"Bagaimana untuk menguasai SEO?" 

"Susahke nak jadi Juara SEO ni?" 


"Perlu bayar kepada pihak tertentu ke untuk mendapat kedudukan terbaik dalam hasil carian google?"


Itulah antara bisikan-bisikan hati kecil saya sewaktu mula-mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog.. Masa tu saya tidak tahu apa itu SEO?.. Dan tak tahu bagaimana nak menjadi "juara dalam SEO" untuk beberapa keyword tertentu dalam pencarian Google..

Setelah hampir 3 tahun terlibat dalam penulisan blog, sedikit sebanyak saya telah dapat memahami SEO yang merupakan antara rahsia kejayaan seorang penulis blog.. 


Sumber : Klik Di Sini


Sememangnya saya mengakui bukannya mudah untuk menguasai SEO... Dan bukannya susah untuk mempelajarinya.. Asalkan kita ada usaha dan kesungguhan untuk belajar, semuanya boleh menjadi.. Seperti dalam entri yang pernah saya tulis sebelum ini, Pelaburan ke atas ilmu merupakan Pelaburan Paling menguntungkan sepanjang zaman.. 

Rahsia Kejayaan Seorang Penulis Blog 

Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, kita perlu menjadi seorang yang berilmu.. Perlu banyak membaca.. Melalui pembacaan idea semakin bertambah.. 

Tanpa mencari ilmu secara berterusan, mungkin kita akan kekeringan idea untuk menulis blog.. Sebagai contoh.. Ebook berjudul 37 Teknik  Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea, telah memberi idea secara berterusan kepada saya untuk menulis blog... Hasilnya.. Pada ketika ini, terdapat beberapa senarai draf untuk blog saya yang belum sempat diterbitkan, akibat kekangan masa.. 

Tapi tidak mengapa.. Yang penting saya tidak kekeringan idea untuk menulis blog.. 

Jadi semakin banyak kita membaca buku, menghadiri kursus, bengkel, seminar dan sebagainya akan membantu kita untuk menjana idea demi idea untuk menulis blog..  Melalui pelaburan secara berterusan ke atas ilmu, dapat membantu kita menguasai banyak perkara dalam bidang penulisan blog termasuk juga SEO.. 


Masih ingat lagi kata-kata Irfan Khairi dalam satu ceramah beliau yang pernah saya hadiri:
"Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  • Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat dalam kalangan rakan-rakan anda
  • Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar dalam kalangan jiran-jiran anda
  • Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  • Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda.."

Kepentingan Menguasai SEO..

Pada pendapat saya, SEO sangat penting untuk dipelajari oleh seorang penulis blog.. Sekiranya anda bercita-cita untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini, jangan sesekali mengabaikan SEO..  Melalui SEO akan dapat membantu anda untuk menjana pendapatan lumayan dengan menulis blog..  



Dengan mengaplikasikan beberapa teknik SEO yang telah saya pelajari sebelum ini, telah membolehkan saya menambahkan sumber pendapatan melalui blog Coretan Anuar.. Berikut merupakan kejayaan demi kejayaan yang pernah saya perolehi dengan menggunakan teknik SEO:

1) Sumber Trafik Utama 

Blog Sembang Hari2 berjaya berada di Rank ke 3 untuk Keyword "Readers Digest"


Hasilnya.. Blog Sembang Hari2 telah berjaya memperolehi lebih 10,000 page view bagi satu entri

2) Memenangi tempat ke 2 Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati

Sumber : Klik Di Sini

Syukur Alhamdulillah... saya berjaya memenangi tempat ke dua cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati yang membolehkan saya memenangi wang tunai RM300 


3) Mendapatkan pelanggan untuk perniagaan yang sedang saya usahakan.

Syukur Alhamdulillah... Saban hari ada sahaja pelanggan yang bertanyakan tentang Pak Ya Homestay.. dan pendapatan Pak Ya Homestay semakin meningkat dari masa ke semasa.. Kejayaan ini adalah disebabkan penguasaan SEO terhadap beberapa kata kunci yang telah dikenalpasti melalui hasil carian google.. 

Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Batu Gajah


Berada di Rank Ke Dua Google untuk Keyword : Homestay di Batu Gajah

Berada di Rank Ke 3 dan Ke 4 Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Perak


Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Homestay di Seri Iskandar


Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Seri Iskandar

4) Komisyen demi komisyen yang berjaya diperolehi..



Komisyen-komisyen ini telah dikumpulkan untuk dijadikan Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

5) Berjaya memenuhi syarat untuk mendapatkan Sponsor Post



Untuk membolehkan blog anda berjaya mendapat Sponsor Post daripada Cilent.. Anda perlu meyakinkan Client bahawa, iklan yang diterbitkan di blog anda mampu berada di page pertama google dengan menggunakan teknik SEO yang anda praktikkan.. 

Bayaran untuk satu sponsor post biasanya lumayan.. Boleh mencecah sehingga beberapa ratus ringgit mengikut jenis pengiklanan yang dikehendaki oleh pihak Client.. ;)


Untuk memastikan teknik SEO yang anda praktikkan selama ini berkesan ataupun tidak, saya mengesyorkan anda untuk menyertai mana-mana cabaran SEO.. Semoga Berjaya..


Sekiranya anda tidak berjaya memenangi sebarang hadiah dalam Cabaran SEO, saya syorkan anda supaya memperbaiki teknik SEO yang sedang anda praktikkan pada ketika ini..  Informasi yang terdapat di sebuah laman web, mungkin dapat membantu anda menguasai SEO.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laman web tersebut, sila klik di sini

P/S: Renungkanlah kata-kata ku ini, semoga ianya dapat menjadi motivasi kepada kita semua: 
"Alangkah indahnya sekiranya aku dapat menggapai bintang,
Seandainya tidak berjaya sekalipun, sekurang-kuranya aku berjaya mencapai bulan, 
Sekiranya aku gagal kedua-duanya, aku tetap berjaya menerokai awan kelabu."