Isnin, 18 Februari 2013

Cari Kerja Melalui Portal 1L5G.com

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entri ini ditulis bertujuan untuk memberi info kepada Alumni Politeknik Malaysia yang sedang mencari peluang pekerjaan.. melalui portal Projek 1 Pensyarah 5 Graduan (1L5G).. 

Projek 1 Pensyarah 5 Graduan (1L5G) diperkenalkan untuk membantu lulusan politeknik mendapat bimbingan kerjaya daripada pensyarah walaupun selepas tamat pengajian.

Projek 1L5G ini merupakan dasar Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Objektif dasar ini adalah untuk meningkatkan peratus kebolehdapatan kerja graduan politeknik dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian.

Setiap graduan akan dibimbing dan dipantau oleh seorang pensyarah mentor untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan berdasarkan konsep coaching dan mentoring. Pensyarah mentor diberi lima orang pelajar semester akhir untuk dibimbing dan dipantau untuk mengetahui status graduan dilakukan dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar di politeknik.

Untuk menjayakan dasar ini maka JPP telah memperkenalkan satu sistem pengumpulan data yang sistematik yang dinamakan Sistem e-graduan 1L5G.

Dalam portal 1L5G, pelajar boleh mengemaskini profail dan maklumat sendiri. Disamping itu pelajar juga boleh melihat ruangan kerjaya yang disediakan. Dengan adanya portal ini, ia dapat membantu politeknik untuk memberi fokus meningkatkan kebolehdapatan kerja di kalangan graduan politeknik dengan memberi nasihat dan bimbingan kerjaya kepada graduan.

Sumber : Klik Di Sini


Jadi, kepada Graduan politeknik yang belum lagi dapat kerja, saya syorkan anda Klik Di Sini untuk melihat senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan... Kemudian cubalah menghubungi Organisasi yang menawarkan pekerjaan tersebut....  Manalah tahu ada rezeki anda, boleh dapat kerja yang anda idamkan.. Good Luck.. ;)

3 ulasan:

  1. Salam, :) terima kasih sebab kongsikan maklumat ini. saya lepasan politeknik mukah, tp sampai sekarang belum mendapat pekerjaan yang tetap dan sesuai dengan kelulusan saya. doa kan kejayaan saya.SALAM.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra