Ahad, 21 April 2013

Masa Terbaik Untuk Membeli Emas Dan Perak

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Semalam saya pergi ke JUSCO Kinta City, Ipoh bersama isteri.. Semasa lalu dekat depan kedai emas Poh Kong, saya dapati ramai pelanggan masuk ke kedai tersebut, untuk window shopping terhadap emas-emas yang dijual.... 

Fenomena seperti ini sebenarnya jarang-jarang berlaku... Tetapi mungkin disebabkan harga emas tengah murah sekarang ni, pasti ramai yang berminat untuk menambah aset pelaburan peribadi mereka.. ;)


Ya betul... Inilah masa terbaik untuk kita membeli emas... Dan menjadikan Pelaburan Emas sebagai sebagai salah satu cabang pelaburan kita... Graf di bawah menunjukkan harga emas dunia dalam tempoh 30 hari... Kejatuhan harga emas paling rendah ialah pada 15 April 2013 pada harga USD 1352.60/Oz..



Diharap harga emas dapat terus bertahan pada sekitar harga pasaran tersebut sehingga ke bulan Mei nanti... Supaya lebih ramai orang terutamanya kakitangan kerajaan berpeluang untuk membeli pada harga yang murah.. (Gaji kakitangan kerajaan masuk pada 25 April 2013, sumber Klik Di Sini)

Berdasarkan tinjauan terhadap kenaikan harga emas dalam tempoh 20 tahun dan dalam tempoh 40 tahun.. Harga emas sekarang menunjukkan penurunan yang agak tinggi, jika hendak dibandingkan dengan kenaikannya sebelum ini..

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini


Jadi, masa ini merupakan masa yang sangat baik untuk membeli emas... Supaya kita boleh menikmati keuntungan yang sangat baik dalam pelaburan apabila harga emas kembali melonjak naik...  Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pelaburan Emas, saya syorkan anda Klik Di Sini


Selain emas, harga pasaran Silver dunia juga turut menunjukkan penurunan yang agak besar.. Jadi, sekiranya anda merasakan kurang berkemampuan untuk membeli emas dalam kuantiti yang banyak, anda mungkin boleh menjadikan silver sebagai salah satu cabang pelaburan anda.. Bak kata pepatah dalam bidang pelaburan, kita kena bijak mengukur baju di badan sendiri...  Melaburlah mengikut kemampuan kita...

Graf harga Silver dunia dalam tempoh 30 hari.. 

P/s: Sekiranya berminat nak tahu bagaimana menentukan harga segram emas semasa dengan merujuk kepada harga pasaran emas dunia, sila klik di sini

1 ulasan:

  1. Harga emas di ipoh (penang myb jgk) tak ikut hg semasa. Persatuan sepakat rm150/g tp semasa rm138/g.Nk murah gi kL.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra