Jumaat, 30 Mei 2014

Hari Terakhir Pendaftaran DiGi WWWOW Awards 2014

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok (31 May 2014) merupakan hari terakhir Pendaftaran DiGi WWWOW Awards 2014.. Saya rasa tentu ramai rakan-rakan blogger yang sudah sedia maklum tentang Berita ini.. 


DiGi WWWOW Awards


Untuk makluman kita bersama, DiGi WWWOW Awards 2014 telah bermula sejak 1 April 2014 sehingga 31 Mei 2014 untuk aktiviti pendaftaran dan undian. Kemudian ia akan disusuli dengan WWWOW Workshops yang berlangsung pada 30 April dan 8 May 2014. Setelah itu , sesi pengadilan akan diadakan pada 4 June 2014. Manakala senarai pemenang pula akan diumumkan pada 20 June 2014 dalam satu majlis yang dikenali  sebagai WWWOW Awards Night.
  • Submission & Voting >> 1 Apr - 31 May 2014
  • WWWOW Workshops >> 30 Apr & 8 May 2014 
  • Judging >> 4 June 2014
  • WWWOW Awards Night >> 20 June 2014


Tentu ada yang berminat nak tahu, bagaimana cara nak mendaftar untuk menyertai DiGi WWWOW Awards 2014?


Sumber : Klik Di Sini


Sebenarnya sesiapa sahaja layak untuk menyertai Contest ini, dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Boleh baca di sini untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan 

Baiklah... Di sini saya akan kongsikan 8 langkah untuk menyertai contest ini.. 

1. Pendaftaran Online
Pendaftaran secara Online menerusi Facebook, Twitter atau Google+ di page berikut: http://www.wwwow.my/submission.aspx

2. Pilih Kategori dan hantar penyertaan
Pilih kategori dan hantar entry/proposals penyertaan

3. Tunggu pengesahan melalui Email
Peringkat pertama telah pun selesai.. Dalam tempoh 24 jam anda akan menerima email pengesahan pendaftaran daripada pihak penganjur.. 

4. Mengisi Jurnal Online 
Peserta yang telah berjaya melepasi langkah ke 3, boleh access online Journal WWWOW. Peserta perlu menjawab beberapa siri soalan bagi setiap kategori dan menyempurnakan penyertaan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

5. Buat Hebahan dan dapatkan Undian
Buat hebahan menerusi media sosial dan dapatkan undian daripada rakan-rakan anda 

6. Pengumuman Top 10 FINALISTS 
Top 10 finalists bagi setiap kategori akan diumumkan dan penyertaan mereka akan di bawa ke peringkat seterusnya 

7. Pembentangan Idea daripada FINALISTS
Para Finalists akan diberi peluang untuk membentangkan idea-idea mereka dihadapan panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar industri. 

8. Malam Penganugerahan
Satu malam penganugerahan akan diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan pemenang tempat pertama bagi setiap kategori.


Jadi, kepada yang belum lagi mendaftar untuk menyertai Contest ini, jemputlah mendaftar sekarang juga.. Sebelum tempoh pendaftaran dan undian contest ini berakhir pada jam 11.59 malam esok (31 May 2014).



Senarai kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2014

Dalam DiGi WWWOW Awards sebelum ini, secara kebiasannya kita melihat sekitar 15-16 kategori yang dipertandingkan. Tetapi dalam Edisi DiGi WWWOW Awards 2014 ternyata jauh berbeza.. 

Pada kali ini hanya 3 kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu Commerce, Content dan Comunity.. Setiap kategori mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut:

Commerce
Kategori Commerce sesuai untuk mereka yang ada menjalankan perniagaan menerusi internet. Berikut merupakan senarai semak untuk mendaftar di bawah kategori ini:
  • Memiliki perniagaan online untuk produk atau perkhidmatan.
  • Sekurang-kurangnya telah menjadi peniaga secara Online selama lebih daripada 3 bulan.
  • Menggunakan platform media sosial yang releven seperti blog, Facebook , Twitter atau mana-mana media sosial online yang bersifat interaktif.
  • Mempamerkan minat dan komitmen yang tinggi terhadap e-perniagaan.
  • Dan lain-lain

Content
Mempunyai isi kandungan web yang menarik. Penyertaan dibuka kepada mereka yang kreatif dan boleh menghasilkan sesuatu yang menarik seperti video, muzik, aplikasi, dan sebagainya untuk dikongsikan kepada orang ramai secara online.. Berikut merupakan senarai semak untuk menyertai kategori ini:
  • Isi kandungan adalah hasil usaha sendiri samada secara individu atau berkumpulan.
  • Isi kandungan yang diterbitkan adalah asli , unik dan berkonsepkan tempatan.
  • Mempamerkan kepakaran teknikal dan inovasi yang tinggi (seperti pengendalian kamera, lampu, bunyi atau suntingan.)
  • Skrip atau jalan cerita yang kreatif dan berjaya ditulis dengan baik .
  • Pengiktirafan hasil kerja yang tinggi merujuk kepada bilangan pengikut.

Comunity
Mempunyai idea yang dapat membawa kebaikan kepada negara sama ada dari segi hubungan sosial, kebajikan manusia/haiwan , pendidikan atau kempen alam sekitar dan sebagainya. Berikut merupakan senarai semak untuk menyertai kategori ini:
  • Mempunyai perniagaan/organisasi secara online dengan tujuan kemasyarakatan.
  • Menjalankan kempen/pertubuhan dana dalam talian untuk misi kemasyarakatan.
  • Menunjukkan hasil dan kesan utama tentang projek/perniagaan tersebut
  • Menggunakan pelbagai platform media sosial seperti blog, Facebook , Twitter atau mana-mana media sosial online bertujuan mempromosikan projek komuniti secara inovatif.
  • Semestinya original, unik dan berkonsepkan tempatan. Juga mengintegrasikan perniagaan/projek dengan penggunaan pelbagai media sosial.
  • Objektif memenuhi/melebihi matlamat melalui bantuan Internet.

Sekiranya blog, laman web, facebook, twitter, dll milik anda berjaya didaftarkan.. anda akan dapat melihat ianya tertera dalam ruangan All Entries sebagaimana dalam gambar di bawah: 

Sumber : Klik Di Sini

Hadiah yang bakal dimenangi oleh setiap kategori memang lumayan. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh syarikat-syarikat ternama seperti :


Senarai Penaja bersama DiGi WWWOW Awards 2014

  • DiGi - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
  • Mudah.my  - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
  • SAYS  - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
  • AIG - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
  • SAMSUNG - Tajaan berupa Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold X 3 unit
  • Asia Web - Tajaan berupa Penginapan 3D2N @ Miri Marriot Resort and Spa, Penginapan 3D2N@Renaissance Johor Bahru dan Penginapan 3D2N@Courtyard Bali Nusa Dua
  • Google
  • Lowyat.net
  • ITrain
  • MSN
  • Yahoo! Malaysia
  • Mindvalley
  • Astro
Untuk menyemarakkan lagi bahang DiGi WWWOW 2014, jom kita imbau senarai pemenang DiGi WWWOW Awards 2011, DiGi WWWOW Awards 2012 dan DiGi WWWOW Awards 2013.

Senarai pemenang bagi 16 Kategori DIGI WWWOW Awards 2011:
  1. Fave Person Under 15 : Let It Be
  2. Fave Person Over 40 : Brandjontan
  3. Best Internet Good Award : Petfinder.my
  4. Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
  5. Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
  6. Fave Malaysian Male Online Celebrity: Nicholas Teo!
  7. Fave Tech Head : The Techno Hut
  8. Must-Follow Personality : Anwar Hadi
  9. Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
  10. Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
  11. Top Kay Poh : Lee Zi Wen
  12. Top LOL : Blog Serious
  13. Top Makan-Makan Expert : Oh!Malaysia
  14. Video of The Year : Anwar Hadi
  15. Best Internet For All Idea : A.F.O Radio
  16. Blogger of the Year : Anwar Hadi

Senarai Pemenang bagi 16 Kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2012

  1. Nuffnang Blogger of the Year - Bro, Don Like That La, Bro
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert - FriedChillies
  3. Nuffnang Fave Kay Poh - Rotikaya
  4. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year - Sea Gypsies
  5. MSN Breakthrough Star Performer of The Year - Talents of SMK Seafield
  6. Yahoo! Social Media Gathering of The Year - Twtupkaseh
  7. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year - Christy Ng Shoes
  8. Samsung App of the Year Award - First Word of Geeks
  9. DiGi WWWOW People's Choice Award (by popular vote) - MyHazman
  10. The Best of The Best – The DiGi WWWOW Of The Year - Petfinder
  11. Lowyat.NET Fave Tech Head - Keiths.blog
  12. Says.my Online Shop of the Year - FriendlyFashion
  13. Innity Funniest Video of The Year - My Generasi
  14. Google Most Inspiring Internet for Good Award - Petfinder
  15. Astro Top Online Over-Achiever Under 15 - ImanShippo
  16. inMobi Mobile Short Film of The Year - Terima Kasih Malaysia: Belacan

Senarai Pemenang bagi 15 Kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2013
  1. Blogger of The Year : Irine Marcello 
  2. Shorty Blogger of The Year : Justin Tan Wei Jin 
  3. Fave Entertainment Blog : Mohd Idris 
  4. Fave Tech Head : Arif Ishak 
  5. Online Shop of The Year : Arthur Loh Dien Lun 
  6. Fave Video of The Year : Mat Luthfi 
  7. Most Inspiring Internet for Good Award : Heidy Quah
  8. Top Online Over-Achiever Under 16 : Ruth Kezia Hope a/p Muthu
  9. App of The Year : AMOK 
  10. Photostory of The Year : Ronan Tan
  11. Breakthrough Youtube Star : Amrita Soon 
  12. Social Media Gathering of The Year : Cyril Dason (TweetUp Kuching 2012)
  13. Fave Makan Makan Expert : Teo Chee Seng
  14. People’s Choice Award : MyHazman.com 
  15. Best of The Best : Mat Luthfi 

P/s : Sekiranya tidak keberatan, jemputlah undi Blog Coretan Anuar dan blog Discount Hari2  dalam DiGi WWWOW Awards 2014

Sumber : Klik Di Sini 
(Jangan Lupa Klik Pada Button Vote di laman web DiGi WWWOW 2014)

Sumber : Klik Di Sini 
(Jangan Lupa Klik Pada Button Vote di laman web DiGi WWWOW 2014)

13 ulasan:

  1. Good luck diucapkan kepada semua peserta DiGi WWWOW Awards 2014. .

    BalasPadam
  2. done. goodluck bro ^____^

    BalasPadam
  3. Hehe..pondok kecil tak masuk ehh..apa-apa pun selamat maju jaya bro..hehe

    BalasPadam
  4. ohhh, terima kasih... tapi rasa macam seganlah nak daftar...blog pun biasa jer...

    BalasPadam
  5. Bro masuk jugak ke? Semoga berjaya la ye.

    BalasPadam
  6. dah lame daftar tapi malas nak promote huhu

    BalasPadam
  7. Salam Bro.... ramai gak geng2 daftar tuk ni.... Gud Luck Bro...... :D

    BalasPadam
  8. semoga berjaya yang join kali ini..aku memang tak join.. masa agak terhad... entahla

    BalasPadam
  9. semoga sukses bro. insyaAllah sokong kawan-kawan mana-mana terdaya.

    BalasPadam
  10. good luck bro...semoga berjaya :)

    BalasPadam
  11. memang belum pernah mimpi nak ke sini, selamat maju jaya kepada semua peserta yang terpilih

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra