Sabtu, 9 Mac 2013

Teknik Pemasaran 5 – Pemasaran Unik (Unique Selling Proposition) – USP

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita bersambung lagi pada teknik pemasaran yang seterusnya... Iaitu Teknik pemasaran ke 5... Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit info tentang Pemasaran Unik atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai "Unique Selling Proposition" (USP)... Saya telah menggunakan teknik ini ketika menjual Baby Land Cloth Diapers kira-kira dua tahun lepas... Dan alhamdulillah.... Walaupun blog jualan saya buruk, tetapi saya berjaya menjual hampir 150 unit Baby Land Cloth Diapers dengan bantuan teknik pemasaran ini...




"Unique Selling Proposition" (USP) merupakan salah satu teknik pemasaran yang akan membezakan anda daripada pesaing anda. Mari kita lihat sepintas lalu contoh – contoh pemasaran unik atau USP :

1) Harga Terendah 

Sentiasa mempamerkan harga terendah dan sentiasa dijadikan perbandingan. 

Contohnya di Malaysia, supermarket Giant yang sentiasa mengamalkan harga terendah dipasaran. Giant terkenal dengan tagline “Bandingkan Harga Kami”. Semasa saya menjual Baby Land Cloth Diapers, saya dapati kebanyakan penjual menjualnya pada harga RM30 seunit... Pada awalnya saya juga turut menawarkan harga yang sama untuk satu unit, dan harga tersebut semakin berkurangan untuk pebelian dalam kuantiti yang banyak.. Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Pada ketika itu, sambutan memang ada.. Tetapi kurang menggalakkan... Saya hanya mampu menjual kira-kira 30 unit sahaja Baby Land Cloth Diapers.. Selepas itu, susahnya nak menghasilkan jualan... Maklumlah, saya tidak mempunyai teknik pemasaran melalui email seperti berikut... Yang membolehkan kita mengumpul sebanyak mungkin senarai email pengunjung, untuk tujuan pemasaran...

Nama penuh
E-mail address







Masa tu saya terfikir... "Takkan saya nak biarkan begitu sahaja"... Macamana saya nak habiskan dengan secepat mungkin Stok Baby Land Cloth Diapers ini?" ... Hasil daripada pembacaan, mujur pula saya terjumpa teknik ini... Ya, Betul... Saya perlu menurunkan harga Baby Land Cloth Diapers, yang jauh meninggalkan pesaing lain... Tetapi berapa peratus harga yang berjaya saya kurangkan? Untuk maklumat lanjut, anda klik di sini

Tentu anda terkejut dengan harga yang saya tawarkan... Hasilnya, jualan meningkat 2-3 kali ganda sehingga akhirnya saya mampu menghabiskan kesemua stok jualan... Siap dapat "order' lagi selepas itu...  Tetapi sayangnya tempat kerja baru saya berjauhan daripada pejabat pos, jadi saya menghadapi kekangan untuk mengeposkan "order" yang saya terima... Disebabkan itu, saya tidak lagi menjual Baby Land Cloth Diaper..

"Boleh untung ker, ko kurangkan harga sebanyak itu?" Tanya seorang sahabat

"Untung tu tetap ada, tapi takderlah sebanyak mana" Jawab saya

"Berapa ringgit ko beli sehelai Baby Land Cloth Diapers?" Tanya sahabat saya lagi..

"Aku dapat RM14 seunit disebabkan aku beli dalam kuantiti yang banyak" Balas saya lagi

"Patutlah ko berani turunkan harga sebanyak tu... Rupanya masih lagi dapat untung.. Dan yang penting ko mampu mengalahkan pesaing lain... Tahniah"

"Terima kasih"

Itulah antara pengalaman saya menawarkan harga terendah kepada pelanggan...


2) Kualiti Tertinggi 

Dengan kualiti produk yang tinggi, senang – senang sahaja anda meninggalkan pesaing anda. 

Contohnya, anda menjual kain batik dan bersaing dengan pengedar kain batik yang lain. Kain batik yang anda jual merupakan hasil buatan tangan yang asli manakala pesaing anda menjual kain batik cetakan kilang. Sudah tentu kain batik anda mendapat sambutan kerana ianya asli buatan tangan.

Percayalah... Walaupun barang asli yang anda jual, mungkin agak mahal berbanding pesaing lain.. Tetapi anda jangan khuatir... pengguna lebih bijak menilainya... ;)


3) Khidmat Pelanggan Yang Baik 

jika anda mampu menyediakan khidmat pelanggan yang ‘superb’, tiada sebab untuk pelanggan tidak memilih anda!

Disebabkan itu, dalam perniagaan online "Sevice" perlu tip-top terutamanya "service" penghantaran.. Dalam Teknik pemasaran ke 4, saya ada kongsikan bagaimana untuk meyakinkan pelanggan bahawan anda mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka... Sekiraya anda ketinggalan untuk membaca teknik pemasaran ke 4, saya syorkan anda klik di sini

Setelah anda membaca teknik Pemasaran ke 4, mungkin anda mempunyai klue kenapa saya tidak lagi menjual Baby Land Cloth Diapers... ;)

4) Contoh pemasaran USP yang lain

Selain 3 teknik USP di atas, terdapat lagi beberapa contoh teknik USP yang dapat saya kongsikan.. Tetapi secara jujurnya, saya tidak pernah menggunakan teknik ini.. Walaupun tekni ini memang wujud dan dipraktikkan oleh beberapa orang usahawan internet... Contohnya:

  • Kami adalah satu – satunya syarikat penyelenggaraan kenderaan yang akan membeli kereta anda jika anda tidak berpuashati dengan penyelenggaraan kami.
  • Penghantaran dijamin dalam masa 30 minit, atau kami pulangkan wang anda dua kali ganda!
  • Tidak ada syarikat lain yang sanggup menanggung kos penerbangan anda kecuali kami!
  • Resipi yang kami miliki sangat istimewa, hanya 3 orang sahaja didunia ini yang mengetahuinya.


Dalam mencipta USP, sebenarnya ia lebih menjurus kepada hasil kajian dan pemerhatian terhadap produk. Untuk menerangkan hal ini lebih lanjut, saya berikan anda contoh dan illustrasi berikut:

Anda merupakan seorang penjual lampin pakai buang kanak – kanak. Anda mahu membuat sedikit kajian tentang produk yang sedia ada di pasaran, dan juga sambutan dari pada para pelanggan. Selepas selesai menjual 50 unit lampin ini anda mendapati 75% daripada ibu bapa mengadu bahawa lampin yang anda jual hanya bertahan 6 jam sahaja, kemudian bocor. Manakala produk jenama syarikat lain yang terdapat di pasaran juga mempunyai masalah yang sama malah ada yang lebih teruk daripada itu... Ini merupakan satu pertimbangan yang serius bagi ibu bapa kerana mereka tidak mahu bangun malam hanya untuk menukar lampin.. Dalam masa yang sama ianya boleh juga menyebakan ruam kepada anak – anak mereka. 


Jadi, dalam pengiklanan anda harus menekankan isu ini:

“Anda boleh pasti bahawa lampin kami mampu bertahan hingga 6 jam tanpa berlaku sebarang kebocoran kerana lampin kami direkabentuk dengan 3 lapisan telap air. Ia juga mampu memelihara kulit bayi anda daripada ruam. Tiada pengedar lain yang menawarkan jaminan seperti kami”

Ataupun anda terus mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah tersebut... Inilah salah satu penyebab kenapa semakin banyak Cloth Diapers pelbagai jenama berjaya menembusi pasaran barangan untuk bayi pada hari ini... ;) 

Lihat, dengan USP anda sudahpun mampu mendahului pesaing anda dalam bidang penjualan barangan untuk baby!

4 ulasan:

  1. perkongsian yang menarik

    BalasPadam
  2. wah bagus ni, bolehlah diaplikasikan untuk projek2 yg sedang berjalan.
    terima kasih yer sebab berkongsi teknik dan rahsia kejayaan.

    BalasPadam
  3. dan kalau kita bijak....konsep yang sama boleh digunakan untuk branding blog kita.....

    BalasPadam
  4. memang betul teknik tu..Ustazah dah pernh cuba

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra