Sabtu, 10 Ogos 2013

Pengalaman mencuci Kereta dekat Snow Wash (Cuci Kereta Automatik)

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum hari raya, kena cuba kawal budjet perbelanjaan... Maklumlah banyak duit nak pakai.. Nak beli keperluan hari raya.. Beli baju, kuih-muih, bagi duit raya dan sebagainya....

Disebabkan nak kawal budget, seboleh-bolehnya nak basuh kereta sendiri.. Tapi kalau dah malas cuci sendiri terpaksa hantar ke kedai... Upah basuh kereta dekat kawasan tempat tinggal saya biasanya RM10 untuk cuci kereta luar dalam..

Semasa ada kesempatan pergi ke Teluk Intan, Perak (Kampung Abang Ensem) saya cuba cari kedai basuh yang menawarkan perkhidmatan termurah... Di mana lagi kalau bukan Snow Wash, yang terletak berhampiran dengan Giant, Teluk Intan... Dah lama dah perhatikan kedai ini, tapi belum kesempatan nak berkunjung ke sini.. Tapi kali ini, kena masuk juga.. Sebab nak save budget...


Pusat Cuci Kereta Automatik : RM4.00 untuk sebuah kereta

Hmm.. RM4.00 sahaja untuk mencuci sebuah kereta... Murah... Tapi untuk cuci kereta luar sahaja.. Belum masuk polish tayar, dan Vakum dalam kereta...  


Kereta menunggu giliran untuk di cuci

Tempat service yang lain sepeti Vacume, Vax dan Polish

Giliran kereta saya semakin hampir..

Tinggal lagi 2 kereta, sebelum sampai giliran saya.. 

Service cuci enjin pun ada... Cuci Enjin RM15.00

Sampai giliran saya...

Tak nampak apa-apa dah... Tolong...

Tunggu dan terus menunggu...

Kena freekan Gear.. Supaya kereta dapat digerakkan secara automatik...

Convayer menggerakkan kereta secara automatik... 
Kemudian ada pengelap berpusing membersihkan kereta

Tak tahu apa yang berlaku di luar...

Dapat melihat ke luar dalam keadaan samar...


Alamak... Bateri HP tak ada... Lupa nak cas... Selepas kereta selesai di cuci, kita boleh bayar RM4.00 dan terus meninggalkan kedai ini... Atau kita juga diberi pilihan sekiranya memerlukan perkhidmatan yang lain seperti:

  • Polish tayar : RM1.00
  • Vakum         : RM4.00
  • Cuci Kusyen : RM120.00
  • Cuci Enjin   : RM15.00
  • Wax           : RM50.00
  • Polish        : RM120.00


Harga untuk perkhidmatan yang ditawarkan bagi Pajero dan MPV adalah berbeza dengan harga cuci kereta biasa.. Berikut disenaraikan harga untuk perkhidmatan bagi Pajero dan MPV:

  • Cuci Kereta : RM6.00
  • Polish tayar : RM1.00
  • Vakum         : RM5.00
  • Cuci Kusyen : RM150.00
  • Cuci Enjin   : RM15.00
  • Wax           : RM80.00
  • Polish        : RM180.00

Pada hari tersebut, saya hanya menggunakan 3 perkhidmatan sahaja.. Iaitu Cuci kereta, Polish tayar, dan Vakum... Kena bayar RM9.00 sahaja.. Jimat RM1.00.. hehehe

4 ulasan:

  1. Kami pakar mencuci seat kereta dan carpet kereta..boleh cuci dirumah anda atau di kedai kami..harga yang tersangat murah..tempoh kering cepat..call/whatsapp sy 0137062192 atau follow page kami fb.me/emkfhygiene

    BalasPadam
  2. Saya pelanggan tetap kat sini, terutama kalau balik kg bahagia

    BalasPadam
  3. Macam haram jadah je cuci kat menatang ni. Cuci menda tah. Takat basah.boh sabun.gosok ala kadar. Endingnya baik aku suruh budak skolah rendah cuci. Lagi bersih. Memang owner yang x jaga pekerja buat keja.ibarat makan duit haram.aniaya orang. Mohon tutup jela perniagaan kalau nak keja cincai.

    BalasPadam
  4. Macam haram jadah je cuci kat menatang ni. Cuci menda tah. Takat basah.boh sabun.gosok ala kadar. Endingnya baik aku suruh budak skolah rendah cuci. Lagi bersih. Memang owner yang x jaga pekerja buat keja.ibarat makan duit haram.aniaya orang. Mohon tutup jela perniagaan kalau nak keja cincai.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra