Isnin, 31 Mac 2014

Kehilangan MH370 tiada kaitan dengan bekas juruterbang Malaysia yang telah menjadi Jutawan!

with 9 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kehilangan MH370 telah pun masuk hari ke 24.. Pelbagai usaha pencarian telah pun dilakukan dengan bantuan beberapa negara di seluruh dunia untuk menjejaki pesawat yang hilang.. Tetapi sehingga kini pesawat yang hilang tetap masih belum dijumpai..

Kehilangan Pesawat MAS MH370
Sumber : www.thestar.com.my 

Walaupun terdapat beberapa buah satelit milik negara-negara besar seperti ChinaJepunThailand, dan Perancis berjaya mengesan beberapa objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370... Tetapi sehingga kini kotak Hitam yang dicari tetap masih belum ditemui..  



Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.... Radius pencarian dari tempat pesawat didapati hilang adalah sejauh 4,048 KM.. 

Sebelum ini, pencarian tertumpu di Laut China Selatan.. Kemudian beralih ke Selat Melaka.. Dan yang terkini tumpuan pencarian di sekitar kawasan Selatan lautan Hindi setelah Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.. 



“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan sidang media khas berhubung pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita ngeri tersebut, pelbagai spekulasi terbaru muncul di media-media online... Semakin banyak persoalan belegar dalam pemikiran masyarakat dunia... 

Bagaimana sebuah kapal terbang boleh merubah laluan penerbangan bertentangan dengan arah penerbangan asal. Sekiranya berlaku kecemasan sekalipun, mungkin jarak penerbangan untuk mendarat di "lokasi kecemasan" dalam beberapa kilometer sahaja... Tetapi hakikatnya "lokasi kecemasan" tersebut terletak nun jauh di Selatan Lautan Hindi yang jaraknya terletak beberapa ribu KM dari lokasi asal pesawat dikesan hilang dari radar.


Tragedi kehilangan pesawat MH370 angkara siapa?

Mungkinkah 2 mimpi Ustaz Manzil sebelum ini dapat memberi petunjuk terhadap kehilangan pesawat Mh370?    


Sebelum membuat sebarang tuduhan kepada pihak-pihat tertentu, saya berharap pihak penyiasat dapat menyiasat latar belakang setiap penumpang MH370 terutamanya penumpang dari negara-negara lain... 

Antara siasatan yang perlu dilakukan ialah dengan memeriksa tentang latar belakang pekerjaan mereka, barangan yang mereka bawa, dan sejarah penerbangan mereka sebelum menaiki pesawat MH370..

Mungkin ada motif pihak-pihak tertentu yang "berminat" dengan kandungan pesawat MH370, samada barangan yang dibawa atau penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut .

Sekiranya sistem komunikasi pesawat dimatikan sekalipun, tetapi pesawat tersebut akan dapat memberi isyarat secara automatik kepada satelit dalam tempoh satu jam sekali..

Memandangkan jarak penerbangan dari tempat pesawat didapati hilang ke Selatan Lautan Hindi Mengambil masa lebih daripada 5 jam, tentu ada isyarat MH370 yang dapat dikesan oleh satelit-satelit tertentu... 

Saya melihat situasi ini seakan-akan main "nyorok-nyorok" versi profesional yang membabitkan kapal terbang dan satelit...  tanpa menghiraukan keselamatan penumpang yang terdapat dalam pesawat tersebut... 

Zalim.. Sangat Zalim.. Itu yang mampu saya perkatakan apabila memikirkan nasib yang dihadapi oleh penumpang, anak kapal, juruterbang dan Pembantu juruterbang pesawat tersebut... Disebabkan motif pihak tertentu, mereka yang tidak bersalah telah menjadi mangsa...

Sama-samalah kita mendoakan... semoga Allah dapat menunjukkan kebenaran Terhadap tragedi ini.... 


Sumber : Klik Di Sini

Penafian : Kehilangan pesawat MH370 tiada kaitan dengan bekas juruterbang Malaysia yang kini telah menjadi Jutawan. Sejak Berita kehilangan MH370 tersebar diinternet, blog ini juga turut terkena tempiasnya sehingga menjadikan entri ini, mendapat limpahan trafik daripada keyword di atas.

9 ulasan:

  1. memang banyak spekulasi yang berlaku, itu dan ini, macam-macam.. hain. Apa-apa pun masih mengharapkan keajaiban Allah. In Sha Allah ;)

    BalasPadam
  2. Hanya doa utk semua mh370...moga ada sinar positif...ameen

    BalasPadam
  3. sama2 kita doakan semoga apa yg kita cari tuhan tunjukkan dengan segera

    BalasPadam
  4. banyak sangat teka tekinya..apa-apa pun saya harap yang terbaik je untuk mereka semua..

    BalasPadam
  5. moga yang baik2 hadir untuk kita semua.. pray for mh370.

    BalasPadam
  6. sama-sama kita.teruskan berdoa agar dipermudahkan usaha mencari, lagi lama lagi banyak spekulasi.

    BalasPadam
  7. mcm2 spekulasi yang yang tersebar. kita doakan yang terbaik. semoga Allah permudahkan segalanya.

    BalasPadam
  8. Teringat lak kawe lagu Misteri Mimpi Syakila :D Apa-apa pun, tugas hendak mencari bukanlah mudah. Apa lagi semua petunjuk hanya beri clue yang sikit-sikit aje. Hopefully ada closure utk tragedi ni. Kesian keluarga mangsa terlibat dan pihak2 yg terlibat dalam SAR.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra