Selasa, 25 Mac 2014

Muat Turun PERCUMA Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41

with 0 Comment

Sebelum ini saya ada menulis satu entri tentang Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41 yang boleh diperolehi oleh para calon bermula esok. Tetapi ada calon yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan secepat mungkin seberapa banyak info atau tips yang dapat mereka gunakan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan tersebut. 

Bagi mereka time is Gold. Mereka perlukan masa mengulangkaji dengan lebih awal, supaya cukup persediaan sebelum melangkah ke medan pertempuran.




Kepada para calon yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan rujukan tersebut esok, saya syorkan kepada anda supaya muat turun secara PERCUMA terlebih dahulu Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pegawai Arkib Gred S41 bagi tahun 2013  dan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pegawai Arkib Gred S41 bagi tahun 2011

Walaupun kedua-dua sukatan peperiksaan tersebut mungkin tidak menepati 100% isi kandungan sebenar Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 bagi tahun 2014, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai panduan untuk membuat persediaan dengan lebih awal, sebelum mendapatkan Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41 yang akan dikeluarkan esok.

Apa yang terkandung dalam Pakej Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41?

Dalam pakej Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41 mengandungi format soalan, contoh-contoh soalan berserta jawapannya sekali. Ianya secara tidak langsung dapat memudahkan calon untuk membuat persediaan dengan lebih teratur dan sistematik. 


"Study Smart to be an Exacellent student in examination"

Berdasarkan info yang saya perolehi daripada Tim Infokerjaya, terdapat 4 seksyen soalan yang bakal ditanya dalam Peperiksaan Pegawai Arkib S41.
  
Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Karangan Esei Bahasa Melayu
Seksyen D : Karangan Esei Bahasa Inggeris


Seksyen A (Pengetahuan Am)
Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan

Soalan pada bahagian ini lebih menjurus kepada soalan berkaitan pengetahuan am di mana calon diuji berdasarkan soalan yang lebih global daripada fakta sebenar.

Contoh Soalan : Negara apakah yang memenangi Sukan Olimpik 2012?
A - Jepun
B - China
C - Amerika Syarikat
D - Soviet


Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan

Bahagian B ini pula akan menguji tahap kreativiti, matematikal dan logikal fikiran calon dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu situasi. Soalannya tampak mudah tapi agak mengelirukan bagi sesetengah calon.


Sekyen C (Karangan Esei Bahasa Melayu)
Bahagian ini mungkin tampak lebih mudah berbanding seksyen yang lain kerana anda boleh melontarkan segala idea bernas mengikut kreativiti penulisan anda. 

Contoh Soalan:


Kesejahteraan kaum di Malaysia merupakan tonggak utama dalam memastikan keamanan negara sentiasa tercapai. Apakah langkah yang wajar diambil untuk memastikan ianya terus digapai pada masa akan datang.

Untuk menjawab soalan tersebut, anda tidak boleh menulis jawapan secara melulu. Anda perlu menyenaraikan isi-isi penting yang bersusaian dengan soalan tersebut terlebih dahulu, sebelum mula menulis mengikut teknik atau format yang menepati ciri-ciri yang diinginkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Dalam seksyen ini, calon akan diuji bagaimana untuk mengolah isi, idea dan pandangan melalui penulisan. Hasil penulisan calon akan dapat menggambarkan kebolehan calon berfikir dalam menghadapi pelbagai situasi yang berbeza sewaktu berada di alam pekerjaan sebenar nanti.


Seksyen D (Karangan Esei Bahasa Inggeris)
Soalan yang akan ditanya dalam seksyen D hampir sama dengan Seksyen C. Cuma yang membezakannya ialah dari segi penggunaan bahasa yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris. 

Contoh Soalan:
Practice makes perfect in order to achieve an honour. Discuss by elaborating your points with your evidence if any.

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mempunyai kemahiran menolah idea dalam penulisan disamping menggunakan tatabahasa yang betul. 

>>Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41 untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan beserta dengan skema jawapan<<

Dengan bantuan Pakej Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41, saya percaya semua calon tidak akan menghadapi masalah untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan tersebut yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ini kerana panduan tersebut lengkap dari segi jenis soalan dan skop soalan yang bakal dikemukakan kepada calon. Malah ianya turut dilengkapi dengan skema jawapan bagi memudahkan calon untuk membuat rujukan dan ulangkaji. 

Dengan erti kata lain, melalui rujukan ini para calon akan dapat membiasakan diri dengan jenis soalan apabila menjelang peperiksaan sebenar nanti.

Daripada maklum balas yang saya baca di blog Tim InfoKerjaya, saya dapati sebahagian besar calon yang pernah mendapatkan rujukan daripada Tim Infokerjaya sangat berpuas hati dengan maklumat yang mereka perolehi. Mereka berterima kasih kepada Tim Infokerjaya kerana sudi menyediakan panduan tersebut untuk mereka.

Malah sebelum ini, ada calon yang menyesal kerana tidak berjaya mendapatkan panduan peperiksaan SPA lebih awal daripada Tim Infokerjaya, sehingga tempoh untuk mendapatkan panduan tersebut telah ditutup. Akibatnya mereka berasa sedih apabila gagal dalam peperiksaan tersebut, dan berasa sangat terkilan apabila melihat rakan-rakan mereka yang telah mendapatkan panduan ini berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut.

Disebabkan itu, saya mengesyorkan kepada para calon supaya mendaftar sebagai Waiting List untuk mendapatkan panduan ini terus ke email anda sebaik sahaja penjualan panduan ini dibuka bermula pada pukul 10 pagi esok hari.

Ayuh!! Jangan belengah lagi.. Jadilah antara calon yang terawal mendapatkan Panduan ini daripada Tim Infokerjaya!

Jom Daftar sebagai Waiting List untuk mendapatkan Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41. (Klik Di Sini)


Sumber Rujukan : Peperiksaan Pegawai Arkib S41


P/A : Menjadi calon yang terawal mendapatkan Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 merupakan satu kelebihan berbanding calon-calon yang lain. Anda bukan sahaja berpeluang untuk mendapatkan panduan ini, tetapi anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji semua soalan dengan lebih fokus.

Pastikan anda dapat membuat persediaan secukupnya bermula daripada sekarang, sehingga sampai masanya untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Arkib S41


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra