Khamis, 3 April 2014

Tinjauan : Perlukah menggunakan gambar Model Seksi semata-mata untuk menghasilkan Jualan?

with 0 Comment
Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 

Malam ni dalam keadaan santai, seperti biasa saya online sekejap... Seperti biasa rutin harian saya melayari Facebook, cek email, melayari blog rakan-rakan untuk membaca info terkini, dan lain-lain...

Seronok melihat perkembangan dunia di hujung jari.. Semakin ramai pelajar IPT terlibat dalam perniagaan online untuk menampung kos pengajian di Universiti/kolej/atau di mana jua tempat mereka belajar.. Pandai betul pelajar (mahasiswa) zaman sekarang ini cari duit poket tambahan semasa belajar di Universiti... 

Sebagai contoh Encik Titan... Beliau mula menjana pendapatan secara online semenjak belajar di Universiti lagi... Walaupun sekarang ini beliau sudah menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah di semenanjung Malaysia... Tetapi beliau tetap meneruskan perniagaan internet tanpa Modal yang telah beliau usahakan sebelum ini secara Part time.. 

Hasil pendapatan tersebut dapat beliau gunakan untuk membeli Cendol di Banting, untuk mengisi minyak Petrol, perbelanjaan dapur, percutian dan lain-lain... 

Dengan kejayaan yang telah beliau kecapi pada hari ini telah membolehkan beliau menghasilkan sebuah panduan buat duit tanpa modal melalui laman web beliau yang dikenali sebagai:


Perlukah menggunakan gambar Model Seksi semata-mata untuk mendapatkan Jualan?

(Pesanan Untuk Diri Saya dan Rakan-rakan yang mencari sumber pendapatan secara online)

Hasil tinjauan yang telah saya lakukan, saya dapati terdapat usahawan internet yang meletakkan gambar model seksi semata-mata untuk mendapatkan jualan..

Anda rasa ok ke tak kalau orang yang beragama Islam guna cara ini?



Sumber : Klik Di Sini

Nota : Banner tersebut milik seorang usahawan internet yang bukan beragama Islam.. Sebenarnya Video yang dipromosikan di laman web beliau, tiada kena mengena pun dengan gambar tersebut.. Tetapi inilah satu-satunya Banner yang dapat digunakan untuk mempromosikan produk beliau.. Sekiranya ada usahawan internet beragama Islam berminat nak promosikan produk beliau, saya syorkan jangan gunakan banner ini, tetapi sebaliknya memadai hanya menggunakan link promosi sahaja..

Sememangnya saya akui, setiap orang mempunyai kreativiti tersendiri dalam mempromosikan pelbagai produk dan servis di Internet... Sebenarnya tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk menghalang usaha promosi yang kita lakukan....

Tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu memastikan rezeki yang kita perolehi benar-benar halal...

Persoalannya sekarang... Perlukah kita menggunakan gambar Model Seksi semata-mata untuk mendapatkan Jualan?

Jawapannya terletak di tangan anda.. Jom kongsikan pendapat/pandangan anda di ruangan komen di bawah..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra