Selasa, 29 Oktober 2013

Isteri saya di Paksa menerima sekeping lagi Cek daripada Syarikat MLM

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini isteri saya dipaksa menerima lagi sekeping cek daripada Sebuah syarikat MLM yang beliau sertai... Beliau menyertai syarikat MLM tersebut, disebabkan nak jaga hati kenalan yang mempromosikan syarikat MLM tersebut kepada kami... Untuk maklumat lanjut, boleh baca entri berjudul Sekeping Cek daripada Syarikat MLM untuk isteriku.. 

Selepas mendaftar menyertai Syarikat MLM tersebut, isteri saya hanya pernah membeli sekali sahaja... Dan hasilnya dapatlah cek pertama bernilai RM90.32..

Selepas itu isteri saya dah tak pernah membeli, malah jarang menghubungi atau berjumpa dengan upline beliau... Sebenarnya isteri saya cuba untuk mengelak daripada berjumpa dengan upline beliau disebabkan setiap kali berjumpa, pasti upline beliau akan mempromosikan produk-produk MLM yang dijual...  


Walaupun dah lama tak pernah membeli dan tak pernah mencari Downline, tetapi tetap ada cek sampai ke rumah... Dengan erti kata lain Isteri saya di paksa menerima sekeping lagi Cek daripada Syarikat MLM...

Kata orang rezeki jangan di tolak dan musih jangan di cari... Dah terang-terang nama isteri saya tertera di atas cek tersebut.. So apa tunggu lagi, hantar jer ke bank untuk di cashkan... 

Walaupun nilainya tidaklah terlalu banyak... Cuma RM33.45, tetapi duit juga tu... Siapa nak bagi duit Percuma macam ni... Betul tak? Boleh juga gunakan duit ini untuk mengisi minyak Petrol untuk kegunaan selama 2-3 hari... 



Saya dan isteri menjangkakan cek ini diperolehi disebabkan, Upline beliau yang tolong mencarikan Downline...  dan juga menggunakan akaun isteri saya untuk membuat pembelian... 

Hihihi... Ada juga Upline yang gigih macam ni... Bagus, bagus, bagus... Teruskan nilai-nilai murni tersebut... Kami berharap semoga ada lagi cek dengan nilai yang lebih besar diposkan kepada kami selepas ini... Syukur Alhamdulillah... 


Jadilah... Itu sahaja perancangan yang dapat kami lakukan setakat ini untuk pelaburan masa hadapan anak-anak kami... 


9 ulasan:

  1. hoho..tahniah..dapat rezeki terpijak tu namanya.

    BalasPadam
  2. usaha mesti ada masyuk alhamdulilah

    BalasPadam
  3. kalau orang bagi duit, kita terima je..hhehe

    BalasPadam
  4. ini dinamakan rezeki datang melayang

    BalasPadam
  5. Bab paksa macam ni rasanya tak best ni..kan bro?haha..ni lah best MLM..

    BalasPadam
  6. Jangan nanti ada yg tersirat bro, mlm ni penuh dgn tersirat

    BalasPadam
  7. apa nama syarikat MLM tu yea.....?

    BalasPadam
  8. bagus betul ada upline camnih...upline nak carik bonus downline banyak tu...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra