Khamis, 1 Ogos 2013

Masihkah ada peluang untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar?

with 7 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada malam ini kita akan melangkah malam ke 24 Ramadhan... Ini bermakna ada lebih kurang 6 hari sahaja lagi kita berada di Bulan Ramadhan... sebelum seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..  

Pada ketika ini suasana hari Raya semakin mula di rasai... Iklan Hari Raya sudah mula ditayangkan di sana-sini... Semua orang sudah mula sibuk membuat persiapan hari raya... Ada diantara kita yang terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sehingga terpaksa mengabaikan ibadah-ibadah yang sebelum ini kita pelihara rapi pada awal Ramadhan... Alasannya ialah sebab nak raya... nak kena buat persiapan untuk menghias rumah, baju raya, kuih raya, persiapan itu, persiapan ini dan sebagainya...  


Inilah sebenarnya dugaan terbesar yang sedang dihadapi oleh sebahagian besar umat islam bila tiba saat-saat menjelang hari Raya... Sedangkan pada waktu inilah kita disarankan untuk memperbanyakkan amal ibadah, supaya berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar... 

Bila difikirkan balik, barulah saya faham... Kenapa kita semua begitu susah untuk bertemu dengan malam lailatul Qadar, walaupun secara logiknya malam tersebut ada pada setiap tahun... Sebabnya pada ketika itu kebanyakan hati dan minda kita lebih memikirkan persiapan hari raya dan kemeriahan hari raya berbanding berusaha untuk menambahkan amal ibadah.... 

Masihkah ada peluang untuk Bertemu dengan Malam Lailatul Qadar?

Setakat ini kita baru melalui 2 malam ganjil dalam senarai 10 malam terakhir Ramadhan.. Iaitu malam yang ke 21 dan malam yang ke 23 pada malam tadi...


Pada malam ke 21 tidak ada langsung tanda-tanda yang menunjukkan malam tersebut adalah malam lailatul Qadar...  Tetapi pada malam tadi setelah selesai melaksanakan Solat Terawikh dan sewaktu sedang enak menikmati santapan "More", saya dapati ada sedikit tanda-tanda yang menunjukkan malam tadi adalah malam lailatul Qadar.... Ini kerana pada malam tadi suasana tenang dan tenteram... Daun-daun pokok bergoyang walaupun tiada angin kuat yang bertiup...

Apabila terdapat tanda-tanda tersebut... Sebaik sahaja pulang ke rumah, saya sempat menulis sesuatu di Wall Facebook saya...



Terdapat tanda-tanda awal malam lailatul Qadar seperti yang diperkatakan oleh Rasulullah menerusi dua hadis seperti berikut:


 Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist Hasan)


Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. (HR. Ahmad)

Pada ketika itu, hati dah rasa begitu gembira seandainya benarlah malam tadi adalah Malam lailatul Qadar.. Malam yang lebih baik daripada Seribu Bulan... Malam yang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam... Seandainya benarlah itu malam lailatul Qadar, saya akan cuba berjaga malam untuk bermunajat dan memohon doa bagi meluahkan hajat di hati.... 

Tetapi kira-kira pukul 12.00 malam, saya pergi ke luar rumah sebentar untuk melihat suasana persekitaran... Pada ketika itu saya dapati tanda-tanda yang menunjukkan malam Lailatul Qadar sudahpun tiada... Dan apabila hari menjelang siang, matahari terbit seperti kebiasaannya... Memancarkan cahaya yang agak panas...  Jadi, jelas terbukti bahawa malam tadi bukanlah malam lailatul Qadar...


Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)


Ini bermaksud kita masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan malam lailatul Qadar... Kita masih ada lagi 3 malam Ganjil yang menjadi debaran.. Iaitu pada malam ke 25, 27 dan 29 Ramadhan.... Sama-samalah kita nantikan kehadiran Malam Lailatul Qadar...

Sebelum sampainya malam tersembut, marilah kita bersama-sama membuat persiapan rapi ke atas diri kita, antaranya:

  • Melaksanakan Solat Terawikh.. Sebaik-baiknya lakukanlah secara Berjemaah 
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran.. Kalau boleh baca Al-Quran sehingga Khatam..
  • Lakukan Qiamullalil dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti Tahajud, Tasbih, Taubat, Hajat, dan sebagainya
  • Laksanakan Solat-Solat Fardhu secara berjemaah
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Sekiranya berkemampuan.... beri orang makan sewaktu berbuka puasa
  • Laksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain

Ya... Inilah antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan supaya berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar... Malam di mana doa kita lebih mudah untuk dimakbulkan...

Sekiranya kita pernah berdoa memohon pelbagai hajat yang sangat diperlukan, tetapi sehingga sekarang doa kita masih belum lagi dimakbulkan... Marilah kita cuba rebut peluang keemasan ini... Manalah tahu kita dapat berpeluang berdoa pada malam Lailatul Qadar dan hajat kita akan dimakbulkan... 

Bukannya lama pun... kita cuma perlu korbankan sedikit masa dalam beberapa hari sahaja lagi...  



Dalam satu ceramah agama yang pernah saya hadiri,  ada seorang Ustaz  memberitahu:


"Menurut kebanyakan ulama, Lailatul Qadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadan. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama  yang mengira malam Lailatul Qadar berdasarkan hari permulaan puasa."

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-29 Ramadhan   
  • Isnin = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-21 Ramadhan
  • Jumaat atau Selasa Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-27 Ramadhan
  • Khamis = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-23 Ramadhan

Pada tahun ini kita mula berpuasa (1 Ramadhan) pada 10 Julai 2013, iaitu pada hari Rabu.. Sekiranya kita mengikut pendapat ulama seperti di atas, malam Lailatul Qadar berkemungkinana jatuh pada 29 Ramadhan..


Tetapi itu berdasarkan pendapat ulama tertentu.. Melalui pendapat tersebut secara tidak langsung menjadikan kita lebih bersedia pada setiap malam ganjil, 10 hari terakhir Ramadhan..

Jadi kepada anda yang berhajat untuk menikmati suasana malam Lailatul Qadar, marilah kita bersama-sama mengisi 10 malam terakhir Ramadhan dengan amal ibadah sepanjang malam.. 

Lupakan seketika kesibukan memikirkan sambutan Hari Raya pada malam hari... Sebaliknya menggunakan masa-masa tersebut untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah melebihi daripada hari-hari sebelumnya...

Jadi, rugilah kalau kita melepaskan peluang keemasan ini.. Sekiranya kita terlepas peluang pada tahun ini, mungkin kita terpaksa menanti setahun lagi untuk berusaha menikmati malam Lailatul Qadar..

Sekiranya kita berjaya mendapatkan malam lailatul Qadar pada tahun ini, kita disarankan supaya membaca doa seperti dalam gambar di bawah:



Sumber : Klik Di Sini



Dan juga melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti berikut:

1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat 
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali 
5. Berzikir: 
  - La ila ha illallah (1000 kali) , 
  - Laila haillallah Muhammadul Rasulallah (300 Kali), 
  - Allahhuakbar (300 kali)

6. Bertasbih: 
 - Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem (300 kali)
  - Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim (300 kali)
  - Subhanarob biyal a’ala wabihamdih (300 kali)
  - Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih (300 kali)

7. Selawat ke atas Nabi (100 kali atau 1000 kali)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

Semoga amal Ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman menikmati malam Lailatul Qadar, jom kongsikan pengalaman anda di sini.. Diharap dengan pengalaman yang anda kongsikan, akan dapat menaikkan semangat rakan-rakan seagama Islam yang lain untuk memperbanyakkan amal Ibadah menjelang malam-malam terakhir di bulan Ramadhan.. 

7 ulasan:

  1. Semoga kita dapat menemui keberkatannya

    BalasPadam
  2. semoga kita akan berjumpa dgn malam lailatul kadar..InsyaALLAH

    BalasPadam
  3. teringin sangat bertemu dengan malam lailatul qadar..

    BalasPadam
  4. semoga benar dengan tanda-tanda ni dan semoga ibadah kita diterima yang Maha Esa

    BalasPadam
  5. kalau kita usaha mencari, inshAllah.. Allah sengaja merahsiakan tarik malam tersebut kepada hambanya

    BalasPadam
  6. Kebetulan ada tazkirah hari Jumaat ada menyentuh malam Lailatul Qadar. Ada peluang.

    BalasPadam
  7. amin dan semoga alam ibadat kita mendapat keredhaanNya.

    kakiblog recently posted:10 Blogger Popular Julai 2013

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra