Khamis, 26 Disember 2013

Baby Naila Semakin Tembam...

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap kali kami bertemu dengan ahli keluarga dan Saudara mara, mereka akan memperkatakan Baby Naila semakin tembam.. 


Bagi kami yang biasa melihat Baby Naila tidak terasa sangat perubahannya... Tetapi bagi mereka yang berjumpa baby Naila dua minggu sekali atau sebulan sekali, rasa terkejut dengan perbuahan baby Naila.. Terutamanya pada bahagian pipi yang kelihatan semakin menggebu... ;)

"Macam ada Baking Powder dekat pipi Baby Naila" Kata mereka..

"Kak Su letak baja apa dekat pipi Naila ni?" adik ipar saya menyoal..

"Kak Su letak Baking Powder.. hehehe" Jawab isteri saya..


Baby Naila Puteri Pertama dalam keluarga kami..

Baby Naila kini berumur lebih 2 bulan..


Baby Naila semakin tembam.. Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamduluillah... Melihat perkembangan Baby Naila.. Semoga Baby Naila terus menggebu, supaya tiada masalah tak cukup berat badan macam Haikal (anak pertama) dan Adam (Anak Kedua)..

Saya, Isteri, Haikal, Adam dan Baby Naila..

Sehingga sekarang anak saya Haikal dan Adam kena pergi ke klinik kerajaan pada setiap bulan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menimbang berat badan, disebabkan masalah tak cukup berat badan.. Dan setiap tiga bulan sekali, mereka perlu berjumpa dengan pegawai zat makanan untuk mendengar "ceramah" cara nak menaikkan berat badan mereka... Lama juga masa yang diperuntukkan untuk mendengar ceramah, naik letih dibuatnya... 

Setakat ini saya dah laksanakan apa yang disuruh, tetapi berat badan anak-anak saya tetap juga berada di bawah paras tak cukup berat badan... Nak buat macam mana isteri saya kurus melidi, dan saya pula adalah tembam sikit berbanding sebelum ini.. hehehe...

Semoga baby Naila tidak mengikut jejak langkah seperti isteri saya, dan abang-abangnya.. Tetapi ikutlah jejak saya yang semakin menggebu... ;)

5 ulasan:

  1. Okay anak saya 4 bulan beratnya 7 kg..

    BalasPadam
  2. Haha..memang agak tembamnya..makan cukup hati senang lah tu..hehe

    BalasPadam
  3. nampak macam dah tahu orang nak ambil gambar
    siap sedia dengan senyum tu

    BalasPadam
  4. nuar, anak ko xsuka makan ke cane? kalo xsuka makan, cuba produk Shaklee Meal Shakes sbb anak buah aku begitu n it works! tp kalo anak2 ko mmg suka makan, tp tetap xnaik2, meaning it's genetic la...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra