Rabu, 13 Februari 2013

Waterfront City Lokasi Menarik Untuk Pelaburan Hartanah Di Ipoh

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada rakan-rakan yang ada banyak duit dan berminat untuk membeli rumah di kawasan Ipoh, bolehlah survey rumah-rumah baru di kawasan Waterfront City, Ipoh..

Waterfront City merupakan kawasan yang baru dibangunkan di Ipoh.. Dan mengikut perancangannya, kawasan ini akan menjadi salah satu tempat rekreasi yang pesat membangun pada suatu hari nanti..   


Sempena musim cuti baru-baru ini, saya sempat berkunjung ke Jusco Ipoh.. Semasa berada di sana ada promoter yang sibuk mempromosikan 2 Storey Semi-D dan 2.5 Zero Bungalow, siap ada replika kawasan binaan di sekitar Waterfront City..  Hmmm... Menarik.... 

Gambar Replika Waterfront City 1

Gambar Replika Waterfront City 2


Gambar Replika Waterfront City 3

Gambar Replika Waterfront City 4

Menurut sumber-sumber rujukan yang pernah saya baca tentang Pelaburan hartanah... Berbaloi kita membuat pelaburan hartanah di kawasan-kawasan strategik, terutamanya di tempat rekreasi seperti ini..  

Kawasan ini akan pesat membangun dan harga rumah dijangka akan melambung naik berkali ganda dalam tempoh beberapa tahun.. 

Buktinya kebanyakan harga rumah di kawasan Jusco (AEON) Seksyen 18 yang terletak lebih kurang 1.5 km dari Waterfront City telah melambung naik.. Jadi, tak mustahil harga rumah di kawasan Woterfront city ini akan turut meningkat apabila woterfront city ini telah beroperasi sepenuhnya nanti... 

Pada ketika ini rumah yang sedang dijual di kawasan ini adalah seperti berikut:
  • Double Storey Cluter House ( keluasan 35' X 70' ) pada harga minima RM338,880
  • 2.5 Zero Bungalow (keluasan 45' X 102') pada harga RM1,088,880
  • Double Storey Semi-D (keluasan 36' X 83') pada harga RM538,880
Sumber : Klik Di Sini

Rumah-rumah dan lot kedai yang telah dibangunkan di kawasan ini adalah seperti berikut:
  • Double Storey Super Link House (keluasan 24' X 80') pada harga minimum RM380,880
  • Double Storey Cluster House (keluasan 35' X 70') pada harga minimum RM388,880
  • 2 Storey Link Shop (keluasan 20' X 70') pada harga minimum RM368,880
  • 2 Storey Semi-D Shop (keluasan 20' X 70') pada harga minimum RM398,880
  • 3 Storey Link Shop (keluasan 20' X 70') pada harga minimum RM488,880

Untuk maklumat lanjut tentang senarai rumah dan kedai di kawasan ini sila klik di sini



P/s: Teringin nak beli rumah dekat kawasan Waterfront City, Ipoh.. Tetapi budget tak cukup... huhuhu..


1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra