Sabtu, 1 Disember 2012

Adam.. Pukul Berapa Sekarang?

with 1 comment
"Adam.. Pukul Berapa Sekarang?"


"Pukul 2 Ayah.."


Inilah antara sebahagian gelagat anak kedua saya Adam yang terus mewarnai kehidupan kami sekeluarga..

Apabila beliau minta dipakaikan jam tangan, pastinya beliau nak pakai jam tangan penuh sampai ke lengan.. 

Anak pertama saya, Haikal tidak pula ada perangai sebegiti.. Sebaliknya anak pertama saya , Haikal suka mengumpul jam-jam tangan tersebut.. Setiap kali beliau ternampak jam tangan dekat mana-mana pusat membeli belah atau pasar malam, ada sahaja jam yang berkenan di hati beliau... Dalam nak tak nak terpaksa juga saya membelikan jam untuk mereka..

Pakain Jam Tangan selagi boleh muat. dekat seluruh tangan beliau.

Nasib baiklah harga jam yang dipinta tidak terlalu mahal.. Paling mahal pun dalam RM30 sahaja.. Kalau tak pening kepala juga saya dibuatnya..

Adam bersama koleksi jam tangan yang dapat dimuatkan ditanggannya..

Walaupun Adam masih kecil lagi.. Dan hanya beberapa jam tangan sahaja yang dapat dimuatkan di tangannya, tapi letih juga nak memakaikannya satu persatu... Diharapkan perangai Adam tidak dibawa sehingga ke tua.. ;)


P/s: Saya masih teringat lagi gelagat anak-anak saya, Adam dan Haikal sewaktu mereka mengusik Fatin Liyana di Bangi

1 ulasan:

  1. byk nya jam dia !

    show lagi..http://www.gilamodified.com/2012/12/the-library-opening-ceremony-autoshow.html

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra