Ahad, 2 Disember 2012

Kenapa Doa Tidak Dikabulkan?

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat bercuti di hujung minggu (bagi yang bercuti).. Dan bagi yang bekerja tu, tak dapatlah saya nak tolong.. Kerja lah rajin-rajin yer... Semoga dengan keikhlasan anda bekerja akan mendapat pahala daripada Allah S.W.T.. Amin..

Pada pagi ini saya berkesempatan untuk menonton Motivasi Pagi di TV3.. Penceramah motivasi Pagi pada kali ini ialah Ybhg. Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz..


Saya suka dengan tajuk motivasi pagi pada kali ini iaitu : "Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan?"..


Sumber : Klik Di Sini 

Seperti yang kita semua sedia maklum, Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Saya percaya semua orang berdoa... Terutamanya selepas solat.. Kita berdoa sejak dari kecil sehinggalah sekarang... Setiap kali menerima musibah atau kesusahan, kita akan berdoa.. Tetapi tidak semua doa kita dimakbulkan.. Tentu ada diantara kita, yang tertanya-tanya.. Hari-hari saya berdoa, tetapi kenapa doa saya tidak dimakbulkan?.. 

Jadi untuk menjawab persoalan tersebut, saya akan kongsikan 10 perkara yang disampaikan oleh Ybhg. Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz dalam segmen motivasi pagi tersebut..

10 perkara kenapa Doa Kita tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T menurut seorang sufi bernama Sheikh Ibrahim Adham, seorang sufi yang hidup pada abad VIII M:
  1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak memahaminya dan beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak pernah mensyukuri nikmat pemberian-Nya
  5. Mengaku memusuhi syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Mengaku adanya seksa neraka.. Menginginkan selamat dari api neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak mempersiapkan bekalan untuk mati.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil Iktibar (pelajaran) dari peristiwa itu.
Jadi bagaimana doa kita hendak dimakbulkan oleh Allah S.W.T?.. Semoga selepas ini kita dapat bersama-sama memperbaiki diri kita, dan dalam masa yang sama jangan berputus asa berdoa untuk setiap usaha yang telah kita lakukan..

Insya Allah, dengan usaha dan doa yang berterusan... doa kita akan dikabulkan oleh Allah S.WT pada suatu hari nanti..

1 ulasan:

  1. Nice sharing...mudah untuk doa dimakbulkan dengan syarat patuhi syarat-Nya..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra