Ahad, 17 Mac 2013

Sekeping Cek daripada syarikat MLM Untuk Isteri Ku...

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Betapa seronoknya isteri saya apabila buat pertama kali dalam hidupnya menerima sekeping cek daripada sebuah Syarikat MLM (Multy Level Marketing)... Walaupun beliau cuma mendaftar untuk menjadi agen MLM dan membeli dua barang sahaja.. 

Cek pertama yang diterima isteri saya daripada syarikat MLM 


Syukur Alhamdulillah... Walaupun cuma RM90.32, tapi masih mampu membuatkan isteri saya tersenyum....

Untuk pengetahuan anda, isteri saya sebenarnya seorang yang tidak berminat untuk berniaga Direct Selling atau dalam syarikat MLM.. Walaupun beliau percaya ada orang boleh menjadi kaya raya malah menjadi jutawan dengan menjalankan pernigaan ini... Sebagai contoh Dato' Dr Azman Ching yang terkenal sebagai jutawan MLM yang turut menulis buku dan memberi motivasi kepada ramai usahawan MLM.. (Saya pernah membaca buku tulisan beliau).. Tetapi isteri saya tidak percaya semua orang boleh senasib baik seperti Dato' Dr Azman Ching  dan Jutawan MLM yang lain... 

Tetapi nak dijadikan cerita, pada bulan Januari yang lalu kami bertandang ke rumah jiran emak saya di Kampung.. Semasa tengah rancak bersembang, tiba-tiba anak jiran tersebut menukar topik perbualan kami ke topik MLM... Beliau terus mempromosikan barang jualan syarikat MLM yang beliau sertai.... Saya dan isteri ni biasalah... Bila orang dah bersungguh nak menjual barang macam tu, kalau tak ambil tak sampai hati... Lagipun jiran tu, sangat baik dengan emak saya... Kebetulan pula emak saya ada sekali pada ketika itu....

Untuk mengambil hati anak jiran saya (kak Siti Aminah), kami bersetuju untuk menjadi ahli dengan bayaran RM68.00... 


Resit Pendaftaran Keahlian untuk menjadi Pengedar Syarikat MLM

Kad Keahlian sebagai pengedar syarikat MLM..

Bila dah menjadi ahli, dapatlah kad keahilan dan sekotak Kit Perniagaan yang mengandungi Buku Prospek, Buku-buku Katalog, 3 keping CD promosi perniagaan, Buku Panduan Perniagaan syarikat, Kad Saiz Cincin, Pengukur Saiz Pergelangan, Borang permohonan Had Pengedaran, Kod Etika Persatuan Jualan Langsung Malaysia, Senarai harga pengedar dan sebagainya...  Banyaknya barang....

Bila dah jadi ahli, boleh beli barang dengan harga yang murah... Dalam banyak-banyak barang Zhulian, isteri saya tertarik dengan set Kerongsang yang berkualiti... Jadi, isteri saya pun ambillah dua set kerongsang yang menarik hati beliau.. Beli tau, bukannya ambil percuma.. ;)

Inilah dia resit pembeliannya....


Kos keseluruhan yang isteri saya keluarkan ialah:

Mendaftar Perniagaan             = RM68.00
Membeli Kerongsang (BH8809) = RM 72.00 
Membeli Kerongsang (BH8810) = RM180.00

Jumlah = RM 320.00

Selepas itu, isteri saya langsung tidak pernah menemui "Upline" beliau mahupun mempromosikan perniagaan... Kit perniagaan tersebut, masih tersimpan rapi dan tak sempat pun nak baca...

Selepas sebulan, tiba-tiba emak saya bagi tahu, isteri saya dapat sekeping cek bernilai RM90.32 daripada syarikat MLM yang beliau sertai... Biar betul... Takkanlah semudah itu, boleh dapat cek... Bila difikirkan balik memang tak masuk akal... Promosi pun tidak, caro Dowline pun tidak... Yang pasti memang tak ada langsung kami menjual sebarang produk syarikat...

Tetapi bila kami pulang ke kampung... memang betul, isteri saya dapat cek seperti yang diberitahu oleh emak saya... Cek bernilai RM90.32 tersebut disebabkan oleh bonus perniagaan yang diperolehi????

Bonus Perniagaan = RM90.32   (28% daripada duit yang telah dikeluarkan)

Berjaya mendapatkan kembali 28% daripada duit yang telah dikeluarkan Hasil pembelian 2 unit kerongsang... Syukur Alhamdulillah...

Gambar Koleksi Kerongsang 1

Gambar Koleksi Kerongsang 2

Gambar Koleksi Kerongsang 3

Gambar Koleksi Kerongsang 4

Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang syarikat MLM tersebut, sila klik di sini

Ataupun sekiranya anda nak tahu kualiti Kerongsang keluaran syarikat ini berbanding yang sedia ada di pasaran, boleh hubungi isteri saya menerusi Facebook beliau dengan klik di sini  

7 ulasan:

  1. haha tahniah utk wife.. daku dengan Zhulian telah tinggal kenangan..tak penah dapat cek pun. huuu.. skrg lebih selesa n seronok buat Shaklee ;))

    BalasPadam
  2. tahnaih..sy pn hepi gak bila dpt duit ni walau sikit..hehehe

    BalasPadam
  3. sekurangnya..bini rasa berbaloi masuk zhulian nih. hehe

    BalasPadam
  4. mmg btol zhulian cam tu...
    dulu pnah dapt beratus...byk kali tp skrg dh tk wat lg....

    BalasPadam
  5. kah3...seronok dgn lakunan mlm......yaaaaa laaa serrupa juga dimana2 beli barangan terus dapat diskau......duit hampa sendiri tuuuu yg diberi balik sebagai galakan utk hampa semua kena rajin2 p jual barangan depa.......cuba lepas ni dok saja dan xjual2 sebiji barangan pun.....dia nak bagi kaaaaa lg cek tuuuu.

    BalasPadam
  6. Zhulian is your best choice ..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra