Selasa, 10 Disember 2013

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada berita baik untuk pelajar atau pekerja mahir yang ingin mencuba nasib untuk menyertai Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan Kementerian Sumber Manusia serta Bahagian Pemantauan Agensi dan Kemahiran, Kementerian Kerja Raya.. 

Terdapat dua Pertandingan yang diadakan dalam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 pada kali ini iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-23 dan Pertandingan MySkills ke-8..


Sumber : Klik Di Sini

Sektor-sektor kemahiran yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  • Pengangkutan Dan Logistik
  • Pembinaan Dan Pembangunan
  • Pembuatan Dan Kejuruteraan Teknologi
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Seni Kreatif dan Fesyen
  • Perkhidmatan Sosial dan Peribadi

Tiada Yuran Penyertaan dikenakan untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia (KPM) dan RM100 dikenakan untuk menyertai Pertandingan MySkills..

Hadiah-hadiah lumayan menanti setiap pemenang..

Senarai Hadiah Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)
  • Emas - RM5000.00 beserta pingat dan sijil
  • Perak - RM2500.00 beserta pingat dan sijil
  • Gangsa - RM1500.00 beserta pingat dan sijil
  • Sijil Kecemerlangan - RM500.00 beserta sijil kecemerlangan

  Senarai Hadiah Pertandingan MySkills
  • Platinum - RM10,000.00 beserta Piala, pingat dan sijil
  • Emas - RM7000.00 beserta pingat dan sijil
  • Perak - RM5000.00 beserta pingat dan sijil
  • Gangsa - RM3000.00 beserta pingat dan sijil
  • Sijil Kecemerlangan - RM500.00 beserta sijil kecemerlangan
  • Sijil Penyertaan - RM500.00 beserta sijil penyertaan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Januari 2014.. 

Hadiah-hadiah yang disediakan memang lumayan.. Kepada mereka yang mempunyai kemahiran, tetapi tak join, memang rugi..  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.skillsmalaysia.gov.my/

P/S : Saya belum layak untuk menyertai mana-mana pertandingan yang disenaraikan di atas. Setakat ini baru layak untuk menyertai Contest SEO, Itupun belum tentu boleh menang.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra