Selasa, 6 Mei 2014

Mula Berniaga Pada Bulan Rejab..

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ini kita sudah berada di bulan Rejab. Ini bermaksud tinggal hanya kira-kira 2 bulan 20 hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Dalam tempoh tersebut, kita digalakkan untuk melakukan ibadah-ibadah sunat terutamanya puasa sunat, sebelum tiba masanya untuk melaksanakan rukun Islam ke 3 iaitu berpuasa wajib selama 30 hari di Bulan Ramadhan. 

Kepada kaum wanita yang masih belum selesai mengganti puasa yang tertinggal pada tahun lepas, eloklah ganti puasa tersebut dengan kadar segera... Semetara masih ada masa untuk melakukannya.. 


Mula Berfikir tentang perbelanjaan Hari raya


Bila bercerita tentang raya, tekanan mula dirasai.. Dekat minda mula berfikir tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menyambut hari raya nanti.. Saya rasa ia merupakan lumrah buat semua insan yang bernama suami atau ketua keluarga.

Kita beraya bukanlah berniat hendak berbelanja mewah, sehingga melakukan pembaziran. Tetapi teringin juga nak tengok anak-anak dan isteri pakai baju baru.. Kalau ada lebihan rezeki teringin juga nak hadiahkan baju raya dekat kedua ibu bapa dan adik beradik.. Selain itu, sekali sekala teringin juga nak belikan baju raya dekat anak-anak saudara.

Itu belum lagi termasuk keperluan asas menyambut hari raya.. 

Sekurang-kurangnya kena ada juadah dekat rumah seperti lemang/ketupat, lauk pauk dan sedikit kuih muih untuk menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah..

Apabila ada anak-anak kecil yang berkunjung ke rumah kita, perlu juga sediakan sedikit duit raya, supaya mereka merasai kegembiraan menyambut suasana hari raya.. Walaupun tiada sesiapa yang mewajibkan pemberian duit raya ni, tetapi kalau tak bagi, rasa tak seronok juga.. Sebab biasanya kita bagi walaupun nilainya tidaklah sebanyak mana.. 

Sementara itu, jangan juga dilupa golongan yang tidak berkemampuan.. Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal merupakan sebaik-baiknya masa untuk kita bersedekah... Berikan sedikit sumbangan kepada golongan anak yatim dan Fakir Miskin, supaya mereka juga turut berpeluang menikmati kegembiraan apabila menyambut hari raya nanti... In Shaa Allah, ada kebaikan di akhirat sana menanti orang yang suka bersedekah... 

Ya!! Untuk mencapai semua keinginan tersebut, memerlukan kita mempunyai lebihan rezeki... 

Hmmm.. Sementara masih ada masa ni, elok juga kita mula memikirkan strategi untuk berniaga bagi mencari  duit raya.. 

Tapi nak berniaga apa yer?

Ada sesiapa yang nak berikan cadangan?

Seboleh-bolehnya saya nak memulakan perniagaan pada bulan Rejab dan perniagaan tersebut dapat diselesaikan sebelum masuk bulan Ramadhan... Sebab saya tak nak menghabiskan masa di Bulan Ramadhan nanti dengan berniaga... Ada perkara lain yang lebih berfaedah untuk dilakukan pada ketika itu...

P/s: Kalau ada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat perniagaan apa yang akan saya lakukan pada bulan Rejab ini, ada hadiah istimewa menanti anda.. Cubalah teka.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra