Sabtu, 5 Januari 2013

AJL 27 pada malam ini...

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa yang tiada sebarang aktiviti atau agak keboringan pada malam ini, bolehlah duduk depan TV untuk menonton Anugerah Juara Lagu (AJL 27)... yang akan diadakan secara Live menerusi TV3, pada jam 9 malam ini..


Kebetulan pada malam ini saya tiada sebarang aktiviti...  Melainkan pergi kenduri Tahlil Arwah dekat rumah jiran sekampung selepas selesai menunaikan Solat fardhu Isyak... 

Biasanya kenduri Tahlil tak lama.. Paling lama pun adalah sejam.. Jadi sempat jugalah luangkan masa untuk menonton AJL 27 pada malam ini...

Sebenarnya saya bukanlah peminat fanatik muzik atau mana-mana artis... Menonton rancangan hiburan seperti ini hanya untuk mengisi masa lapang bersama seisi keluarga di rumah.. Jadi kalau ada masa lapang tu, berkesempatan juga saya mengikuti perkembangan artis tanah air....

Berdasarkan maklumat yang saya ketahui... Barisan Artis yang bertanding untuk AJL pada kali ini, hebat-hebat belaka... Kebanyakan lagu yang di pertandingkan pada malam ini memang sedap dan menarik untuk didengar... Berikut merupakan senarai 12 lagu yang akan bertanding dalam AJL ke 27..

1. Lagu : Idola
Artis Malaysia : Azlan dan The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan

2. Lagu : Pelangi Senja
Artis Malaysia: Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja

3. Lagu : Anak Kampung
Artis Malaysia: Jimmy Palikat dan One Nation Emcees
Komposer : Jimmy Palikat
Lirik : Jimmy Palikat dan One Nation Emcees

4. Lagu : Terukir di Bintang
Artis Malaysia : Aizat (Penyanyi asal Yuna)
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna

5. Lagu : Ombak Rindu
Artis Malaysia : Hafiz dan Adira
Komposer : Zaidi
Lirik : Zaidi

6. Lagu : Tanpamu
Artis Malaysia : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari

7. Lagu : Lagu
Artis Malaysia : Bedroom Sentuari
Komposer : Bo Amir Iqram
Lirik : Bo Amir Iqram

8. Lagu : Teman Pengganti
Artis Malaysia : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique

9. Lagu : Ku Akui
Artis Malaysia : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

10. Lagu Simetri
Artis Malaysia : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Firdaus

11. Lagu : Andai ku Bercinta Lagi
Artis Malaysia : Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

12. Lagu : Patah Seribu
Artis Malaysia : Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Lirik : Shila Amzah


Berdasarkan maklumat yang saya terima... Yuna tidak dapat membuat persembahan dalam Anugerah Juara pada kali ini, disebabkan beliau tidak dapat pulang dari Los Angeles.. Lagu “Terukir di Bintang” yang sepatutnya beliau dendangkan akan dinyanyikan oleh Aizat Hamdan yang  telah dipilih sebagai pengganti.

Jadi, marilah kita sama-sama nantikan... Adakah Aizat Hamdan mampu mendendangkan lagu "Terukir Bintang" dengan baik? ... Semerdu nyanyian Yuna, atau lebih sedap lagi daripada nyanyian Yuna...Semuanya akan terjawab dalam AJL 27 pada malam ini... 

Apabila melihat senarai lagu dan artis yang bertanding, memang susah nak mengagak.. Lagu mana yang bakal dipilih sebagai pemenang pada malam nanti seterusnya diangkat sebagai Juara Lagu 2013 (27)?

Berdasarkan prestasi semasa, saya melihat Hafiz mempunyai kelebihan berbanding para peserta lain.. Selain memenangi AJL 26 dan Mania, Hafiz dilihat mempunyai kelebihan  lain apabila lagu yang didendangkan merupakan lagu untuk sebuah filem Box Office (Ombak Rindu)..

Sesiapa yang pernah menonton Filem Ombak Rindu, pasti akan membayangkan wajah tanpan Aaron Aziz dan wajah Jelita Maya Karin sewaktu Hafiz dan Adira menyanyikan lagu tersebut nanti... Sekiranya Hafiz dan Adira boleh membuat gimik dengan membawa bersama Aaron Aziz dan Maya Karin ke atas pentas  untuk berlakon sebelum nyanyian dimulakan... Tentu lagu Ombak Rindu dapat menarik perhatian pengundi menerusi SMS...

Jadi, adakah anda bersetuju sekiranya Lagu Ombak Rindu berpeluang untuk menjuarai AJL 27?

Untuk mengetahui jawapannya, nantikanlah keputusannya pada malam ini... 

Seperti yang saya katakan, semua peserta pada kali ini hebat-hebat belaka... Sememangnya sukar untuk menduga, Lagu manakah agaknya yang bakal dipilih sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 27)?

Bagaimana dengan pendapat dan pilihan anda pula?



7 ulasan:

  1. HARI NI KAN 5 JANUARI 2013...AJL HARI AHAD LA..6 JANUARI....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih di atas teguran yg diberikan... saya terpublish awal entry ini... hehehe...

      Padam
  2. takde mood nak tgk ajl thn ni sbb xde pejal tahir? boleh tak gitu? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... MK KIMI tentu peminat setia pejal tahir... takder pejal tahir, layanlah Amy Search dan Hazama... atau azlan type writer dan mojo pun boleh tahan juga..

      Padam
  3. Balasan
    1. ajl27 bukan malam ni... tapi malam esok... sorry yer terpublish entry ini awal...

      Padam
  4. mungkin tak tengok. layan bola malam ni.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra