Selasa, 27 Mei 2014

Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kemeriahan DiGi WWWOW Awards 2014 semakin dirasai.. Saban hari bilangan penyertaan semakin bertambah, terutamanya di saat-saat akhir tempoh pendaftaran untuk memeriahkan Contest online terbesar di Malaysia ini... Contest ini biasanya mendapat liputan meluas menerusi pelbagai media online dan media sosial termasuk majalah, akhbar dan televisyen..

Jadi, kepada rakan-rakan pembaca yang mempunyai laman web, blog, fanpage, twitter dan sebagainya... Jom beramai-ramai kita menyertai DiGi WWWOW Awards 2014... Tarikh-tarikh tersebut mungkin dapat dijadikan sebagai rujukan kepada anda untuk menyertai Contest ini.. 

Submission & Voting >> 1 Apr - 31 May 2014
WWWOW Workshops >> 30 Apr & 8 May 2014 
Judging >> 4 June 2014
WWWOW Awards Night >> 20 June 2014


Setakat ini 2 blog saya telah berjaya didaftarkan untuk menyertai DiGi WWWOW Awards 2014..   

1) Blog Discount Hari2

Sumber : Klik Di Sini


2) Blog Coretan Anuar
Sumber : Klik Di Sini


Cukuplah dengan mendaftarkan dua blog sahaja... nak daftarkan lebih daripada 2 buah blog rasa tak termampu.. 

Bukannya susah pun nak daftarkan blog menyertai DiGi WWWOW Awards 2014?

Siapa kata tak susah.. nak daftarkan blog memang mudah... Tapi nak memikirkan ayat-ayat yang diperlukan untuk mengisi di ruangan survey yang disediakan, agak memakan masa.. 

Paling susah sekali nak mengisi ruangan form di bawah:

Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014

Naik berpeluh di buatnya... Pening kepala nak memikirkan ayat-ayat masuk bakul angkat sendiri ni...

Inilah antara ayat-ayat yang dapat saya tuliskan dalam Form tersebut... 

"Sekiranya saya memenangi Digi WWWOW Awards 2014, In Shaa Allah saya akan menghadiahkan 50 - 100 design Quilling untuk penyokong tegar blog saya disamping menganjurkan kursus Quilling percuma buat kaum hawa yang berminat untuk mempelajari seni kraftangan ini"

Berikut merupakan antara Design Quilling/Handmade Card yang dapat saya hadiahkan kepada para penyokong blog saya, sekiranya saya berjaya memenangi DiGi WWWOW Awards 2014... 












Nasib baiklah baby Naila tak pandai lagi membaca.. Kalau tak, confirm kena gelak punya... 





Apalah yang ayah tulis ni... Naila langsung tak faham... Lebih baik Naila tidur, Lagi Best.. Dapat juga mimpi makan bubur yang sedap, dan susu yang berkhasiat... ;)


Sehingga ke hari ini tidak ramai blogger yang berkempen untuk meraih undian bagi memenangi DiGi WWWOW Awards 2014.. Agaknya bila mereka nak mula berkempen ni?

Semoga entri ini dapat membantu rakan-rakan blogger untuk menyemarakkan semula kempen DiGi WWWOW Awards 2014 yang kelihatan semakin suram..

Kalau ada yang berminat untuk memberi sokongan kepada saya, sila sharekan entri ini di Facebook anda.. Kemudian tinggalkan link facebook anda di ruangan komen entri ini..


50-100 penyokong tegar blog Coretan Anuar yang telah melakukan tindakan di atas akan saya hubungi untuk tujuan pemberian hadiah, sekiranya saya berjaya memenangi DiGi WWWOW Awards 2014... ;)

8 ulasan:

  1. Tinggal 2 hari lagi peluang untuk menyertai DiGi WWWOW Awards 2014..

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya..InshaALLAH...blog siapa-siapa pun boleh daftar ke?

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya ya..doa byk2 ya..:)

    BalasPadam
  4. Digi wwwow awards ni selalu je pilih kasih. Tak suka lah. Huhuhuhu

    BalasPadam
  5. tak ramai berkempen mungkin sebab tak ramai yang turut serta.

    BalasPadam
  6. Semoga berjaya dengan contest DiGi wwwow.

    BalasPadam
  7. tahniah berjaya daftar dan semoga sukses bro untuk DiGi WWWOW Awards 2014.

    BalasPadam
  8. Ok..satu vote dari pondok kecil...hehe..gud luck bro..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra