Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013 : "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru seluruh Malaysia.. Dan setiap tahun kita pastinya akan menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan yang tidak terhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru di Malaysia. 


Jasa seorang guru begitu besar kepada diri kita...  Walaupun guru tersebut hanya mengajar  kita A,B,C dan mengira 1,2,3.. Tanpa ilmu yang di ajar oleh mereka, belum tentu kita dapat mencapai apa yang ada pada diri kita sekarang ini.. Cuba kita sama-sama renungkan..

Disebabkan itu, kita harus mengucapkan terima kasih kepada mereka... Terima kasih Cikgu.. Tanpamu siapalah aku.. ;)

Tidak kiralah mereka merupakan guru sekolah Tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah pondok dan pensyarah-pensyarah IPT.. Asal sahaja profesion mereka mengajar, mereka layak untuk digelar guru dan layak menerima ucapan Selamat hari Guru daripada seluruh rakyat Malaysia.. 

"SELAMAT HARI GURU, CIKGU... 
HALALKANLAH SEGALA ILMU YANG TELAH ENGKAU CURAHKAN KEPADAKU,
MAAFKANLAH KESALAHANKU SEANDAINYA AKU PERNAH MENYAKITI HATIMU,
JASA DAN PENGORBANANMU DISANJUNG TINGGI
AKAN KUKENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..

SELAMAT HARI GURU, CIKGU...
TERIMA KASIH KERANA BERSABAR MENDIDIK AKU SELAMA INI,
SEHINGGA MENJADIKAN AKU SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA KEPADA KELUARGA, AGAMA BANGSA DAN NEGARA...  
TANPAMU SIAPALAH AKU..

AKU BUKANLAAH SEORANG SENIMAN YANG PANDAI BERMADAH,
AKU JUGA BUKANLAH SEORANG PEMUZIK YANG PANDAI MENULIS PUISI,
TETAPI JAUH DISUDUT HATIKU,
AKU PERLU MELAFAZKAN KALIMAH INDAH INI..
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DI ATAS JASAMU MENDIDIKKU..
SELAMAT HARI GURU.... CIKGU..."


Tema Sambutan Hari Guru 2013 : 


"Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda"


Tema sambutan Hari Guru pada tahun 2013 ialah "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda".             

1 Aspirasi bermaksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan:
  • Kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, 
  • Kesaksamaan untuk semua pelajar tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi, 
  • Memupuk perpaduan dan memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 

Manakala 1 Agenda pula membawa maksud semua guru perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan, yang mempunyai satu agenda atau tugas utama dalam melahirkan pelajar yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Sememangnya diakui semakin besar cabaran menjadi seorang guru ini.. Lebih-lebih lagi dalam era teknologi ini, yang mana segala maklumat berada di hujung jari.. Tugas dan pernanan seorang guru perlu seiring dengan kecanggihan teknologi tersebut, supaya tidak dianggap sebagai ketinggalan zaman.. 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua rakyat Malaysia yang bertugas sebagai seorang pendidik.. Terutamanya isteri dan ayah mertua saya.. Antara guru yang paling saya hormati dan saya sayangi..

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru sekolah lama dan pensyarah-pensyarah di tempat saya belajar iaitu:

1) Sekolah Kebangsaan Kayan, Lekir, Setiawan, Perak (1988-1990)
2) Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg. Gajah, Perak (1991)
3) Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah, Perak (1992-1993)
4) Sekolah Menengah Dato' Seri Maharajalela, Kg. Gajah, Perak (1994-1996)
5) Sekolah Menengah Teknik Sri Manjung, Manjung, Perak (1997-1998)
6) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (Kini UTHM) (1999-2005)

Puisi ini ditujukan khas buat anda semua..

"Cantik seorang guru kerana kejernihan wajah,
Manis seorang guru kerana senyuman indah,
Ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriah,

Hebatnya seorang guru kerana kesabaran hakiki,
dan Mulia seorang guru kerana keikhlasannya yang indah..
Selamat hari Guru.. ;)"


4 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra