, taman perumahan dan sebagainya. 

Sebagai contoh, boleh tengok Homestay kepunyaan Sifu Rumah Lelong.. memang tip-top.. Beliau merupakan antara pemilik homestay berjaya di Malaysia yang sudi berkongsi ilmu kejayaan beliau dalam bidang pelaburan hartanah kepada rakyat Malaysia.. Nak tahu lebih lanjut tentang Sifu Rumah Lelong, boleh klik di sini


Sumber : Klik Di Sini




Setakat ini dah ada beberapa orang rakan saya, yang telah mempunyai homestay sendiri dan berminat untuk mengiklankannya secara PERCUMA di Blog Coretan Anuar 

Seronok apabila melihat mereka tersenyum gembira setelah menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada pelanggan, kesan daripada pengiklanan homestay mereka di blog Coretan Anuar.. 


Statistik trafik entri-entri pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar


Syukur Alhamdulillah.. Pelanggan berjaya memprolehi maklumat yang mereka inginkan, Pemilik Homestay bejaya mendapatkan pelanggan dan pemilik blog tumpang tersenyum gembira... ;) 

Katakan dalam masa seminggu mereka berjaya mendapatkan 2 orang pelanggan dengan kadar sewa RM200 satu malam.. 

Satu minggu boleh dapat RM400..

RM400 X 4 Minggu = RM1600 sebulan.. 

Sebahagian daripada pendapatan tersebut digunakan untuk membayar ansuran pinjaman rumah dan kos pengurusan homestay... Dan sebahagiannya lagi merupakan profit keuntungan.. 

Antara kelebihan menjalankan bisnes Homestay ialah:

  • Lebih mudah untuk kita mengawasi Rumah (Aset) kita daripada kerosakan, sekiranya disewakan secara harian berbanding disewa secara bulanan  
  • Kebarangkalian kerosakan rumah amat kurang memandangkan tempoh diduduki tetamu amat singkat.
  • Kita boleh menjana keuntungan samada harian, mingguan atau bulanan (Bergantung kepada lokasi dan strategi promosi)
  • Kebarangkalian pengunjung homestay tidak bayar 'sewa' amat rendah sekali, disebabkan mereka perlu bayar 'sewa' dahulu sebelum mendaftar masuk. Mungkin ianya lebih baik daripada terpaksa berhadapan dengan risiko penyewa liat membayar sewa bulanan (Situasi yang kerap dihadapi oleh pemilik Rumah Sewa)
  • Anda boleh menumpangkan saudara-mara dan kenalan dari jauh yang ingin bermalam di rumah anda sekiranya homestay anda tidak mempunyai penyewa. Sekurang-kurangnya mereka selesa bila hendak berkunjung ke rumah anda.


Walaubagaimanapun nak mulakan bisnes Homestay, memerlukan kos yang agak besar. Perlu membeli rumah dan perlu membuat sedikit renovation terhadap rumah tersebut. Kemudian perlu juga membeli perabot dan sedikit kelengkapan elektrik di ruang tamu, bilik-bilik tidur dan dapur untuk keselesaan tetamu.


Potensi Bisnes Kereta Sewa pada musim cuti sekolah

Selain bisnes Homestay, Bisnes Kereta Sewa juga tak kurang hebatnya pada musim cuti sekolah ini..  

Encik Wahi Bin Abd Rashid yang terkenal sebagai Penulis Buku bertajuk "Rahsia Senang Mendapat Pinjaman", sebenarnya merupakan seorang pengusaha kereta sewa berjaya. Sehingga kini, syarikat kereta sewa yang beliau uruskan telah mempunyai 16 cawangan dan mengendalikan lebih daripada 200 unit kereta sewa untuk pelanggan korporat, individu tidak kira dari dalam dan luar negara.

Beliau ada menceritakan kisah kejayaan beliau sepanjang terlibat dalam Bisnes Kereta sewa, menerusi  pakej DVD terbaru beliau berjudul "Panduan Bisnes Kereta Sewa".. Pengalaman berharga daripada seorang sifu yang berjaya mengendalikan syarikat Green Matrix Car Rental dengan cemerlang, sehingga mempunyai cawangan di Seluruh Malaysia. ;) 

Dalam DVD ini mengandungi info yang diperlukan untuk memulakan Bisnes Kereta Sewa seperti: 
  • Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Kereta Sewa?
  • Pengalaman Bekerja Dengan Syarikat Pelancongan
  • Masalah Bisnes Kereta Sewa
  • Sistem Bisnes Kereta Sewa
  • Bagaimana Mengembangkan Bisnes Kereta Sewa? 
  • Tip Memulakan Bisnes Kereta Sewa
  • Tip Membeli Kereta Sewa
  • 4 Isu Bisnes Kereta Sewa
  • 7 Tip Menapis Pelanggan Kereta Sewa
  • Menubuhkan Syarikat Kereta Sewa Berlesen
  • Blanket Hire Purchase
  • Masa Depan Bisnes Kereta Sewa
  • 8 Kajian Kes Kehilangan Kereta Dan Kemalangan

Nak tahu potensi keuntungan seorang pengusaha Bisnes Kereta Sewa? Saya syorkan anda klik pada banner di bawah:




Semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua, untuk menambah pendapatan keluarga pada musim cuti sekolah.. 

12 ulasan:

  1. Memiki homestay adalah salah satu impian sy. Moga ianya akan dpt direalisasikN dlm masa trdkt. ameen

    BalasPadam
  2. biz ni mmg berpotensi tinggi..kebanyakan famili yg bercuti akan memilih homestay drp hotel..slaah satu sbbnya MURAH dgn facilities lengkap..

    BalasPadam
  3. saya pun pilih homestay bile bercuti dengan family..
    kalau nak sewa hotel memang kopak la dibuatnye coz family ramai..:)

    BalasPadam
  4. sy setuju dgn JMR..
    sy suka duk homestay dr hotel sebab lebih murah

    BalasPadam
  5. bisnes sewa kete ni agak berisiko tu

    BalasPadam
  6. Hehe..tiada apa yang mengembirakan...kan bro..paling best, lepas ni mesti bro dapat harga special punya kat setiap homestay tu..hehe

    BalasPadam
  7. pageviews yang begitu kacak sekali tu, bro. perh! hehe. homestay, murah tapi lengkap. boleh muat satu family pulak tu, untung. hikhik

    BalasPadam
  8. bisnes yg mmg berpotensi ni...d tempat sy sudah ramai yg buka homestay..

    BalasPadam
  9. Peluang yang sangat bagus ya, arus pandai-pandai mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah sudah memiliki homestay di 3 daerah di Johor. Semoga dapat membantu rakan2 lain utk memiliki homestay sendiri.
    homestaytawakkal.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Bisnes homestay dan sewa keta ni memang dah semakin popular. Bisnes sewa keta pulak student pun boleh buat.. Kawan sebilik saya masa kat universiti dulu tengah belajar pun dah ada bisnes sewa keta.

    BalasPadam
  12. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra