Rabu, 11 Jun 2014

Hari Lahir ke 33 dan Rezeki Daripada Usahawan Tudung..

with 1 comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan izinnya, saya diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini selama 33 tahun...

Ya, esok 12 Jun 2014 genaplah umur saya 33 tahun... Kebetulan pula esok juga diadakan sambutan malam Nisfu Syaaban di Surau dihadapan rumah saya.. Bolehlah saya gunakan peluang keemasan tersebut untuk memohon diteguhkan iman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... In Shaa Allah..



Rezeki Daripada Usahawan Tudung Sempena Hari Lahir ke 33

Syukur Alhamdulillah... 

Pagi tadi sewaktu cek email, saya dapati ada rezeki menerjah masuk ke dalam mailbox saya..

Rezeki tersebut datangnya daripada Usahawan Tudung yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini, iaitu Cik Zana..


Terima kasih Cik Zana kerana sudi memberikan komisyen RM100 kepada saya.. Kebetulan pula sempena Hari Ulang tahun Kelahiran Saya yang ke 33.. 

Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Semoga selepas ini perniagaan Cik Zana terus berkembang.. Dan diharap sudi beri lebih banyak "Hadiah" kepada saya... ;)

Bagus sebenarnya perniagaan menjual tudung ini.. Sekiranya Nawaitu si Penjual Tudung ini ikhlas kerana Allah S.W.T, dalam menggalakkan kaum wanita Islam supaya Berhijab (Menutup Aurat mengikut Syariat Islam).. In Shaa Allah, mereka boleh mendapat 2 keuntungan.. Iaitu keuntungan di dunia dan juga keuntungan di akhirat...   

Keep Calm And Wear Hijab

Seronok apabila melihat beberapa orang artis yang telah mendapat hidayah untuk berhijab.. Sebab artis ini dianggap sebagai icon kepada generasi muda pada hari ini. Cara pemakaian dan penampilan mereka diperhatikan oleh para peminat... Dan kemungkinan besar, ada peminat yang akan meniru cara mereka berpakaian..      

Sebelum ini kita lihat penampilan penyanyi tersohor Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza.. Ramai yang suka melihat wajah beliau ketika bertudung... kelihatan semakin ayu..

Semoga selepas ini, semakin ramai peminat Datuk Siti Nurhaliza yang turut mendapat hidayah dan seterusnya mengikut jejak langkah beliau... daripada Free Hair kepada Berhijab.. Good Job Datuk.. ;)


Wajah Datuk Siti Nurhaliza bertudung

Datuk Siti Nurhaliza kelihatan semakin ayu apabila memakai tudung

Pada bulan Mac tahun ini, kita dikejutkan dengan berita mimpi ngeri yang dialami oleh Pelakon Yatt Hamzah.. Walaupun ianya sekadar mimpi, tetapi ia perlu dijadikan iktibar oleh semua kaum wanita di luar sana.. 

Ini kerana apa yang dimimpikan Oleh Yatt Hamzah, sama seperti gambaran penyeksaan terhadap wanita yang tidak bertudung yang telah diceritakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj.. Jom kita baca kisah mimpi Pelakon Yatt Hamzah.. 



Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Satu lagi cerita menarik tentang kisah wanita bertudung yang diceritakan oleh Cik Zana dalam FB beliau ialah Felexia Yeap.. Seorang bekas Model berbangsa Cina yang tertarik untuk memakai tudung walaupun beliau masih belum beragama Islam..


Marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau mendapat Hidayah untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti dan kekal berhijab seperti sekarang.. Saya yakin beliau dapat menjadi seorang muslimah sejati pada satu hari nanti, sekiranya mendapat bimbingan yang sebetulnya... In Shaa Allah.. 

Cerita terakhir Cik Zana yang sangat menarik perhatian saya ialah tentang kisah seorang pelajar Universiti yang berjaya menjadi Jutawan dengan menjual tudung..

Beliau yang dimaksudkan ialah Ika. Orangnya cantik dan kecil molek.  Pemilik salah satu jenama tudung terkenal di Malaysia iaitu Radiusite. 

Ika ni dulu pelajar UiTM. Dari zaman belajar sampai sekarang jual tudung. Semasa belajar di universiti dulu menjual tudung secara kecil - kecilan, tetapi sekarang ni dah jutawan.

Radiusite merupakan salah satu jenama tudung yang saya kagumi. Pada saya apa yang menyebabkan dia boleh sampai ke tahap itu ialah kerana ilmu yang dia ada dan juga kesabaran dia.

Muda – muda lagi dah jadi kaya raya :)

Apa yang saya tahu Ika tak pernah kerja lepas habis belajar, cuma fokus dengan apa yang dia buat  sampai la sekarang.

Sekarang ni pun beliau dalam proses nak buka butik kat rawang. Tengok tu.. Bermula daripada seorang penjual tudung biasa semasa belajar di Universiti, sehingga berjaya menjadi Jutawan.. Kemudian nak mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membuka butik pula.. 

Berminat nak jadi seorang usahawan tudung berjaya seperti Ika Radiusite?

Saya syorkan kepada anda supaya mendapatkan panduan ini..


Sumber : Klik Di Sini

Panduan Bisnes Tudung Edisi Raya ini sangat sesuai untuk dibaca, lebih-lebih lagi dekat nak raya ni.. Waktu ramai orang mula membeli baju raya, termasuk tudung..

Oklah.. Saya rasa dah panjang lebar saya berkongsi cerita tentang tudung, yang sebahagiannya saya cilok daripada FB Cik Zana .. sebagai tanda terima kasih saya kepada beliau di atas "hadiah" yang diberikan.  Semoga cerita-cerita ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...  

Oppsss... Secara kebetulan juga, esok World Cup Brazil 2014 dah mula.. Kita boleh menonton pertemuan di antara Brazil dan Croatia yang akan diadakan di Stadium Sao Paolo... Pastinya ramai yang akan menyokong pasukan Tuan rumah Brazil, dalam perlawanan tersebut... ;)

P/S : Kebetulan pula berlaku beberapa aktiviti menarik pada 12 Jun pada tahun ini, sempena hari jadi saya... Ini semua ketentuan Allah S.W.T.. Jangan lupa membaca entri saya selanjutnya tentang World Cup Brazil 2014..

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra