Selasa, 12 Jun 2012

Tips Untuk Blogger Wanita

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Petang tadi baru pulang dari mengikuti Lawatan Kerja Ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.. 

Hmmm.. Letih menaiki bas tadi pun masih belum hilang lagi.. Bila difikirkan balik, memang berbaloi berada selama lebih kurang 3 jam di Karangkraf..  

Walaupun masa yang diperuntukan untuk sesi lawatan tersebut agak terhad.. Tapi banyak ilmu yang sempat saya timba di sepanjang lawatan tersebut.. Terutamanya dalam bidang penulisan dan penerbitan..

Insya Allah kalau diizinkan tuhan, saya akan cuba untuk mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang penulisan..  Setidak-tidaknya saya dapat membantu negara mencapai sasaran 26,000 judul buku setahun.. (klik di sini)

Nak menulis buku ni bukannya mudah.. Tapi saya percaya semua orang boleh melakukannya sekiranya mempunyai kesungguhan dan kemahuan.. Terutamanya golongan pendidik dan blogger seperti saya.. Sebelum ni dah pernah menghasilkan dua buah Ebook.. Apa kata lepas ni cuba menulis buku pula.. Manalah tahu ada rezeki saya dalam bidang penulisan ni..


Saya cuba untuk berfikiran secara positif.. Walaupun ada kalanya saya rasa seperti agak mustahil untuk terlibat dalam bidang penulisan ni.. 

 Tapi.. kalau bukan saya, Kalau bukan kami warga pendidik..Siapa lagi yang dapat bantu negara untuk meningkatkan jumlah penerbitan, daripada 17,000 kepada 26,000 judul buku setahun??.. 

Takkan nak harapkan golongan seperti petani, nelayan, buruh binaan dan sebagainya.. Dah tentu jauh tersasar daripada skop pekerjaan mereka..

Bila difikirkan balik.. Sebenarnya golongan seperti saya yang sepatutnya memikul tanggungjawab tersebut.. Ya betul.. Tanggungjawab untuk menulis dan menerbitkan buku.. Sehingga dapat membantu negara mencapai sasaran penerbitan 26,000 judul buku setahun..

Sampai bila kita nak tengok generasi kita membaca buku-buku terbitan luar negara??

Kita ambil contoh pendekatan yang digunakan di negara Jepun.. Kebanyakan bahan bacaan/rujukan yang digunakan di sekolah dan IPTA dihasilkan oleh penulis-penulis dari negara mereka sendiri.. Kebanyakan ilmu-ilmu yang diperolehi daripada barat diterjemahkan semula ke dalam bahasa Jepun.. 

Lihat hasilnya.. mereka boleh menguasai sebahagian besar teknologi yang terdapat di dunia  pada hari ini.. Dan seterusnya menjadikan Jepun sebagai sebuah negara maju.. 

Bila kita bercerita pasal kereta import.. Dah tentu jenama-jenama kereta import dari negara Jepun yang akan disebut-sebut.. 

Begitu juga kalau kita nak buka topik tentang barangan elektronik atau peralatan komunikasi.. Jenama-jenama keluaran Syarikat dari negara Jepun juga yang banyak menembusi pasaran Malaysia.. 

Adakah kejayaan tersebut mempunyai perkaitan dengan kesan penerbitan buku-buku tempatan di sana??

Sekiranya difikirkan ada logiknya juga.. Tapi saya tak nak ulas lebih lanjut tentang perkara ini.. Takut ianya menjadi topik politik.. ;) 

Ok.. Berbalik semula kepada topik penulisan.. Agak-agaknyalah buku jenis apa yang saya boleh tulis?

Semasa berada di Karangkraf tadi saya sempat "menyambar" dua buah buku dan dua buah majalah.. Maklumlah dapat diskaun 15% untuk setiap pembelian buku/majalah di sana.. Rugilah kalau balik dengan tangan kosong..

Antara buku yang saya beli adalah "A-Z Blog! Tips untuk blogger wanita".. Macam dalam gambar di bawah:

Click here to view picture in a new window

Saya membeli buku hasil tulisan Aini Nadila Yusof (salah seorang penulis untuk Majalah PC) pada harga RM14.02 (Harga sebenar RM16.50)

"Apa kaitan buku tersebut dengan saya?? Sayakan seorang blogger lelaki".. 


"Takkanlah blogger lelaki nak baca Tips untuk blogger wanita?" 


"Buang masa jer.. Buang duit pula tu.."


Itu antara persepsi-persepsi negatif yang terdapat dalam diri saya semasa sedang terfikir-fikir untuk membeli buku tersebut..


Tetapi apabila saya berfikir secara positif, saya rasa perlu untuk membaca buku tersebut.. 


Bagi saya buku ini sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.. Tak kiralah kita ni seorang blogger profesional, blogger amatur, blogger lelaki atau blogger perempuan.. 


Ini disebabkan kebanyakan pembaca blog terdiri daripada kaum wanita.. Berdasarkan pemerhatian saya, kaum wanita ni suka membaca luahan hati seorang wanita..


Jadi dengan membaca buku ini, secara tidak langsung kita boleh "mencuri teknik" penulisan blogger wanita.. ;)


Buku ini setebal 128 m/s.. mengandungi pelbagai Tips yang anda perlu tahu tentang Blog terutama untuk kaum wanita..  

Sebagai seorang wanita, anda perlu tahu tentang perkara yang harus dan tidak harus dilakukan ketiga Blogging. 

Selain itu terdapat tip-tip keselamatan, dan panduan langkah demi langkah untuk membina Blog menggunakan Blogger.com seperti bagaimana membina Blog, memasukkan gambar, lagu dan video.. Serta tips tambahan untuk mencantikkan lagi Blog.. Semuanya terkandung di dalam buku ini.

P/S: Dengan membaca buku ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang penulisan blog.. Manalah tahu tiba-tiba terlintas dihati untuk menulis buku tentang "Aku seorang Blogger"


10 ulasan:

  1. slm pagi!wah x sbr saya nk cuba cari kat mph atau popular.nk tmbhkan lagi ilmu tqvm :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam.. Sama-sama..

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Apa tips tu ye, nak juga tau..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Tips yang mana tu.. Ada byk tips..

      Tips keselamatan untuk blogger wanita.. jangan terlalu mendedahkan cerita peribadi dekat blog, nanti orang boleh memanipulasi cerita kita..

      Dan yang penting sekali jgn letak gambar berseorangan atau gambar2 dgn posing menarik seperti sedang berbaring, meniarap, duduk dan sebagainya.. Takut gambar2 kita dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap diri kita..

      Padam
  4. Waalaikumsalam..info yg baik utk org kg...tq

    BalasPadam
  5. wahh sharelah lagi apa tips nya anuar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah saya akan kongsikan dari masa ke semasa.. Buat masa sekarang ni saya agak sibuk.. Tak sempat nak update blog..

      Padam
    2. betul tu.. nak gak tau... cuba buat entry review sikit isi kandungan buku tu :)

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra