Khamis, 10 Januari 2013

Harga Emas Dan Silver Jatuh Lagi..Masa bila nak untung ni?

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semenjak saya mendapat info daripada Brader ini, tentang pelaburan emas... Hampir setiap hari sekiranya berkesempatan, saya akan mengikuti perkembangan harga pasaran emas dunia...

Seronok rupanya melihat prestasi harga pasaran emas dunia ini... Sekejap naik, dan sekejap turun... Hampir sama macam melihat graf pasaran saham, yang kerap kali ada naik turunnya..

Pada hari ini, harga emas masih berada di paras rendah.. Sekiranya kita langsung tiada ilmu tentang pelaburan Emas dan Perak.. Tentu kita akan mengatakan: 

"Harga Emas Dan Silver Jatuh Lagi..Masa bila aku nak dapat untung ni?"

Tetapi, berdasarkan info yang saya terima melalui Brader ini, semasa harga emas jatuh, merupakan masa yang paling sesuai untuk kita membeli emas.. 

Para pelabur emas sentiasa termotivasi dengan senario keadaan pasaran Harga Emas dunia semenjak tahun 1990 sehingga sekarang, yang telah memberikan keuntungan pelaburan yang cukup memberangsangkan...  Nilai keuntungan tersebut, ternyata jauh lebih tinggi berbanding keuntungan pelaburan dalam ASB (klik di sini)

Harga Emas Dunia pada hari ini (10 Januari 2013) ialah USD 1656 per ounce... Merujuk kepada Bank pertukaran wang mata wang dunia di bank Negara :
 "1 U.S. Dollar = 3.0395 [buying],  3.0430  [Selling]"
Nota : 1 Ounce =  28.35 gram 

Dengan info yang diberikan, saya harap anda boleh kira sendiri berapa harga emas segram dalam USD Dollar dan convertkan nilai tersebut kepada harga dalam Ringgit Malaysia..

Sumber : kitco.com

Berdasarkan harga emas terkini yang di keluarkan oleh Maybank (Akaun pelaburan Emas), menunjukkan harga jualan RM165.36/gram.. Manakala harga belian emas terkini ialah RM158.49/gram..

Sumber : Maybank2u

Harga Perak terkini yang dikeluarkan oleh Maybank (Akaun Pelaburan Perak) menunjukkan sedikit peningkatan, iaitu RM3.11 segram. Manakala graf prestasi harga Perak dunia kelihatan lebih stabil berbanding graf prestasi harga emas dunia.

Sumber : kitco.com

Berdasarkan info yang saya perolehi mengenai jangkaan pakar analisis emas dan juga jangkaan bank terkemuka dunia, mereka yakin harga emas akan melambung naik sehingga mencecah RM232.80/gram. Walaubagaimanapun, berdasarkan pendapat Encik Sunthara Segar:
"Kebanyakan juruanalisis boleh membuat pelbagai andaian yang berbeza dengan jurualanisis yang lain, disebabkan mereka menggunakan Technical Analysis terhadap emas pada julat masa tertentu"

Tapi kenaikan harga emas tersebut, tak mustahil boleh berlaku khasnya bila terdapat pemulihan ekonomi dunia. Berdasarkan pemerhatian saya, Bulan Januari 2013 ini adalah masa paling sesuai untuk mengumpul seberapa banyak gram emas yang  mampu dibeli. Biasanya harga emas akan kembali melambung naik, selepas perayaan tahun baru Cina.. Jadi, sebelum perayaan Tahun Baru Cina ni ada kemungkinan besar harga emas akan semakin jatuh..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pelaburan emas, saya syorkan anda Klik Di Sini


3 ulasan:

  1. masa jatuh ni la beli wehh. haha..

    BalasPadam
  2. Jual beli emas.. 100% perniagaan yang dikawal oleh nasib. Kalau nasib baik, naiklah.. kalau tak tunggu je la.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra