Selasa, 22 Januari 2013

Pusat Latihan 1 Malaysia kini dibuka..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) kini dibuka...

Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan agenda transformasi Negara. 

Inisiatif yang dilhamkan oleh  YAB Perdana Menteri merupakan satu lagi projek National Flagship di bawah Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.



Projek 1MTC ini bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan sumber dan kemudahan latihan sedia ada di 324 Institut-institut Latihan Awam seluruh agensi Sektor Awam. Ini juga secara tidak langsung dapat membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan Institut Latihan Awam.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan One Malaysia For Youth (1M4U).

Fasa pertama projek ini dilaksanakan secara perintis di lima (5) Institut Latihan Awam  iaitu Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Institut Penilaian Negara (INSPEN), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).  Bilangan Institut Latihan Awam  seterusnya akan ditambah dalam Fasa kedua secara berperingkat. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 1MTC, anda boleh melayari Portal 1MTC di url berikut:  http://www.1mtc.gov.my 

Buat permulaan.. Perkhidmatan yang disediakan Di Portal tersebut adalah permohonan tempahan fasiliti dan carian maklumat kursus.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra