Ahad, 22 Jun 2014

Argentina Mengalahkan Iran Menerusi Jaringan Messi pada minit-minit terakhir perlawanan..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Pada pagi tadi pasukan Argentina berjaya melakar kemenangan Tipis 1-0 ke atas Iran.. Nampaknya pasukan Argentina masih mampu bersaing di peringkat kalah mati.. ;)

Tahniah saya ucapkan kepada Leonel Messi kerana sekali lagi berjaya membantu pasukan Argentina mendapatkan 3 mata, setelah meledakkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan untuk mengalahkan pasukan Iran 1-0..

Jom tengok gambar-gambar jaringan Leonel Messi pada minit ke 91.. 

 
Leonel Messi mengelecek pemain Iran untuk mencari kedudukan yang sesuai, sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti..

Aksi Leonel Messi ketika melepaskan rembatan dari luar kotak penalti


Penjaga Gol pasukan Iran akhirnya gagal menyelamatkan gawang yang telah dijaga dengan begitu baik sekali sepanjang 90 minit perlawanan.


Keputusan penuh perlawanan Argentina 1-0 Iran

Keputusan penuh perlawanan Argentina VS Iran, Kumpulan F World Cup Brazil 2014


Bahang World Cup Brazil 2014 semakin di rasai

Nampaknya bahang kehangatan World Cup Brazil 2014 semakin di rasai.. Berikutan terdapat beberapa keputusan yang mengejutkan berlaku dalam perlawanan World Cup pada kali ini.

Antara berita paling hangat diperkatakan pada edisi World Cup pada kali ini ialah, apabila 2 Pasukan gergasi gergasi Eropah telah tersingkir awal iaitu pasukan England dan Pasukan Sepanyol yang kalah dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pasukan England kalah 2-1 kepada pasukan Italy pada perlawanan pembukaan kumpulan D. Kemudian kalah buat kali ke dua kepada pasukan Uruguay 2-1, secara tidak langsung melenyapkan harapan mereka untuk melangkah ke pasukan kalah mati. 

Begitu juga nasib yang menimpa kepada Pasukan Sepanyol yang merupakan Juara World Cup 2010 dan pasukan ranking pertama dunia pada ketika ini.. Pasukan Sepanyol kalah 5-1 kepada pasukan Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, dan seterusnya kalah 2-0 kepada pasukan Chile.. Siapa sangka pasukan yang mempunyai barisan pemain-pemain terbaik dunia ini, boleh meninggalkan pentas persaingan World Cup tanpa berjaya mendapat sebarang mata..  

Selain itu, berlaku juga keputusan yang mengejutkan dalam Kumpulan D, Kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan maut. Sebelum ini ramai yang menjangka, pasukan Costa Rica akan menjadi pasukan belasahan apabila berada dalam satu kumpulan yang terdiri daripada bekas-bekas Juara World Cup iaitu Italy (Juara World Cup 4 kali), England (Juara World Cup 1 kali) dan Uruguay (Juara World Cup 2 kali).. Tetapi sebaliknya yang berlaku, di mana Costa Rica kini menjadi juara Kumpulan D apabila berjaya mengalahkan Uruguay 3-1 dan Italy 1-0.. 

Inilah dia permainan Bola Sepak... Pelbagai keputusan di luar jangkaan boleh berlaku, walaupun di peringkat dunia..

Terus setia mengikuti perkembangan World Cup 2014!

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak perlawanan menarik lagi yang bakal dipersembahkan oleh pasukan-pasukan terbaik dunia... 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra