Jumaat, 4 Januari 2013

Rekod-rekod Terbaik Dunia Sehingga Tahun 2012

with 3 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Begitu pantas masa berlalu.. Pada hari ini tahun 2012 telah 5 hari meninggalkan kita.. Segala peristiwa, kejayaan, kisah suka dan duka yang berlaku pada tahun 2012 hanya tinggal kenangan dalam hidup kita.. Kesemuanya telah menjadi satu lagi koleksi Sejarah dalam hidup kita seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya...

Semasa mengunjungi Pesta Buku Terbesar Di Malaysia pada 7 Disember yang lalu, saya berkesempatan untuk memborong lebih daripada 40 buah buku, pada harga diskaun sehingga 95%.. 


Salah sebuah buku yang sempat saya borong berjudul "Top 10 Of Everything 2012 : More Than Just The No. 1"... Buku ini dibeli pada harga RM15.00 di Pesta Buku Tersebut.. Sedangkan Harga sebenar buku ini ialah $29.95 US (Diskaun sekitar 85%)...


Cover Hadapan Buku

Cover Belakang Buku..

Saya suka membelek-belek buku ini semasa ada masa lapang disebabkan, buku ini mengandungi pencapaian Top 10 dalam pelbagai perkara di seluruh dunia... Ianya sangat sesuai dijadikan rujukan kepada semua pihak kerana terdapat banyak statistik di dalamnya.. Dan yang pastinya, ianya sangat berguna kepada saya untuk mendapatkan data-data yang tepat untuk menyokong fakta-fakta dalam penulisan saya.. (Sekiranya terdapat perkaitan)

Sebagai contoh (Dalam contoh ini, saya mengambil data pemegang rekod dunia di tempat pertama sahaja):


  • Sungai Terpanjang di Dunia : Amazon sepanjang 6,992 km
  • Air Terjun Tertinggi Di Dunia : Angle (Garro, Venezuela) setinggi 979 meter
  • Gunung Tertinggi Di Dunia : Everest (Nepal/China) setinggi 8,850 meter
  • Manusia Tertinggi Di Dunia : Robert Pershing Wadlow (1918-1940) Setinggi 272 cm
  • Manusia Terberat Di Dunia : Carol Yager (1960-1994) seberat 726 kg
  • Negara yang mempunyai paling ramai Doktor : Cuba mempunyai 6.4 orang doktor untuk setiap 1000 orang penduduk
  • Negara yang memegang rekod kes penculikan tertinggi : India sebanyak 23,911 kes penculikan
  • Negara yang mempunyai Bilangan askar teramai : China dengan 1,400,000 orang askar
  • Negara yang mempunyai penganut agama Islam teramai : Indonesia seramai 183,700,584 orang
  • Negara yang mempunyai penganut agama Kristian teramai : USA seramai 257,935,642 orang
  • Bangunan Tertinggi Di Dunia : Burj Khalifa, Dubai, UAE (2010) setinggi 828 meter
  • Negara yang mempunyai paling ramai guru sekolah rendah : USA seramai 1,775,000 orang guru dengan nisbah seorang guru untuk 14 orang pelajar
  • Negara yang mempunyai paling ramai guru sekolah menengah: China seramai 6,221,000 orang guru dengan nisbah seorang guru untuk 16 orang pelajar
  • Universiti terbaik Di Dunia : Harvard University, USA mendapat score 96.1
  • Novel yang mendapat jualan tertinggi di seluruh dunia : A Tale Of Two Cities, 1985 (tulisan Charles Dickens) mendapat jualan melebihi 200 juta unit
  • Kutipan Movie terbanyak sepanjang Zaman : Avatar (2009) dengan kutipan sebanyak USD 2,770, 231,949
  • Personaliti TV yang mempunyai pendapatan terbanyak : Oprah Winfrey sebanyak USD 315,000,000
  • PC Games yang mendapat rekod jualan terbanyak : The Sims (2000) mendapat jualan sebanyak 16,080,000
  • Negara yang mempunyai Broadband terpantas : South Korea dengan kepantasan purata 14.0 MBPS
  • Pemegang Rekod Billionaire termuda Amerika : Dustin Moskovitz (26) Pengasas Facebook memiliki harta sebanyak USD2,700,000,000; Mark Zuckerberg (26) Pengasas Facebook memiliki harta sebanyak USD13,500,000,000
  • Pemegang Rekod manusia terkaya di dunia : Carlos Slim Helu (Mexico) dengan kekayaan sebanyak USD 74,000,000,000
  • Negara pengeluar berlian terbesar : Botswana sebanyak 25,000,000 CARATS
  • Negara pengeluar arang batu terbesar : China sebanyak 3,275,000,000,000 Tons
  • Negara pengeluar emas terbanyak : China sebanyak 357.1 Tons
  • Negara pengeluar minyak terbanyak : Arab Saudi sebanyak 40,014,000,000 Tons (19.8% daripada pengeluaran minyak dunia)
  • Negara yang mempunyai pengguna Facebook teramai : USA seramai 146,591,880 pengguna
  • Penjaring Gol Terbanyak WorldCup : Ronaldo, Brazil (1998-2006) sebanyak 15 gol
  • Rekod perpindahan pemain bola sepak termahal : Cristiano Ronaldo (Portugal) berpindah dari Mancaster United ke Real Madrid pada tahun 2009 dengan kos perpindahan sebanyak 128,900,000
  • dan lain-lain...

Terlalu banyak untuk saya senaraikan kesemuanya... Cukuplah sekadar memilih secara rawak rekod-rekod terbaik dunia sehingga tahun 2012.. Rekod-rekod ini mungkin terdapat perubahan dari semasa ke semasa..   

Sekiranya anda  ingin mengetahui tentang statistik-statistik tertentu yang terkandung dalam buku ini, jangan segan silu bertanya melalui ruangan komen yang disediakan di bawah.. Insya Allah, saya akan cuba memberi feedback kepada anda dengan secepat mungkin...

P/s: Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan paling menguntungkan sepanjang zaman.. (klik di sini)

3 ulasan:

  1. fuhh..memang seronok kalau baca buku macam tu.

    BalasPadam
  2. Negara yang mempunyai Broadband terpantas : South Korea dengan kepantasan purata 14.0 MBPS

    perrgghhh terbaiklah~

    BalasPadam
  3. Negara kita tak ada ke bro..

    p/s : bila nak umum contest blog popular tu.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra